Sunday, September 7, 2014

Formula bodoh untuk PKR dan Pas

SUSUPAN MALAM                                                                                          

Sebelum melelapkan mata, saya ingin mengemukakan formula bodoh saya untuk mengatasi kemelut MB Selangor yang belum ada kesudahan dan menyerabutkan fikiran itu. Formula ini mungkin tidak mudah untuk dilaksanakan, namun sekurang-kurangnya ia sebagai mencari jalan penyelesaian bagi menyelamatkan keadaan Pakatan Rakyat, terutamanya Pas dan PKR daripada merana dalam pilihan raya umum ke-14 kelak.

Formula ini juga dicadang memandangkan kepada keluhan dan keresahan rakyat yang menjadi pengundi di Selangor yang kesal dan marah atas apa yang berlaku. Tidak dapat siapa nafikan bahawa rakyat Selangor khasnya pendokong Pakatan Rakyat sedih, kesal dan geram dengan apa yang berlaku. Mereka hadir dari berbagai lapisan masyarakat dan etnik di Selangor. Bahkan masalah di Selangoir turut menyakitkan jiwa orang di luar Selangor juga.

Setiap individu yang berjumpa dengan saya, atau yang menghubungi saya, baik kakitangan kerajaan, pensyarah, profesor, pekerja boroh, pelajar, pemandu teksi maupun ahli politik semuanya menyatakan kekesalan atas apa yang berlaku. Semuanya bertanya apakah tidak ada jalan penyelesaian, dan sudah habiskan ikhtiar bagi menyelamatkan keadaan.

Perkembangan dari detik ke detik yang mereka ikuti tidak memberi kelegaan kepada mereka. Tiada tanda-tanda ia akan selesai dengan baik. Serbaliknya semua melihat ia semakin meruncing dan seakan Pakatan Rakyat sudah mahu tenggelam atau terbakar.

Siang tadi saya menghadiri beberapa majlis, kenduri kahwin dan majlis pertemua mata anak Kelantan dengan pemimpin. Setiap individu yang kenal menghampiri saya dan soalan yang diajukan ialah masalah di Selangor. Mereka ingin mengetahui apakah yang sebenarnya berlaku sehingga berpanjangan sampai kini. Masing-masing mengeluh dan melahirkan rasa kesal.

Manakala pagi-pagi seorang pemanggil dari Kelantan menangis di hujung telefon kerana kesal dan marah ke atas apa yang berlaku. Paling merujakan saya, pemanggil itu memaki hamun dan menyumpah-nyumpah seorang pemimpin. Katanya;  "saya tidak tengok telivisyen dua tiga malam ini kerana benci melihat wajah seorang pemipin itu. Entah sebut dan tulislah nama dia dalam blog enta," katanya marah. Wap kemarahanya dapat dirasakan set telefon saya.

Begitulah gambaran histerianya rakyat mengenang apa yang berlaku di Selangor kini. Tidak terlupa sebelum itu, dua hari lepas ada seorang Adun dari Terengganu menelefon saya menyatakan hal yang sama. Beliau sedih kerana terlalu sayang kepada Pakatan Rakyat yang berpotensi untuk menjadi kerajaan Malaysia jadi berkecamukan kini. Katanya nasib rakyat di Selangor hari ini tidak ubah seperti burung imigran yang berterbangan di angkasaraya untuk mencari tempat perteduhan dan perlindungan.

Dengan apa yang berlaku di Selangor kini menyebabkan mereka (rakyat) hilang punca dan tidak tahu ke mana untuk berlindung lagi. Maka itulah mereka jadi seperti burung imigran yang berterbangan ke hulur ke hilir untuk mencari tempat persinggahan. Kalau dahulu mereka melarikan diri dari Umno kerana serit dan perit dengan parti itu, kemudian singgah di dahan Pakatan Rakyat, kini Pakatan Rakyat pula sedang menuju ke hancuran menyebabkan mereka menjadi keliru dan bingung.

Pakatan Rakyat seperti tidak dapat memberi perlindungan kepada mereka lagi. Jadi kini mereka terbang kembali untuk mencari kloni perteduhan baru. Ke mana mereka akan pergi dalam keadaan berkucar kacir kini, tanya Adun itu melepas sebak dan marahnya. Dua dahan yang mereka merasakan selamat untuk berlindung, iaitu Pas dan PKR kini sedang menuju keruntuhan dan kehancuran. Kedua-dua parti itu akan hancur sekiranya krisis yang berlaku kini gagal diselamatkan.

