Eskay Rupanya Tukang Urut Mahathir?
SEMASA saya berada di Kuching Sarawak lagi kawan ini mencari saya. Katanya ada perkara penting. Saya kata bagi tahulah, tak boleh katanya, sebab melalui telefon. Nanti orang tape susah nanti. Dari gambaran percakapan kawan ini saya sudah mengagak apa yang hendak diceritakan ada kena mengena dengan kes video lucah yang panas waktu itu.
Jam 6.00 petang semalam kami berjumpa untuk sama-sama ke stadium Melawati Shah Alam Selangor, untuk solat hajat. Saya lebih kepada untuk cover majlis berkenaan, nak lihat perkembangan terbaru dan reaksi orang ramai ekoran pendedahan video lucah itu.
Apa lagi katanya pada malam Sabtu lalu ketika Anwar Ibrahim mengadakan ceramah di Melawati polis sudah mula tunjuk taring. Orang ramai juga sudah mula tunjuk kuku. Nampak polis dengan orang ramai nak bertempur sekali lagi.
Pertempuran polis dengan orang ramai ini nampaknya akan berlaku di setiap era perdana menteri, Tahun 1998 dulu di era Mahathir, membawa ke era Abdullah Badawi pada tahun 2004 kemudian membawa pula kepada era Najib Razak.
Apapun era Mahathir jadi PM polis nampak lancang dan kejam. Kejam tidak kejam, sampai ketua polis bertukar menjadi serigala memukul muka Anwar hingga lebam teberam. Sampai kena tubuh suruhanjaya di raja la.
Di zaman Abdullah polis tidaklah sekejam itu. Rupanya perangai polis ini ikut perangai siapa jadi PM. Bagaimana di zaman Najib? Itulah yang mengajak saya ke stadium Melawati semalam. Saya ingat episod yang terlepas dipandang mata saya di Melawati yang jaraknya tidak sampai 3 km dari rumah saya tak sempat tonton kerana saya di Kuching, akan bersambung di Shah Alam.
Benar seperti saya kata, kawan ini nak bercerita mengenai video lucah. Mengenai identiti dan latar belakang salah seorang yang menjadi penunjangnya, yang bernama Shazryl Eskay atau Datuk T.
Menurut kawan ini dia kenal benar dengan Shazryl seorang ini. Dia bukan sembarangan orang. Dia bukan Melayu jati dan bukan juga mamak jati. Bukan juga Siam jati. Katanya, ayah Shazryl ini adalah seorang India yang berasal dari Sarawak. Manakala emaknya pula berbangsa Siam berasal dari Kedah. Ertinya di dalam tubuhnya tidak ada setitik pun darah Melayu, macam Mahathirlah.
Wah betullah apa yang dicerita oleh Johari Abdul di stadium Shah Alam malam tadi. Ketika Johari Abdul bercerita saya tersenyum sahaja. Tetapi cerita Johari itu tidak panjang dan sampai kepada 'potet' (mauduk) sebenarnya. Apa diceritakan Johari si anak keling + siam ini hanya ada syarikat di Langkawi Kedah, setakat itu saja.
Adapun menurut kawan ini dia kenal anak keling + siam ini semasa dia berada di Okhlahama, Amerika Syarikat. Ketika itu dia menjadi fisiotrapi atau dalam bahasa orang kampung tukang urut kepada atlit Malaysia. Sama sajalah dengan tukang urut barang di Chow Kit atau pun Puduraya. Itu saja tugasnya.
Tugasnya ialah mengurus atlit Malaysia. Kata kawan itu dia juga pernah mengurut dengan anak keling + siam ini dan memang berbaloi. "dia memang sesuai untuk mengurut orang besar," begitulah cerita kawan ini.
Kehebatan dia ini pandai mengurut barang diketahui oleh menteri sukan yang ketika itu Abdul Ghani Othman, MB Johor kini. Ghani merekmen kepada Mahathir untuk merasai penangan anak keling + siam ini. Entah macam mana Mahathir jadi minat dan menyuruh Ghani mengambil orang ini untuk menjadi tukang urut negara - urut atlit.
Hasrat Mahathir itu dipersoalkan oleh beberapa pegawai di Majlis Sukan Negara. Timbul perbalahan kerana untuk mengambil orang ini menjadi tukang urut negara tidak boleh sebab dia tidak ada kelulusan setaraf dengannya untuk menjalankan tugasnya. Apa lagi tugasnya bukan saja menjadi tukang urut tetapi dia juga akan jadi tukang bancuh ubat kepada atlet. Tetapi kerana ia diatas kehendak Mahathir syarat itu dilanggar maka jadilah orang ini sebagai tukang urut negara. Ertinya Mahathir sedia melanggar syarat kerana mahukan orang yang separuh berketurunan dengannya ini.
Kisah ini juga ada dalam pengetahuan Ismail Said, bekas setiausaha parlimen menteri belia sukan. Dia boleh menceritakan bagaimana pertikaian untuk melantik orang ini sebagai pegawai perubatan alias tukang urut negara.
