Wednesday, May 18, 2011

Susupan Petang

Mat Maslan Perlu Masuk Makmal

KATA Timbalan Ketua Polis Negara Abdul Khalid Abu Bakar jangan desak polis untuk mendedahkan identiti lelaki dalam video lucah yang membabitkan Anwar Ibrahim. Tegas beliau tidak ada keperluan untuk polis berbuat demikian. Penyiasatan hanya terarah kepada pengedaran video bereknaan.

Dalam hal ini katanya, polis sudah siap membuat siasatan dan telah diserahkan kepada peguam negara. Terserah kepada peguam negara sama ada ingin mendakwa atau tidak pengedar video berkenaan.

Polis nampaknya tegas dalam hal ini dan konsisten dengan kenyataanya. Awal-awal lagi Khalid mengatakan identiti lelaki itu tidak perlu didedahkan. Memanglah tugas polis bukan mendedah tetapi menyiasat.

Tetapi yang menjadi persoalan kenapa mereka yang bertanggungjawab dalam penyebaranya belum dikenakan apa-apa tindakan sedang siasatan sudah pun selesai? Kelambatan peguam negara memutuskan status terhap mereka ia boleh menimbulkan kecelaruan kepada orang ramai, bukannya soal apakah watak dalam viudeo berkenaan Anwar ataupun Mahathir?

Khalid membuat penjelasan demikian sebagai menjawab kenyataan presiden parti Kita, Zaid Ibrahim yang mengatakan kredibiliti polis akan dipersoalkan kalau identiti lelaki itu tidak didedahkan. Apakh hak Zaid dalam perkara ini, apakah dia mengharapkan ahli PKR yang menyampah dengan Anwar ekoran pendedahan bahan lucah itu akan menyeberangi menyokong Kita dan dengan itu Zaid akan memiliki peluang untuk jadi PM?

Kenapa Zaid bersungguh dalam soal membabitkan Anwar tetapi diam membisu seribu bahasan terhadap kes yang mendapat perhatian umum seperti kes Teong Beng Hocak, Altatantul dan sebagainya. Kalau pun Zaid nak jadi PM rasanya beliau boleh mencari isu lain dan bukannya isu mengenai Anwar Ibrahim.

Dalam masa sama juga Ketua Penerangan Umno, Mat Maslan mengemukakan beberapa cadangan untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai terhadap video berkenaan. Antara cadangan itu ialah beliau minta Anwar saman Eskay dan mengambil pakar luar negara untuk mengesahkan ketulenan video berkenaan.

Saya tidak faham kenapa Mat Maslan bercakap demikian. Bukankah polis sudah mengesahkan akan ketulenan video berkenaan, jadi kenapa harus dikelirukan lagi dengan menyuruh Anwar menggunakan pakar luar negara. Soal Anwar dan penyokongnya tidak mempercayai itu soal dia. Tugas Mat Maslan dalam hal ini ialah memastikan bahawa rakyat khasnya ahli Umno mempercayai video berkenaan. Selain itu beliau juga kena pastikan Felda tidak akan mengalami kerugian berterusan sehingga bankrup?

Bukankah di sini apa yang menjadi maksud Umno dan Mat Maslan dengan pendedahan dan pengedaran video itu ialah supaya rakyat benci Anwar. Begitu juga dengan kes liwat. Umno sudah melakukan segala-galanya untuk tujuan itu dengan penuh profesional. Semua media arus perdana dan blogger upahannya juga sudah mengambil bahagian dan melakukan tugas dan amanah masing-masing dengan baik. Apa dibimbangkan lagi?

Apakah dalam tilikan Mat Maslan rakyat masih buntu dan tidak mahu percaya disebabkan penafian Anwar? Ini bermakna rakyat masih yakin dengan Anwar berbanding dengan polis dan juga Umno dan kata-kata Mat Maslan sendiri. Dalam hal ini apa yang perlu Mat Maslan lakukan ialah berusaha untuk pengaruhi rakyat mempercayainya dan menolak penafian Anwar. Kalau perlu Mat Maslan perlu masuk ke makmal mencari solution mengenai perkara ini.

Tidak perlu untuk Anwar memanggil pakar luar negara. Status video itu sudah pun disahkan. Dengan pendedahan yang berleluasa rakyat sudah dapat menghukumnya. Saya percaya rakyat sudah membuat penghukuman itu berhubung video berkenaan. Mat Maslan jangan cuba merendahkan (underrate) kemampuan rakyat. Rakyat hari ini bukan lagi sama dengan rakyat di tahun 40-an yang sezaman dengan ayah Mat Maslan, para peneroka dan ayah kita semua.