Apa dirisaukan disebabkan musibah hari ini "kawanan imigran" itu tidak ada pilihan lain lagi melainkan mereka akan kembali terbang menyinggahi dahan lama bernama Umno semula untuk berlindung. Mereka terpaksa walaupun serit dan perit kerana kedua dahan baru Pas dan PKR dirasakan tidak selamat untuk mereka. Inilah yang menyedihkan pemimpin berkenaan menyebabkan dia sebak di hujung telefon dan marah kepada kedegilan pemimpin kerana tidak berjaya menghentikan perbalahan dan pertelingkahan hari ini.

Berbalik kepada formula bodoh yang hendak saya kemukakan tadi, ia dicadang kerana tampaknya PKR dan Pas tidak menemui jalan damai dan penyelesaian dengan kemelut yang berlaku. PKR tidak mahu mengalahkan tetap mahukan meletakkan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor. Parti itu tidak mahu mengalah kerana demi maruah. Manakala Pas pula tetap berkeras (sebenarnya Abdul Hadi dan Mustafa Ali dengan dibantu ahli Majlis Syura Ulamak) tidak mahukan kepada Wan Azizah. Dalam masa sama juga Pas main kilas tangan dengan mengharapkan Adun mereka dipilih oleh sultan menjadi MB.

Jadi kedua-duanya tidak ada jalan damai dalam soal ini. Justeru apa kata kalau mereka bertenang sekejap dan berfikir macam beruk dikepung bajir dan api, duduk atas tunggul kayu. Berfikir mencari penyelesaian untuk menyelamatkan keadaan. Formula saya ialah jawatan MB diberikan kepada Wan Azizah. Apa lagi kalau mengikut alasan Abdul Hadi penolakan Azizah bukan soal gender, tetapi soal kemampuan. Jadi apa salahnya kalau jawatan itu diserahkan kepada Azizah sebagai ujian atau bersifat sementara.

Manakala sebagai imbuhan atas penerimaan Pas itu, PKR dan DAP perlu bersetuju untuk mewujudkan jawatan Timbalan Menteri Besar dan ianya diperuntukan kepada Adun Pas. Biarlah MB daripada PKR dan TMB daripada Pas. Adil dan saksama. Tidak pelik kalau diwujudkan jawatan TMB kerana ia pernah dipraktikan di Selangor. Mungkin budak-budak penjolak buah cempedak tidak mengetahui dan memahami hal ini. Sultan juga tidak dapat bermain politik kalau formla ini dicapai.

Katakan Azizah kekok dan tidak sesuai untuk mengiringi Sultan ke sesuatu majlis, maka TMB boleh memgambil alih peranan itu. Rasanya inilah formula terbaik yang memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak. Manakala DAP berilah Exco kanan sebagai menghormati persahabatan dalam Pakatan Rakyat dan sebagai hadiah sikap gentlemen parti itu. Formula ini boleh diterima kalau kedua-dua pihak masih ada rasa sayang dan menghormati perngorbanan rakyat yang memilih mereka menerusi Pakatan Rakyat.

Formula ini juga semata-mata untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat dan merawat hati rakyat yang kini sedang senak dengan "ulah" para pemimpin yang gagal menemui jalan penyelesaian kerana terbakar dengan amarah. Anih juga kenapa sampai begitu buntu dan gelap sekali minda pemimpin Pas dan PKR bagi mengatasi masalah ini.

Bagi saya formula ini sangat adil dan ianya praktikal. [wm.kl.11:26 pm 07/09/14]

21 comments:

Unknown said...

DSWA sesuai jd TMB saje...AZMIN ALI sesuai jadi MB....setuju x formula cerdik ini....

Unknown said...

Salam...
Formula yg cukup bagus dan mantap...
Syabas tuan...

bat8 said...

Tuan MSO

Alhamdulillah. Satu cadangan yang baik untuk menyelesaikan masaalah perlantikan MB dan m3ngikat tindakan Baginda Sultan agar m3ngikut perlembagaan serta tidak menggunakan pertikaian PKR/DAP-PAS untuk kep3ntingan pihak lain yang mungkin berada dibelakang tabir yang kita tak nampak dengan jelas tetapi kita hanya nampak bayang-bayangnya sahaja.

Peny3lesaian tuan walaupun nampak baik tetapi ia adalah jalan p3nyelesaian yang amat sementara. Ia hanya dapat menyelesai masaalah melantik MB baru secepat mungkin dan mengurangkan kemungkinan Tuanku menggunaakan budibicaranya terlampau luas mel3bihi peruntukan perlembagaan.