Mahathir ada tujuan lain di sebalik itu, dia mahu jadikan Eskay ini sebagai tukang urutnya. Cerita kawan itu di sinilah Mahathir berhubung dengan SK. Mahathir juga bermurah hati telah melantik Eskay menjadi setiausaha perdagangan Malaysia di Thailand.
Apakah anologi dan moral di sebalik cerita berkenaan? Dua daripada orang yang terlibat dengan pembikinan video lucah itu adalah kenalan rapat dan kepercayaan Mahathir. Rahim Tamby Chik adalah rapat dengan Mahathir orang yang mendapat blessing daripada didakwa atas tuduhan rasuah. Rujuk kepada pendedahan Lim Kit Siang dan Anwar malam tadi.
Eskay pula sebagai tukang urut orang yang mungkin dapat jamah senjata politik paling sulit Mahathir. Mungkin Eskay tahu saiz dan kepanjangannya sekali.
Cuma kalau tidak rapat dengan Mahathir ialah si Shuib Lazim. Ini pun tidak kisah kerana Shuib adalah proxy dalam kepentingan tertentu Mahathir dan juga Daim. Kalau begitu maka makin jelaslah apa yang sudah mulai menjadi clear. Walahualam. [wm.kl.7:10 pm 29/03/11]
9 comments:
Apa yang dimaksudkan dengan "makin jelaslah apa yang sudah mulai clear" tu? Tolong jelaskan, tak fahamlah!
ha ha ha ha !!!! lari isu. patutnya berusaha kesan pelaku zinanya. betul ke lelaki y. itu kesalhan yang besar.
apalah!!!
low class
salam bro,
mashyallah.....tak habis2 lg k bro nak menghina dan memfitnah tun Mahathir dan Daim, dari they all ada dalam kerajaan sampai la ni dah tak ada apa2 kepentingan pun.
Sudah terang lagi bersuluh si Eskay tu best and best and best friend ngan si anwar sampai ke US di ikutnya lagikan Thailand, kalau tak camana si raja petra leh sedap2 lepas ke UK...agaknya dia boleh main silap mata kejap ada di msia kejap tak de ke kalau tak kerja si nuar ngan kuncunya eskay.
masyallah, sudah2 lah tu bro, umur pun bukan muda lg (tau awak tu penyokong tegar si anu) sampai jalan yg lurus pun dah tak nampak lg sbb dah terbiasa ikut jalan bengkang bengkok si anwar dr 1998 sampai la ni...
terimakasih kpd pihak pas sbb membuat solat hajat sbb tak lama lg kebenaran akan terlihat dan kita akan tengok siapa yang kenaaaaa!!!
huhuhu..AO ni mmg dasat aaaarrr..dh kena tembak tepat pon masih berdiri huhuhu.teruskan usaha menyalak bukit bro..
Tuan..mmg clear betul..kalah lampu jalan kat R&R...huhuhuhu..
salam uncle mso,
dlm buku cerpen pendek dr. faisal tehrani berjudul cinta medeni, dr. faisal mengatakan, "demi masa, berpesanlah dengan kesabaran dan kebenaran..."
dalam isu ini, demi masa, isu ini akan t'bongkar dan pendedahan uncle cukup membantu pembaca mengenali siapa sebenarnya "DATUK T". teruskan mendedahkan siapa mereka ini. insyallah berkat doa & solat hajat yg dimohon, kebenaran akan t'bukti. bersabarlah melayan kerenah-kerenah pembaca serta jangan sesekali tunduk pada mereka. dan teruskanlah menulis dengan kebenaran yg ada.
macam-macam cerita.. kita boleh baca dan hadam jela
Aku benci org yg start2 komen ckp ,salam mso,salam bro...salam je lebih tp komen mcm babi..so skrang aku dh tau dan paham nape mso tapis komen..sbb anak2 haram yg bg komen ni la..apa kata mso dan pengkomen 'berilmu' ni berjumpa,berdebatlah disitu..kita set masa..kalau pengkomen itu bacul,maka mso blh ban trus nama die dari mengomen..amacam?
saya cuma nak tahu video tue betul ker tak jer dulu..lain2 tue lantak la..
Untuk lebih adil..sepatutnya siasat semua kes2 seks yg terdahulu yang melibat semua pimpinan UMNO/BN dan semua pimpinan pembangkang.Anak yg dilahirkan tak berbapa wpun ada bapa tapi terlepas bebas,buat jer ujian DNA sape punya angkara.Pemimpin MCA yg jelas dan sah mengaku terlibat dgn cucuk menyucuk tu pun tak dihukum apa2 pun malahan jadi Presiden parti lagi.Sebaliknya yg mengedar VCD tu yg dihukum@ditangkap.
Sepatutnya siapa pun mereka..siasat mesti telus dan hukum semua yg terlibat bukannya lepas tanpa bicara.Sdgkan mangsa terseksa termasuk sanak saudara mereka..
Post a Comment