Video Lucah dan Kelab Anti Demokrasi Malaysia
[Ulasan Mendalam Mengenai video Lucah Dalam Siasah] PAGI ini saya baru melancarkan kelab anti politik demokrasi Malaysia di Facebooks. Tujuannya untuk selidik sejauh mana rakan Fb saya bersetuju dengan saya mengenai politik demokrasi negara ini.
Pada saya politik kita sudah sampai ke peringkat di luar nilai ketamdunan sebenarnya. Tindak tanduk manusia dalam politik untuk mendapatkan kuasa akan dilakukan dengan apa cara sekalipun. Adat, agama dan perikemanusiaan di belakangkan.
Tidak kira apakah tindak itu bermoral atau tidak, tidak dipedulikan. Asalkan di situ ada keuntungan dan kepuasan nafsu. Dan penting dapat imbuhan dan upah. Nampak sangat sesetengah isu dilakukan untuk kepentingan perut. Pendedahan dan pembongkaran dibuat bukan untuk dijadikan iktibar lagi tetapi memburukkan seseorang secara melampau tanpa mendapat kebaikan darinya walaupun sebesar anak kuman kurus.
Apa dinamakan hikmah sudah pun hilang dari pertimbangan kemanusiaan mereka. Politik kita mengajar rakyat menjadi bodoh dan tidak ada maruah diri. Saya rasa politik haiwan lebih baik dari politik orang negara ini. Haiwan walaupun tidak ada peraturan tetapi masih patuh kepada peraturan dan tabiat semula jadi mereka. Haiwan masih menjaga batas-batas susila mereka sebagai haiwan. Perlukah manusia berguru dengan haiwan?
Ambil saja kambing, seekor kambing jantan tidak akan mengoda kambing betina yang mengandung. Dia akan tinggalkan si betina bila ia sudah tahu si betina mengandung. Demikian juga dengan kucing, kalau si jantan sudah tahu betina mengandung ia akan tinggalkan.
Betapa banyak kucing jantan menunggu untuk mengawani seekor kucing betina, mereka tidak akan berebut. Mereka akan buat Q-up lepas satu-satu, bergilir-giliur. Mereka sabar menanti dan tidak menggunakan kekerasan. Elok kalau ahli politik kita memerhati tabiat kambing dan kucing. Tidak mengapa menjadi tolol dan bodoh untuk mendapat ilmu yang baik.
Berlainan dengan manusia politik, mereka hilang pertimbangan. Kawan akan dikhianati, janji akan dimungkiri. Amanh juga akan dinoda. Segala kebusukan orang juga akan didedahkan semahu-mahaunya walaupun mungkin asalnya mereka bersahabat baik atau sama-sama melakukan kebejatan, namun kerana terdesak dan wang ringgit rela dilakukan.
Jadi saya ingin menyelidik sejauh mana kawan Fb saya bersetuju dan melihat berapa kotornya politik yang diamalkan di negara ini. Maka saya melancar kelab berkenaan.
Dan serentak dengan saya perlancaran itu tersebar satu berita yang tidak enak didengar yang didedahkan hari ini. Seorang manusia yang menamakan diri mereka sebagai Datuk T telah panggil wartawan mendedahkan video lucah di Carcosa Seri Negara?
Dengan pendedahan ini ia boleh dijadikan satu lagi bahan untuk menilai jenis politik negara ini.
Menjadi persoalan saya kenapa ianya didedah di Carcosa Seri Negara, itu rumah kerajaan. Bila ia didedahkan di situ maka nampak siapa yang terlibat. Ia seperti direstui sendiri oleh pihak kerajaan. Sebuah rumah bersejarah seperti itu rasanya tidak layak untuk dijadikan tempat menayangkan video lucah.
Tidak tahu siapa watak dalam video berkenaan. Tetapi kini sudah tertumpu kepada Anwar Ibrahim. Walaupun tidak jelas namun kecederongan untuk menyatakan watak dalam video lucah itu adalah Anwar.
Di sini saya tidak menolak kenyataan ke atas video itu kalau ia berlaku. Ia mungkin Anwar mungkin juga Najib atau mungkin juga Muhyiddin? Kita boleh beranggapan demikian selagi ianya tidak didedahkan secara jelas. Hari ini dunia IT sungguh canggih dan mengatasi pemikiran biasa manusia. Boleh jadi watak dalam video itu adalah super impose? Mana tahu?
Apakah selepas ini ada satu lagi pendakwaan yang hanya berdasarkan video berkenaan? Dan saksinya orang yang menyediakan video berkenaan, Datuk T. Siapa Datuk T akan didedahkan kemudian. Di Malaysia segala-galanya boleh jadi.
Apa yang saya nampak video berkenaan adalah untuk dijadikan umpan pada pilihan raya Sarawak. Ia akan disebarkan seluasnya di sana. Mungkin pada masa ini cd video berkenaan sudah pun diproses jutaan keping untuk dihantar ke Sarawak. Maka selepas ini akan terbeliaklah mata orang Sarawak menyaksinya nanti.
Rakan Fb saya yang belum menyatakan sokongan kepada kelab yang dilancar itu mungkin boleh mengambil kes video ini sebagai bahan baru untuk dijadikan iktibar serta membenarkan apa yang kita lakukan, tolak keserabutan dan kebejatan politik. [ttdi. 4:20 pm 21/03/11]
12 comments:
salam tuan,
sukar nak saya percaya berita ini. adakah benar DSAI seperti yang disebut? kalau benar DSAI berkelakuan begitu alangkah aibnya. terlerai segala kepercayaan terhadap DSAI selama ini. Super impose video... kalau gambar pegun boleh percaya, tapi kalau video.... sukar dipercayai.
bagi saya sebagai pengundi @ pemerhati, apa cara orang nak jatuhkan seseorang itu terpulanglah. sebagai individu yang tidak pernah miss mengundi PAS, berita video ini amat menjatuhkan kepercayaan saya kepada PR dan kalau betul video itu adalah DSAI pelakunya.... tiada salah PAS menarik diri daripada PR, berdiri di atas kaki sendiri, jangan kerana inginkan kuasa maruah digolokgadaikan....