Masaalah kemelut dalam Pakatan tidak akan selesai kerana masaalahnya bukanlah sangat disebabkan ol3h PKR/DAP. Masaalahnya ialah TGHH dan UG bertekad/tohik dengan apa cara sekalipun untuk keluar dari Pakatan dan bekerjasama dengan UMNO. Tindakan ini sepatutnya mudah sahaja. Yang merumitkan TGHH dan puak UGnya ialah keputusan Muktamar Ipoh 2008. Dalam hal ini ambo amat pasti TGHH dan puak UGnya tidak mempunyai sokongan yang cukup untuk membatalkan keputusan Muktamar Ipoh dengan memanggil satu muktamar khas. Inilah sebab disebalik tindakan-tindakan yang semakin tak masuk akal yang kita lihat berlaku sejak 2/3 hari ni. Masuk TV3 la, MSU keluar arahan Presiden ada kuasa mutlak yang sememang takde dalam perlembagaan PAS la dll ( awal lagi ambo dah kata puak UG ni dah kuasai jawatan penting dlm MSU,Dewan Ulamak, JKK PAS Pusat dan menggunakannya untuk kep3ntingan mereka. Kita dah nampak bagaimana MSU diguna dlm menolak nama DSWA dan memberi kuasa mutlak kepada Presideng).

Percayalah TGHH dan puak UG memang dah bert3kad dengan s3bulat2 tekad jika tidak dihalang oleh ahli2 PAS yang majoriti masih akur kepada keputusan Muktamar Ipoh 2008. Dalam bahasa totoknya, TGHH dan puak UG mesti diturunkan dari jawatan-jawatan mereka didalam PAS!

Dengan tekad yang bulat ini, walaupun PAS diberi jawatan TMB, TGHH dan puak UGnya akan terus menimbulkan masaalah dalam kerajaan negeri Selangor. Keputusan Exco yang juga mengandungi TMB PAS akan dicanggah oleh TGHH dan puak UGnya. Lebih malang jika mereka menhgunakan TMB dan Exco2 PAS dalam kerajaan untuk melakukan sabotaj-sabotaj supaya dilihat kerajaan pimpinan DSWA ini tidak cekap dan penuh masaalah. Pasti ini akan berlaku. Jika mereka boleh melakukan sabotaj demi sabotaj kepada PR sepanjang 6 tahun, mereka juga boleh buat kepada kerajaan DSWA. Tengoklah sejauh mana mereka bertindak sekarang dengan mengada yang takde, menggunakan TV3 dsbnya.

Ambo sambung dalam posting lain apa keuntungan yang UMNO akan dapat dari perbuatan TGHH dan puak UGnya yang menjadi kerugian besar kepada rakyat.

Wallahualam

Unknown said...

Kebuntuan masalah MB Selangor ini hanya satu saja sebabnya. Yang jelas bukan sebab Anwar/PKR tapi lebih disebabkan EGO Hadi Awang yang terlalu tinggi tapi tidak bertempat! Tidak bertempat saya katakan kerana Anwar/PKR memang berhak untuk tidak berganjak mengusulkan satu nama iaitu Wan Azizah. Ini kerana memang post MB Selangor memang sudah dipersetujui sebelum ini sebagai milik PKR. Susah sangatkah untuk PAS mengiktiraf Selangor sebagai hak PKR sedangkan PKR selama ini telah mengiktiraf Kelantan, Kedah, Trengganu, Perak, Perlis, Pahang dan Johor milik PAS(jika PAS menang. Kalau sudah begitu, mengapa pula Hadi Awang kelihatan begitu dengki dengan PKR di Selangor? Hadi Awang sering memberi alasan kebudak2an konon kerana PKR sudah curi 2 Adun PAS di Selangor! Yang dikatakan mencuri jika PKR menerima 2 adun PAS tersebut menjadi ahli PAS seperti yang PAS tawarkan kepada Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. Itulah nama curi. Sedangkan dalam kes di Selangor kedua adun PAS itu sekadar menyokong Wan Azizah sebagai MB? Mereka tetap sebagai ahli PAS! Salahkah mereka? Mereka sekadar melaksanakan janji PAS sebagai rakan PKR di Selangor. Ini menunjukkah hati mereka lebih mulia daripada hati Presiden PAS yang nampaknya begitu busuk dan seronok melihat kerosakan PKR! Kita bercakap banyak pun tak guna, apa yang jelas kelau kita lihat PAS sejak berada di bawah Hadi Awang bukannya semakin cantik tpi semakin hari semakin teruk........

azmar said...

