Betulkah MB Terangganu Tidak Pandai SMS.
DALAM perjalanan ke pejabat saya singgah di The Mall untuk membeli sesuatu di kompleks berkenaan, terlalu pula di cafe di depan Mall tempat berhimpunnya para broker (bukan para nabi) politik dan jumpa kawan lama asalnya Terangganu. Kawan ini mulanya Umno kemudian berhirjah ke Keadilan kemudian kembali memeluk Umno pula.
Pengenalan lebih akrab dengan beliau semasa sama-sama menunaikan umrah. Ketika itu ada bersama beliua sdr Mohamad Azmin Ali dan Ezam Mohd Noor. Saya sempat ke perkampungan Kelantan di bukit Jiaq. Di sana kami sama-sama bersolat hajat meminta Allah memberi kesejahtraan kepada negara Malaysia yang ketika itu dilanda krisis politik.
Ketika saya sampai kawan ini sudah lama di situ bersama dua orang kawannya juga asal Terangganu. Kerana lama tidak jumpa saya saja-saja melontar pertanyaan untuk mengetahui perkembangan Umno Terangganu.
"Apa khabar Mat Said (Ahmad Said MB Terangganu), nampak tidak ada apa-apa masalah," tanya dan mula saya.
"Atas nampak molek bos, dalam belum tahu lagi.."katanya. Nada bicatanya berlainan.
"Kenapa setahun saya dia bagus, Terangganu tenang saja dan boleh menang banyak!" saya mula acah.
"Ramai yang tidak suka kepada Mat shiekh," katanya sambil menjuihkan mulut tanda hati juga tidak berapa senang dengan Mat Said.
"Kenapa?" soal saya mula menjadi minat.
"Mat ni suka mengkayakan orang luar, mana-mana yang baik dengan Najib dia beri balak?" katanya.
Bila kawan ini berkata begitu saya teringat seorang Datuk dari Terangganu sebulan lepas juga menceritakan hal yang sama. Banyak orang luar Terangganu yang kenal dengan Najib atau rapat dengan Najib diberi balak oleh Ahmad Said. Salah seorang menurut Datuk berkenaan saudara mara Najib sendiri.
Katanya saudara Najib ini memang asal Terangganu tetapi menjadi kaya sejak Mat Said jadi MB. Bukan saja balak tetapi diberi juga kilang bijih besi bernilai RM5 juta. Orang ini katanya sudah tukar kereta baru di samping beberapa buah kereta mewah. Dia juga sudah jarang berlonggok di Mall.
Menurut kawan itu tadi selain beri balak Mat Said juga meluluskan 11 projek perumahan rakyat kepada kontrekto kroninya. Semua projek itu tanpa tander. Alasan projek itu diberi tanpa tander menurut Mat Said, kerana semua projek yang diberi dengan tander sebelum ini runtuh.
Cerita kawan itu hal itu Mat Said sebeut di dalam Dewan Undangan Negeri, beliau bukan bersembunyi.
Susah untuk saya mempercayai sejauh mana cerita mengenai Mat Said itu. Mungkin ianya sengaja ditimbulkan. Saya berharap perkara ini ada pihak di Terengganu yang akan menjelaskannya.
Selain itu sebelum saya berpisah dengan teman itu diceritakan juga perihal Mat Said tidak pandai SMS... membuat pesanan ringkas. "Iya ke sheikh... tidak mungkin MB tidak pandai?" soal saya inginkan keyakinan.
"Betul Mat Said tidak pandai sms, dia hanya pandai bukan tetapi nak balas tak reti.." katanya. "Kalau you tidak percaya cuba hantar tenguk macam mana," sambungnya lagi. Saya meminta nombor telefon MB Terangganu itu tetapi dia kata dia tidak ada kalau tidak boleh cuba, apakah Ahmad Said pandai sms atau pun tidak.
Jadi kalau sesiapa ada nombor handset Mat Said boleh berikan kepada saya nak cuba apakah benar bagaikan dikatakan itu, Mat Said tidak pandai hantar SMS? [the mall. kl. 11:00 am 09/05/11]
No comments:
Post a Comment