Jadi apabila orang ramai masih konfius, tidak mahu percaya dengan isi video berkenaan, masih tidak tergilakan Umno sedangkan ianya sudah disebar meluas, tentulah ada sebab-sebabnya. Rakyat boileh dipulas telinga tetapi hati mereka tidak boleh dipaksa. Rakyat samalah dengan kuda yang boleh diheret ke tepi sungai tetapi tidak boleh paksa dia minum air.

Pada saya duhai Mat Maslan mudah saja kenapa rakyat tidak mudah mempercayai dengan video berkenaan dan menjadi gila kepada Umno, kerana perbuatan menyebar video bagi tujuan memburukkan Anwar itu melampau sangat. Ia berlebih-lebihan. Sudah menjadi perangai manusia kalau sesuatu dibuat secara melampau meyebabkan bukan saja mereka tidak mahu percaya tetapi membenci dan marah. Inilah yang berlaku.

Umno terlupa untuk belajar dari kesilapan Mahathir sebelum ini. Masa Mahathir jadi PM dulu beliau sudah tabur isu liwat Anwar ke seluruh dunia. Disiarkan dalam semua media massa. Tidak cukup itu Anwar dipenjara. Apa hasilnya, akhirnya Mahathir terpaksa berundur kerana kesilapan itu. Patutnya kejadian itu diambil iktibar dan tidak diulangi lagi. Bila Umno mengulangi ia nampak sangat Umno kekeringan modal dalam perjuangan.

Percayalah memenjarakan Anwar mengaibkan beliau, hatta membunuh sekalipun ia tidak akan menyelesaikan masalah. Ketakutan yang membelenggu Umno dan pemimpin kini sesuatu yang bersifat halimunan. Sesuatu yang bersifat halimunan tidak boleh dihadapi secara mendada melainkan dengan secara halimunan juga. Mat (Mat Maslan) gua makan magi saja malam ni..! [wm.kl.8:30 pm 17/05/11]

3 comments:

bat8 said...

Tuan MSO,

1. Tentang zaid ni, kita toksoh ambik potlah, bak kata anak muda zaman sekarang. Bagi yang tahu pe-ey perangai zaid akan kata,padan dohmuko jenih raso dia sorang je dalam dunia ni hebat, hok betul. Orang lain semo bodo, semo dok betol.

2. Dengar ke bua semasa dalam UMNO Baru dan PKR, sepatutnya partinya, KITA, menjadi parti yang paling diminati sekarang ini. Rakyat dari pelbagai kaum berduyun-duyun masuk parti KITA!

Jadi bila orang perasang diri dia hebat tiba-tiba beri ulasan seperti ni, kita hok bodo ni tahulah kelas mana kita nak letak dia dalm politik semasa.

3. Mengenai Mat Maslan ni biasalah jadi anak buah kepada pwmimpin besar. Bos takut dan mengelabah kat Anwar, anak buah kena 20x lagi takut dan gelabah.

bat8

1Crony said...

As Salam MSO. Bagi saya Mat Maslan dan Zul Nordin seperti ular sawa di kandang peliharaan Zoo Negara di era 70-an aje. Cuma saiz dan panjang Mat Maslan kurang sikit dari Zul Nordin. Mereka ini tergolong dalam generasi pertengahan UMNO tetapi berfikiran politik kuno. Mereka ini tidak ada maruah sebagai status politiking Melayu, sekurang-kurangnya malulah sikit kepada Saifuddin Abdullah.

anakzaman said...

Tuan MSO,

Sememangnya mengaibkan orang terlampau menghilangkan keyakinan manusia mempercayainya.

Kemana saja kita pergi seluruh dunia ini tidak ada orang berbisik-bisik,berbual panjang mengenai kes vedio lucah ini. Hanya setakat membaca,mendengar,dan menonton berita sahaja macam mencurah air diatas tanah gersang.

Apa yang kita lihat hanya pemimpin kerajaan hari ini sentiasa mencari media menghebohkan perkara berkaitan cerita lucah tersebut. Anwar Ibrahim masih selamba berceramah seluruh Malaysia bercerita berkaitan dasar-dasar Pakatan Rakyat jika jadi pemerintah.