Cadangan idea mso ini bukan satu pandangan yang bodoh, tapi cadangan yang terbaik bagi menyelesaikan isu yang sedang berbangkit di selangor sekarang. Cadangan daripada seorang pakar pikir yang mengatasi para pemikir dalam parti PR itu sendiri. Cadangan ini motifnya untuk kebaikan sejagat khususnya untuk kesejahteraan rakyat negeri Selangor. Rasional dan logiknya memang ada. Kenapa tidaknya, sebab dulu pun Selangor pernah ada jawatan TB MB dan tidak ada masalah pun. Bukan di selangor sahaja jawatan TM MB diwujudkan, bahkan pernah berlaku di negeri pahang, terengganu dan kelantan sehingga ke hari ini. Pada zaman kerajaan APU ( PAS + S46 ) dulu, Dato Seri Razali Ishak pernah dilantik Timbalan Menteri Besar Dua Kelantan. Tidak timbul pun sebarang masalah.
Jadi untuk meredakan keadaan, semua pihak dalam sah PR, sama ada pemimpin atau rakyat pengikut hendaklah sama-sama akur terhadap cadangan sdr mso ini. Satu format cadangan yang bertaraf internasional. MB dari PKR ( DDWA ) dan Timbalan MB ) dari PAS. Kata orang putih situasi wind and wind.
Syabas sdr mso yang telah terbuka idea untuk mencerahkan suasana yang agak gelap dan muram di negeri lubuk industry itu.

Unknown said...

Pandangan Tuan Bat8 di atas memang masuk akal dan perlu difikirkan oleh seluruh ahli PAS yang sayangkan Pakatan Rakyat! Percayalah PAS tidak akan pergi mana jika bersama UMNO kerana UMNO jelas merupakan parti Melayu tapi sikapnya anti-Islam. Sikap anti-Islam UMNO ini lebih berbahaya daripada sikap anti-Islam DAP kerana DAP itu jelas bukan Islam! Tapi UMNO? Kalau PAS menerima UMNO sebagai rakan, bererti PAS sengaja menyimpan musuh dalam selimut. Kalau DAP hanyalah sekadar musuh di luar selimut! Musuh dalam selimut lebih berbahaya daripada musuh dalam selimut.....Mengapa Hadi Awang menjadi sebodoh itu untuk mengerti hakikat ini?

bat8 said...

Tuan MSO

Izinkan ambo sambung....

Kita lihat apa masaalah UMNO didalam PRU 14. Kerusi parlimen UMNO di Sabah telah selamat. Yang UMNO paling bimbang ialah kerusi-kerusi Parlimen dan kerusi-kerusi DUN dibeberapa negeri di Semenanjung Malaysia. Yang m3nyelamatkan UMNO/BN dalam PRU 13 bol3h dikatakan BR1M. Ok. Banyak kerusi-kerusi parlimen di Semenanjung dimenangi oleh UMNO di luar bandar dibawah 3 000 setelah pelbagai duit ditabur macam daun getah luruh. Ini yang menyelamatkan UMNO dalam PRU 13. UMNO akan cuba mengelak untuk menggunakan yektik yang sama dalam PRU 14 kerana kosnya akan berganda lagi dari yang digunakan dalam PRU 13. Lagipun ia tidak boleh menjamin mereka akan berjaya seperti PRU 13 kerana jumlah pengundi muda dalam 5 tahun ini pasti akan meningkat dengan banyak. Kita tahu pengundi2 muda sebahagian besarnya menolak UMNO/BN. Faktor penghijrahan p3ngundi2 muda yang menjadi vote bank UMNO dikawasan luar bandar juga pasti berlaku kerana meninggalkan kampong ke bandar atau separa bandar kerana faktor ekonomi. Banyak lagi faktor yang boleh dikaitkan.

Disinilah UMNO memerlukan sokongan PAS dalam PRU 14 nanti bagi mengekalkan kerusi di kawasan2 luar bandar yang mereka menangi dengan tipis dalam PRU 13 nanti.

