BN Cerdik Sikit Dari Pak Pandir
KATA Najib Razak BN akan memutuskan hujung tahun ini sama ada keahlian langsung akan dibuka ataupun tidak. Perubahan itu bagi menjamin kelangsungan BN. Katanya keputusan itu akan dicapai dalam konvensyen BN nanti.
Mudah saja memahami kesediaan Najib itu. Ianya sebagai persiapan atau langkah tranformasi komponen berkenaan yang kini semakin hilang kepercayaan rakyat. Jawaban paling tegas kepada perubahan bakal dibuat itu menandakan BN sudah tidak mempunyai kekuatan dan keampuhan sendiri sehingga terpaksa membuka pintu kepada 'orang lain'?
Umno sudah dapat merasai bahawa ia kini sudah tidak kuat lagi. Nyawanya sudah berada di hujung pedang rakyat. Ia rapuh dan makin merebut. Begitu juga dengan MIC dan MCA yang menjadi tongkat seradang kepada Umno juga semakin condong dan 'bermumut'.
Logiknya kalau ketiga-tiga tiang seri itu sudah bermumut, reput dan gelonggong di dalam macam manakah BN hendak bertahan. Apakah penerimaan ahli langsung nanti boleh membantu BN? Dan ahli langsung itu nanti siapa? Apakah para pengundi mudah berjumlah 4.2 juta itu?
Siapakah ahli langsung itu nanti? Mungkin ia dibuka kepada NGO-NGO yang ada. Tetapi siapakah NGO itu. Bukankah NGO itu kebanyakannya juga dibangunkan oleh kalangan ahli Umno yang frustasi. NGO yang tidak berparti mereka tidak akan menyertai Umno. Ahli-ahli NGO ini sebenarnya sedang mencari alternatif dan sudah lama meninggal parti berkenaan. Fikirkan, kenapa mereka menubuh NGO, itu bermakna mereka tidak senang dengan kerajaan? Mungkin ada juga NGO yang menentang Pakatan tetapi jumlahnya tidak banyak.
Mereka yang berada dalam NGO selalunya bersikap anti estiblishement menentang atau kuranh bersetuju dengan kerajaan.
Perubahan hendak dilakukan itu mungkin baik, tetapi ia tidak praktikal kepada BN terutamanya Umno. Cara Umno itu samalah seperti menipu diri sendiri. Umno mengambil sepuluh butir cermin dan minta seorang manusia berdiri di depannya, dan bayang di dalam cermin itu semuanya dikatakan NGO yang menyokong Umno.
Kalau inilah caranya Umno cerdik sedikit daripada Pak Pandir. Pak Pandir yang pulang dari mengembumikan jenazah anaknya, merunggut kelegaan kerana disangka anak orang lain juga mati. Walhal anak yang ditemui dijalan itu adalah anaknya yang tercicir dari gulungan tikar disebabkan kebodohannya. Itulah BN/Umno dalam soal ini.
Apabila Najib sedia membuka pintu BN itu secara automtik menggambarkan BN tenat. Sebelum ini BN bukan main lain menutup rapat pintunya kepada sesiapa yang hendak masuk. Kalau dizaman keagungannya dulu bukan main lagii sombong, bukan tidak sedia menerima keahlian langsung tetapi, komponen yang sudah ada pun ditendang keluar. Itu.. Pas ditendang keluar tahun 1978 oleh Dr Mahathir Mohamad.
Mat Maslan mungkin tidak mengetahui sejarah ini. Tak percayalah cuba tanya dia. Mat betulkan yang MSO kata?
Tak percaya tanya Mat Maslan? [wm.kl*****]
Catatan: Catatan ini ditulis dua hari lepas tetapi tidak dipostkan disebabkan masalah gangguan internet.
2 comments:
Sebab UBN terlalu sombong apabila dia berkuasa, maka apabila dia lemah dia menjadi terlalu agresif untuk berkuasa semula. Oleh itu PR tak boleh secara sederhana atau kasihan untuk membelasah parti yang sekian lama menzalimi dan memperbodohkan bangsa sendiri serta rakyat marhaen. Cukup-cukuplah kita dimainkan, jangan sampai ke anak cucu kitapun turut dijumudkan. Kalau rasa kita boleh tahan ditindas untuk 5 tahun lagi, sokonglah parti keramat tu..
Assalamu alaikum tuan. Rasanya elok juga cadangan ini dipraktikkan oleh BN sebab:
1. Kita akan tahu benarkah individu atau NGO benar-benar berminat nak jadi ahli. Selama ini kita hanya mengagak yang orang tak suka jadi ahli BN dan orang BN pula kata ramai yang masih sokong BN tapi tak SUKA jadi ahli komponen parti. Jadi, kita tunggu bila cadangan ini dilaksanakan.
2. Dengan itu juga kita boleh TAHU pihak atau individu yang bagaimana yang akan jadi ahli BN dan pihak Pakatan Rakyat boleh menggunakan statistik keahlian BN itu sebagai panduan untuk bertarung dengan BN.
3. Kita boleh tengok hasrat Ibrahim Ali jadi AHLI BN jadi kenyataan.
Post a Comment