Saturday, May 21, 2011

Sajak

PROLOG: Malam tadi telah berlangsung himpunan 10 Ribu Pemuda Pas di Padang Perdana Kota Bharu. Mulanya saya berhajat untuk balik menyaksikan lupan perasaan anak-anak pembela agama itu, tetapi kerana sesuatu yang tidak dapat dielakkan niat itu terbatal.

Saya hanya dapat merasai akan getaran semangat dan gema laungan Allahuakhbar dari kejauhan. Tahniah kepada seluruh pemuda Kelantan. Terima kasih kepada sdr Jeming Hassan yang mengirimkan sekeping gambar dan gambar ini telah mengilhamkan sebuah puisi spontan oleh saya. Tidak terlupa terima kasih juga kepada sdr Yusri yang mengingatkan saya mengenai himpunan itu. Wassalam.



LADANG KAPAS

Malam ini dalam renjisan embun jantan

bagaikan ladang kapas

yang sedang mengepak sejuta kembang

putih menyinar banar menyuluh maya

mengimbau, memanggil menggamit

turunlah... burung-burung malam

ke atas jelapadang ini

permadaini terhampar untuk sama-sama sujud

syukur atas sisa nafas masih terhela

mendepakan jihad terbuka

Tuhan pasti menerima permohonan ini.


Di sisi pedang tersedia tajam dan kelaparan

rindu menghirup darah petualang

yang berselimut dengan batik dan selendang kebangsaan.

Lewalah pedang juang ini menjunam padu ke perut munafikin...

biar sekali kota desa ini banjir dengan darah

menyimbah segala dosa dan nanah.

Tidur lena akan terbangkit dek panahan petir... menggila

sesekali biarlah ada keriuhan di sini.


Wahai gerombongan ciak merah

nah keluyuhan sayap

di terpa angin hilang arah

jika kau benar merasa kuat dan gah

turun ke ladang kapas ini

bertarung secara mendada,

mengadukan kekuatan jasad dan nyawa.

Kau terbanglah dengan suara angkuhmu meski ke mana

takkan berani untuk kau singgah

di ladang ini takkan berani.


Malam ini di ladang kapas putih bersih

megema tasbeh dan tahmid

mengulik keagungan Tuhan

membuaikan dalam jiwa.


Pemuda ladang kapas, goncangkan pedang mu

sewah pancung leher kesyirikannya

pencung lidah kemunafikannya

sampai ia bergelumpur lumpur....

Sumpah yang ditabikkan

Harus dihormati.


Pemudaku ladang kapas

taburlah benih putihkan bumi ini

Dengan kalimah jihad,

Lailahailalah waasyhaduana Muhammadur rasulullah.


MSO

Wangsa Melawati,

Kuala Lumpur.

22 Mei 2011.

2 comments:

anakzaman said...

Tuan MSO,
Bersemangat tengok bersatunya umat islam Kelantan.

Tidak terdapat keadaan ini orang melayu secara sukarela datang ke Stadium dengan percuma melainkan disediakan bas dan elaun.

Menurut utusan kerajaan pas memperalatkan pelajar sekolah ugama bagi tujuan ini.

Bagaimana betul ke!....

mohd sayuti omar said...

Mungkin ada benarnya, tetapi Umno juga melakukan hal yang sama, itulah namanya politik Malaysia negara separuh masak.