Keperluan mendesak yang amat UMNO perlukan dari PAS pada pandangan ambo adalah dalam 2 perkara : m3luluskan cadangan pers3mpadanan baru yang sudah dimanipulasikan ol3h SPR untuk menguntungkan UMNO/BN yang akan digunakan didalam PRU 14 nanti ( ini mereka perlu parlimen luluskan sekarang kerana proses untuk mengazetkannya memerlukan masa). Kedua, untuk mengunakan undi-undi ahli PAS dikawasan2 luar bandar yang mereka menangi dalam PRU 13 untuk mengantikan kehilangan undi-undi yang mereka dapat dalam PRU lepas supaya mereka dapat mengekalkan kerusi-kerusi ters3but.

Tentang persempadanan baru. Persempadan kawasan piliharaya adalah satu senjata yang paling berbisa yang memenangkan UMNO/BN didalam setiap PRU sejak dari zaman Perikatan lagi. Pers3mpadanan ini disalahguna dengan begitu ganas sekali selepas PRU 1990 oleh Mahathir setelah mendapati bahawa UMNO hanya m3ndapat 46% undi popular melayu di Semenanjung. Lalu dia membawa UMNO ke Sabah untuk membina fix deposit baru dengan pertolongan bumiputra bukan melayu dan bukan Islam. Antara langkah diambil ialah mengubah pers3mpadanan kawasan pilihanraya dengan meningkatkan kawasan parlimen danDUN.Darimasakesemasa,persempadanan diubah mengikut keperluan untuk memberi kelebihan. Dengan manupulasi persempadanan kawasan pilihanraya ini dengan sengaja menjadi tugas mustahil untuk pembangkang menumbangkan UMNO/BN sampai bila-bila. Contoh paling nyata ialah keputusan PRU 13 yang lalu. Pembangkang menang 52% undi popular. Tetapi oleh sebab pe4sempadanan yang sentiasa menguntung UMNO/BN, berapa peratuskah kerusi parlimen dimenangi oleh pembangkang?

Sekarang SPR sudah menyiapkan satu persempadanan semula untuk dibentangkan di parlimen. Sudah tentu persempadanan ini akan m3nguntungkan UMNO/BN kerana ia mungkin telah diubah antaranya berdasarkan realiti sosio -politco-ekonomi semasa, sekali lagi untuk memberi kelebihan kepada UMNO/BN di dalam P4U 14.

Sekarang kerajaan persekutuan tak berani bentang kerana ia memerlukan sokongan 2/3 yang BN tidak ada. Disinilah PAS beguna. Dengan jumlah ahli Parlimen PAS, Najib akan berjaya. INI BAHAYA YANG SEDANG M3NANTI KITA RAKYAT!

Takkan TGHH dan puak UG tak reti baca. Kalau tak reti baca, maknanya mereka bodoh dan tak layak berada didalam kepimpinan PAS Pusat. Saya cenderung mereka tahu tetapi mereka tak peduli. Kepentingan diri mengatasi segala-galanya.

Di dunia maya kini tersebar berita( belum meluas lagi) bahawa s3jumlah wang telah diserahkan kepada satu puak PAS. Betul tak betul kita tak tahu. Tapi kita semua tahu perkara ini bukan mustahil dan berlaku berkali-kali dibuat ol3h UMNO/BN.

Jadi sebab itulah saya kata untuk menyelamatkan Pakatan,PAS dan negara, TGHH dan puak UGnya pe4lu disingkirkan dari jawatan2 mereka s3cepat mungkin. Gambaran besar melibatkan puak UG PAS dan UMNO semakin clear sekarang.

Salleh - Putrajaya said...

Kenapa DSAI nak jugak Wan Azizah walaupun diketahui Sultan tak mahu...?

Seperti telahan saya sebelum ini..., nampaknya matlamat DSAI nak menyingkirkan geng ulama Juz Amma dalam PAS sedang berlaku secara terbuka sekarang.

Kedua2 aliran ini nampak tak seimbang kerana geng Juz Amma lebih kuat kerana ada kuasa. Nampaknya hasrat DSAI ini tidak akan tercapai.

Allah jualah sebaik-baik perancang.

bat8 said...

Tuan Saifudin,

Yang kita tak faham ialah mengapa puak UG ini mahu sangat bemerjasama dengan UMNO. Saya mula memerhatikan tindakan2 puak UG ini sejak ianya timbul tahun 2008 lagi. Mereka tidak pernah memberi hujah akal yang lojik ( hujah standard budak tadika ada la) dan hujah syarie yang jelas sehingga hari ini. Tak munasabah tak boleh sebab bos-bos UG ni bukan calang-calang orang, semua mempunyai ilmu ugama yang melaut semuanya. Bayangkan gandingan tokoh2 ini jika bersatu memerah otak untuk mengeluarkan hujah. Mesti boleh punya!.....mengapa sampai hari ini mereka tak boleh mengeluarkannya?