Di zaman IT yg semakin canggih ni..hampir semuanya dapat dimanipulasi...
dan fitnah berkaitan seks ni bukannlah perkara baru..Uzair ahli ibadah dari Bani Israel pernah difitnah berzina dengan pelacur..Nabi Yusof juga pun pernah difitnah cuba mencabul..
Datuk T sepatutnya membawa video lucah tersebut ke polis..bukannya menayangkan kpd wartawan dan kemudian meminta yang di"tuduh" untuk berundur dari politik...
saya berharap sesiapa yang berfikiran waras untuk melaporkan kepada pihak polis atau sesiapa yang bertanggungjawab untuk menahan Datuk T serta pihak pentadbir Carcosa kerana mengadakan tayangan video lucah (melainkan ianya telah mendapat restu dari "seseorang" yg berkuasa)..
rasanya hanya politik MALAYSIA
shaja yang menghalal kan
semua cara berpolitik
mereka berpolitik bukan bertujuan
demi kesejahteraan rakyat
tapi lebih untuk menjatuhkan
lawan termasuk cara mengaib dan memfitnah lawan
kenapa nak jtuhkan lawan?
kerana tuk mengekalkan kuasa
kenapa nak trus berkuasa ?
"biarlah mereka2 je yg jwab"
Salam ...
Politik demokrasi ...demi demokrasi, untuk demokrasi....demokrasi selama-lamanya... Demokrasi, macamana ala dan gayanya... di Malaysia paling selamat kerana orang yang mendokong demokrasi ialah oorang Melayu yang tak ada tamadunnya. Kalau biarkan kepada Cina dan India sudah lama berubah kerana Cina dan India ada tamadunnya sendiri...tetapi akan rosak TAMADUN ISLAM pula. Melayu kebanyakannya bermasalah. Dengan ISLAM pun masalah...dengan DEMOKRASI pun masalah. Akhirnya MALAYSIA selamanya dikuasai KRONI-KRONI jahiliah yang masih berkuasa. Kepada golongan ISLAM yang sedikit itu berpegang teguhlah dengan ISLAM, jangan berkroni sangat dan jangan berdemokrasi sangat...."ISLAM itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya". Wallhu a'lam. Mohon bertinta dan terima kasih Tuan MSO.
Salam...kita sentiasa menyatakan sesiapa yang menuduh Anwar terlibat dalam kes liwat atau pun terbaru kes klip video lucah ini adalah manusia yang berdosa kerana menyebar fitnah...Soalan saya, apakah pula hukumnya kalau orang yang dituduh itu memang benar melakukan dosa, dan kita tanpa susul periksa membelanya, menyebarkan kepada semua rakan-rakan bahawa beliau bukannya bersifat sebegitu..kita nyatakan beliau itu baik, suci dan tak akan berbuat melakukan perkara tidak bermoral..dengan izin Allah kalau benar beliau memang tidak bermoral langsung, maka apa hukumnya kalau kita berbuat demikian?? Wallahualam..
biasanya datuk yg pangkal satu huruf saja.biasanya datuk yg suka skandal dgn artis keh keh keh
Jawbaan untuk Mohd Nor Azam, kalau yg dituduh itu benar berdosa tak mengapa, itupun ada cara untuk menghukumnya, tapi bagaimana kalau tak bnar? DI sinilah kita dilarang membuat fitnah atau mempercayai apa yang belum sahih pada mata lendir kita. Fahami ayat Allah yang bermaksud jangan kamu menghampiri zina... kenapa Allah larang dengan menghampiri bukan melakukan!
Assalamualaikum..
Sebagai rakyat yang mempunyai rasa kepekaan terhadap isu-isu tanahair...
Isu ini membuatkan saya rasa kecewa dan terkilan..
Kecewa dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang TERDESAK demi untuk mempertahankan kuasa.
Lihatlah dengan segala deria yang ada menilai..fahami dan tafsirlah dengan MATA HATI..
Hakikatnya..RAKYAT TIDAK MUDAH DIPERBODOHKAN!
Strategi...........malukan dulu..........benar atau tidak itu perkara lain......
Mengapa naïf sangat akulah69?…dlm zaman IT skrg… mcm2 boleh dibuat…teknik sumperimpose video ni dah lama orang buat….saya pernah lihat video Saddam Husin hidup semula selepas beliau mati digantung….video tersebut sungguh real dan wajah Saddam sungguh jelas…
Tapi sekurang2nya motif penyebar video lucah ini telah berjaya..mereka telah berjaya menimbulkan kerangguan sebahagian org ramai tentang akhlak Anwar..Tahniah kpd Datuk T & gang…
akulah69...awak silap,video pun boleh superimpose,menggunakan teknik CGI dan blue screen,kalau u pernah tengok filem-filem hollywood mereka mengunakan superimpose menggunakan teknik super impose contoh terbaru Merong Mahawangsa dan lain-lain.
Bukankah kita dilatih untuk menyiasat dahulu pembawa berita itu.Kita kelihatan seolah-olah terus percaya apa yang dilakukan oleh pelaku tersebut. Malang bagi umat Nelayu seperti ini.
Post a Comment