Solat Hajat Dan Pandi Kutty
MALAM tadi telah berlangsung solat hajat dan munajat di mini stadium Selayang Baru Selangor. Solat itu dibimbing oleh Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily dari Damsyik, Syaria. Ia diadakan khas untuk memohon kepada Allah s.w.t. agar menyelamatkan Anwar dari segala bahanan fitnah dan khianat yang dilakukan ke atasnya.
Solat hajat dan munajat itu juga spesifik untuk meminta agar mahkamah membebaskan Anwar dari kes tuduhan liwat, di mana keputusan akan dibuat pada 16 Mei. Pada tanggal itu mahkamah akan memutuskan apakah Anwar akan dipanggil membela diri ataupun kes itu akan dilepaskan.
Sekiranya Anwar dipanggil membela diri, bermakna ada prima facie dalam kes berkenaan. Sebaliknya kalau Anwar dibebaskan ini bermakna tidak ada kes. Pembebasan memberi satu semangat dan kekutan baru kepada diri Anwar sendiri dan juga para penyokong PKR khasnya dan Pakatan Rakyat amnya.
Majlis malam tadi anjuran PKR yang pada mulanya turut menampilkan Nik Aziz Nik Mat. Malangnya Menteri Besar Kelantan itu tidak dapat hadir. Jadi malam tadi tidak adalah tokoh Pas yang duduk sepentas dan duduk sesejadah mendirikan solat hajat dan munajat. Timbul sedikit pertanyaan apakah pemimpin Pas tidak dipanggil atau sengaja dipencilkan dari majlis berkenaan? Lebih 5,000 yang hadir mengisi acara berkenaan walaupun senjanya hujan lebat telah menganggui selera orang ramai untuk datang.
Selepas solat dan munajat majlis diteruskan dengan kuliah rengkas oleh Sheikh Prof Dr Wahbah Mustafa Al-Zuhaily kemudian seperti biasa diikuti dengan ceramah isu semasa. Antara yang turut berceramah malam tadi memberi penerangan dan penjelasan beberapa isu semasa, ialah Azmin Ali, Khalid Ibrahim dan Anwar Ibrahim sendiri.
Antara isu yang dijelaskan mengenai isu pemanipulasian berita oleh surat khabar Utusan untuk memburukkan Anwar dan Pakatan Rakyat seperti isu Kristinisasi dan juga isu 'pandi kutty'. Malam semalamlah baru saya mendengar sendiri penjelasan dari Anwar berhubung isu pandi kutty yang kian riuh disebut.
Tiba-tiba saja perkataan pandi kutty menyendak di dalam kepala umum setelah Utusan memainkan isu berkenaan dan mengestblishkan perkataan ini. Sebelum ini hanya orang India sahaja yang tahu erti dan menggunakan perkataan ini. Tetapi hari ini selepas ia disebut secara spontan oleh Anwar kemudian diecerkan oleh Utusan ia sudah menjadi perkataan yang popular. Kalaulah pandi kutyy ini satu kesalahan maka bukan saja Anwar tetapi Utusan juga salah.
Secara tidak langsung saya kira perkataan ini dari bahasa India ini akan diMelayukan untuk dijadikan bahasa standard negara ini atau satu perumpamaan baru yang unik. Kamus dewan boleh memasukkan perkataan ini sebagai salah satu entri baru dalam kamus berkenaan. Ada baiknya politik kita kerana dapat menambahkan perbendahraan-perbendahraan baru yang canggih.
Mendengar penjelasan Anwar semalam jelas menunjukkan Utusan telah memanipulasikan penggunaan kata-kata itu oleh Anwar. Dalam laporannya Utusan ingin menunjukkan bahawa Anwar seorang yang biadap kerana memanggil Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak sebagai anak babi - pandi kutyy. Itulah yang Utusan ingin paparkan. Ia mahu memberi gambaran akan kebidapan Anwar kepada pemimpin semulia Najib?
Apa yang berlaku, jelas Anwar bukan seperti mana cuba ditonjolkan oleh akbar berkenaan. Yang berlaku sebenarnya beliau menggunakan perkataaan itu untuk menunjukkan bahawa cara berpolitik di negara, tindakan politik di negara ini, perjalanan politik di negara ini sudah sampai ke peringkat paling menijikkan sekali. Jadi untuk menggambarkan kejijikan dan kekotoran melampau itu, beliau menamakannya sebagai pandi kutyy.
Anwar mempesoalkan apakah, politik menganiaya orang, menzalimi orang, mendedahkan aib orang - dedah video, kes liwat, memaparkan gambar lucah itu politik yang baik, yang berakhlak dan selaras dengan kehendak agama dan budaya? Tidak... jadi katanya itulah gambaran politik pandi kutty. Yang dipandikuttykan bukan Najib tetapi politik yang direstui Najib.
"Saya tidak menujukan kepada sesiapa, saya tidak menyebut yang Najib pandi kutty, tetapi apa fasal pula dia terasa dengan kata-kata itu," soal Anwar sambil disambut gelak ketawa dan tepukan bergemuruh dari orang ramai.
Jadi apa yang dipaparkan oleh Utusan dan cuba diecerkan itu bukan seperti yang berlaku itu. Saya percaya kalau Utusan tidak memainkan isu ini memutar belitkannya, perkataan pandi kutyy ini tidak tetas dalam kepala kita semua. Ia akan hilang di bawa angin begitu saja. Di sinilah peranan dan pengaruh media begitu luas sekali. Sesutau yang kecil, remeh, hatta yang tidak ada sekali pun tetapi kalau sudah diwar-warkan sudah dicetak oleh media ia akan dianggap sebagai besar dan wujud.
Namun nampaknya tidak semua yang cuba dibawa oleh media itu merupakan perkara yang baik dan memberi untung kepada pihak yang dipuja atau tuannya itu. Bila ia dijelaskan semula maka pecahlah rahsia kebusukan dan kejelekkan apa yang ada di dalam dada media berkenaan.
Makanya mengenangkan beberapa isu yang sengaja diputer belitkan oleh media seperti Utusan itu, seperti isu Kristinisasi, video lucah, kes liwat dan serumpun dengannya, apa yang boleh dikatakan di sini yang juga termasuk atau mempunyai sifat-sifat pandi kutyy seperti mana disebut Anwar itu adalah akhbar berkenaan. Pandi kutty!
Pun begitu memahami apa yang dihurai dan ditafsirkan oleh Anwar berhubungan konotasi pandi kutyy itu ia bukan saja terbatas kepada pihak UBN dan akhbar Utusan saja, sebaliknya mereka yang mempunyai niat jahat, niat tidak baik dan mengamalkan politik biadap, jahat dan khianat tidak kira dari mana puak termasuk juga dari Pakatan Rakyat, DAP, PKR dan Pas juga adalah panddi kutyy. Saya doakan semoga Mat Maslan tidak tergolong dalam warga pandi kutty. [wm.kl.9:40 am 15/05/11]
No comments:
Post a Comment