Sebab mereka membisu,menyorok kepala, kita pun naik pening. Dalam PR, PAS hanya berhadapan dengan sebuah je parti kapir ( Dap). Dah la sebuah je, jenis pun satu, cina. Ini pun dah tak boleh nak handle.

Bayangkan jika puak UG ni bawa PAS bekerjasama dengan UMNO, dibelakang UMNO itu terdapat 13 jenis parti kapir,macam-macam jenis. Nak tak nak, setiap tindakan UMNO dalam bekerjasama dengan PAS nanti, UMNO perlu mengambilkira kepentingan 13 buah parti-parti kapir ini yang menjadi rakan UMNO didalam BN. Ini jika kita kata PAS - UMNO bekerjasama diluar BN.

Kalau PAS menyertai BN, keadaan PAS lagi parah kerana kena berperang dengan 13 buah parti kapir yang menjadi sekutu PAS didalam BN.1 dah tak boleh handle macamana nak handle 13? Cerdik ke tak cerdik?

Last2 buat undang2 baru tuang presideng ada kuasa mutlak. Hancur lebur parti Islam kalau dibiarkan TGHH dan geng UGnya masih berada dibarisan kepimpinan PAS Pusat.

Unknown said...

Salam tuan2 semua...

Seni politik sedang menari diselangor dan kita akan lihat siapa yg akan tersadung kaki...

Yang terasa dicucuk hidung akan bermain tarik tali...

Yang terasa rakan mengkhianat akan terus menekan...

Isu UG saya tak boleh ulas sebab dari zaman projek langgar hadi oleh aduka taruna kita dah dengar dan sekarang ni TGNA juga kata PKR macam budak manja dan saya tak terfikir nk kaitkan TGNA dengan UG sebab imaginasi saya agak lemah mungkin...

Cuma bagi sy yg melondeh turut sama dilondehkan sekarang dan rakyat sedang memerhati tindakan balas untuk terus melondeh...sedang menunggu kenyataan balas saudara rafizi isu ku li diajak jd pm oleh pas dan dilondeh pula oleh tghh bahawa pkr dan dap yg mula2 ajak ku li join party...mungkin tuan2 yg arif ada penjelasan nk juga didengar...

Wasalam

ucin sasuke said...

Amat menarik sekali komen dari bat8. Saya rasa mungkin ada kenenarannya setelah melihat gambar puak UG PAS diluar negara bersama Najib.

bat8 said...

Tuan Hanafi,

Saya juga tak mahu mengulas benda yang saya tak nampak depan mata. Kita hanya boleh mengulas mengunakan reasoning akal kepada perkara-perkara yang kita nampak semasa berlaku. Diatas sesuatu yang berlaku didepan mata,10 orang melihat satu perkara itu dari 10 sudut berbeza. Ini dikatakan persepsi. Betul atau salah itu kena diperhalusi. Yang pasti begitu hebatnya akal ciptaan Allah ini.

Kerana kepelbagaian melihat satu perkara itulah dunia semakin bertambah maju. Siapa sangka besi yang berat itu orang boleh buat kapalterbang yang boleh terbang seperti burung. Di zaman melaka dulu, hanya burung yang terbang.

Dalam isu tuduhan TGHH yang PAS disuruh oleh PKR berjumpa dengan Kuli setelah PKR gagal memujuk Kuli, saya tidak tahu siapa yang bercakap benar. Kedua-dua perjumpaan dengan Kuli oleh PAS atau PKR tidak berlaku didepan saya seperti saya melihat tindakan-tindakan koner baring TGHH dalam kes isu MB Selangor.

Jika dilihat kepada timing pendedahan perkara ini dan kaitannya dengan tindakan-tindakan TGHH, saya merasakan ia tidak lebih kepada nak tegak benang basah sahaja untuk menjustifikasi tindakan-tindakan beliau yang banyak bertentangan dengan perlembagaan PAS, walaupun pendedahan TGHH itu benar.

Yang saya nampak dari pendedahan isu berjumpa Kuli ini ialah sebab PKR buat dajal kat aku, aku buang prinsip politik Islam aku, aku buang kelaut perlembagaan PAS aku, kita bergasak s3cara anak jantan. Sebabnya isu jumpa kuli itu kecil dan tak signifikan pun berbanding dengan kesan yang menanti akIbat dari tindakan2 TGHH.

