Semuanya Ada Hikmat
Dua tiga hari lalu para penyokong Anwar Ibrahim dan juga penyokong Pakatan Rakyat berdoa dan bermunajat kepada Tuhan agar selamatkan Anwar dari pertuduhan kes liwat dan dibebaskan. Bagi mereka tidak ada sebab untuk Anwar dipanggil membela diri. Beberapa keterangan saksi pihak pendakwa juga dikatakan bercanggah dan bohong.
Hari ini mahkamah memerintah Anwar membela diri. Kata mahkamah ada prima facie terhadap pertuduhan itu. Ini bermakna kes itu masih dalam mahkamah dan Anwar belum bebas. Apabila mahkamah memutuskan demikian, ini bukan bererti Tuhan tidak mendengar doa dan munajat penyokong Anwar dan keluarganya. Tuhan dengar, cuma tidak menerimanya.
Atau Tuhan telah menerimanya dan sedang menimbangkan. Kita jangan mudah menghukum apabila hakim membuat keputusan itu bermakna Tuhan tidak menerima dengar doa dan menerimanya. Tuhan maha kaya, Dia menerima doa dari sesiapa saja. Baginya setiap apa yang diputuskan oleh mahkluknya termasuk hakim itu adalah atas pertimbangan dan ianya ada hikmat.
Satu hal yang kita perlu terima bahawa kita ini senantiasa dalam rahmat dan tertadbir dengan segala rahmatnya. Cuma bila kita jarang mengetahuinya kerana kita jahil dan buta. Kepada mereka yang gembira atas keputusan itu, janganlah riak dan bergembira, kerana kemuncak gembira itu adalah kedukaan. Dan pengakhiran kepada kedukaan yang benar itu ialah kegembiraan. [wm.kl. 2:20 pm 16/05/11]
1 comment:
Assalamu alaikum tuan. Doa akan pasti diperkenankan Allah dalam bentuk menurut kehendakNya kerana Dialah yang paling tahu apa yang terbaik untuk hambanya. Ia mungkin akan terus diperkenankan atau mungkin akan ditolak langsung kerana itulah yang terbaik untuk seseorang berbanding jika diperkanankan dan penolakan sebenarnya setimpal dengan apa yang didoakan atau mungkin akan ditangguhkan sama ada di dunia juga atau di akhirat. Yang pasti doa pasti ada ganjarannya di sisi Allah dan Allah memang sayang kepada orang yang berdoa (meminta).
Post a Comment