Apatah lagi didalam majlis penerangan yang sama TGHH memberitahu beliau mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan nama calon MB Selangor s3cara bers3ndirian kerana diberi oleh kuasa oleh perlembagaan PAS, membelakangkan keputusan mesyuarat JKPP pada 17 ogos. Jika kita semak betul2 kuasa mutlak seperti ini takde didalam perlembagaan PAS. Jadi ini menimbulkan masaalah kredibiliti TGHH itu sendiri.

Saya masih melihat isu-isu yang dibangkitkan oleh TGHH didalam majlis penerangan itu dengan membuka pekung PKR dengan isu-isu yang tidak signifikan untuk mempertahankan tindakan2 koner baringnya, melanggar tatacara berorganasi yang ditetapkan oleh perlembagaan PAS penuh dengan tanda tanya yang tidak masuk akal.

Itu persepsi saya. Kita tidak diberitahu alasan2 yang lebih kukuh yang meyakinkan atau alasan2 syarie yang beliau teramat arif untuk menjustifikasi tindakan2 koner baringnya. Ini agak mengecewakan. Jadi kita hanya membentuk kepada hard facts apa yang terjadi. Kita tidak boleh membawa fikiran orang atau melihat niat dihati dia.

Wallahualam.

Ku ingat Taqwa said...

Setuju

Ku ingat Taqwa said...

Setuju. Tapi DSWA dah wak kluar surat jgn ada ucapan balas. Selamat la rafizi n saipodin

Anonymous said...

Tuan MSO! Kalau dah formula tu bodoh kenapa dicadangkan?

pemerhati said...

salam...

ambo nk bentangkan 1 idea nakal. aper kata pujuk Dski masuk balik Pkr and lantik smula beliau sbgai MB s'gor. amacam bernas ngak idea ambo

Unknown said...

Salam tuan...

Bagi saya saudara rafizi boleh lg melondehkan rahsia lain lg yg boleh mengejutkan rakyat dan lepas itu tghh pun akan balas londehan itu dengan isu yg hampir sama biar yg menang jd arang yg kalah jadi abu...

Isu yg lama saya perhati ialah kita mungkin boleh bersetuju langkah kajang perlu diadakan tetapi persoalan utama disini dlm perhatian saya ialah mengapa langkah kajang tetap diambil dan akan tetap dijalankan by hook or by crook bak kata rafizi waima sanggup hadapi pilihan raya negeri jika khalid ibrahim bubar dun...sy rasa sebagai pakar strategi rafizi pasti tahu yg khalid takkan letak jawatan masa usul kajang move...sampai sekarang sy masih lg pk mengapa langkah yg berisiko tinggi untuk hancurkan PR tetap diambil hingga sanggup hadapi PRN Selangor...punca awal...

Macam saja cari penyakit...tuan...

Mungkin kita boleh kata "ahh puak UG mmg nk porak peranda pakatan" tp kenapa kita bagi peluang secara massa hingga rakyat tgok kita huduh sekarang...media umno mmg tggu peluang ini...tak boleh ke kita tunggu dulu selesai satu2 masalah yg berat jgn angkut sekali nanti patah pinggang...

Jika PKR boleh persoal PAS kenapa tak sokong DSWA maka PAS juga boleh persoal mengapa PKR tak bincang awal2 dan ambik tindakan sendiri...jadi macam kisah bangau oh bangau...

Wasalam

Unknown said...

Satu lagi tuan...bila keluar isu ku li di ajak masuk pkr dan dap...isu khalid ibrahim yg berjaya jawab semua soalan majlis pimpinan PR yg didedahkan ahlinya 3 wakil dari setiap parti dap pkr dan pas siap sebut nama lg dan keputusan khalid ok dan perlu dibantu...mungkin org akan kata perkara ini kecil tuan saja nk tegak benang basah tp mmg lumrah bila bergaduh habis keluar rahsia dan disini boleh dipertikai kejujuran komponen PR oleh rakyat...kalau kamu tidak jujur dengan pakatan kamu dari awal lg mcm mana kamu nk jujur dengan rakyat?dulu kita kata umno/bn siakap senohong gelama ikan duri bercakap bohong lama2 mencuri(duit rakyat) yg paling best cakap bohong menang pilihanraya boleh jadi menteri...masing2 hanya nk selesai satu matlamat saja iaitu kuasa dan jawatan tak kira kabinet atau glc ini dibuktikan oleh mansor othman di penang yg kita semua tahu...itu tujuan sebenar...tp umno lg jahat cuma ada mirip perangai je

bat8 said...

Tuan Hanafi

Saya menghadapi kesukaran menghadham maksud tuab dalam posting inj, tidak seperti posting2 tuan yang lalu. Saya minta maaf, mungkin kelemahan diri saya. Saya amat hargai usaha tuan jika tuan dapat menjelaskan sekali lagi maksud tuan diatas.

Jazakallah.

bat8 said...

Tuan

Saya tidak dapat menjawab mengapa PAS tidak diberitahu dengan terperinci tentang langkah Kajang sebab saya tidak mempunyai masaalah yang terperinci dari sumber dalaman PKR. Saya agak sukar untuk mempercayai Anwar bertindak secara unilateral atau bersendirian melaksanakan langkah kajang dengan tidak memberitahu kepada DAP dan PAS. Saya boleh peecaya tahap maklumat yang disampaikan kepada DAP dan PAS itu berbeza. Saya tidak boleh mengesahkan andaian ini secara tepat kerana saya tak tahu. Saya percaya TGHH diberitahu secara kasar mungkin tak sedetail maklumat yang disampaikan kepada DAP. Ini kena minta Rafizi dan Anwar jawab. Rasanya jawapan Rafizi lebih kurang andaian saya. Wallahualam.

Sekarang kita mula nampak mengapa Langkah Kajang itu dibuat. Sekarang kita lihat bahawa ia berkait rapat dengan penjualan tanah tropicana( ? saya tak pasti) kepada syarikat yang mempunyai kaitan dengan seorang peguam UMNO setelah peguam ters3but yang sekarang ini nampak jelas terdapat keraguan kerana tender depa adalah yang paling tidak menarik berbanding dengan 2 lagi tawaran. Maklumat tender ini bukan andaian ia ada dalam bentuk maklumat rasmi. Keduanya tentang pengambilan alih konsesi air yang ditukar dengan kelulusan projek kerajaan persekutuan ia itu Langat 2 yang dibuat secara unilateral tanpa merujuk kepada pimpinan ( PAS, PKR & DAP). Bagi sesiapa yang tahu dan terlibat dengan proses tender kerajaan sebagai perunding luar amat arif modus operandi pembinaan projek mega kerajaan - lubuk emas kroni UMNO/BN yang kemudiannya yang menanggung bebannya. Juga persetujuan TSKI tentang projek KIDEX. Kedua projek ini perlu ditangani bukan sahaja secara pentadbiran negeri tetapi juga dari segi politik. Sekarang ini kerajaan persekutuan sedang meneka kerajaan sementara TSKI ( caretaker gomen) untuk menandatangani satu perjanjian yang tak boleh diubah bagi pengambilalih konsesi air Selangor/WP dan kelulusan pembinaan Langat 2 dalam minggu ini atau minggu depan sebelum MB baru dilantik. Ini bukan cerita orang tetapi dilaporkan oleh kebanyakan akhbar perdana dan portal berita. Hakikatnya kerajaan TSKI sekarang xboleh buat sebarang perjanjian dgn mana2 pihak.

Maknanya ada sesuatu sedang dirancang oleh TSKI dan UMNO. Tidak sukar untuk sampai kepada andaian ini dengan melihat kronologi atau rentetan peristiwa yang melibatkan 3 perkara diatas. Itu sebab Anwar mahu mengambilalih jawatan MB dan mengapa TSKI perlu diganti. Satu andaian ialah dengan terlaksananya projek Langat 2 ia akan menjadi sumber kewangan tambahan kepada UMNO untuk menyerang Selangor dengan lebih ganas menjelang PRU 14. Jika kita kenal dan tahu sejauh mana UMNO sanggup buat kerja jahat, kita tidak memandang rendah kemungkinan ini.

Ini adalah antara rasional yang dilihat oleh kebanyakan orang sekarang sekurang2nya dikalangan yang berpendidikan.

Namun saya tidak tahu mengapa PAS tidak diberitahu seperti dakwaan tuan. Jika kita lihat tindakan2 TGHH dalam isu MB Selangor ini apakah penerangan terperinci boleh mengubah keadaan? Saya tidak tahu...hati saya berkata tidak kerana TGHH sudah menutup semua ruang untuk berbincang dan penerangan jika kita lihat kepada tindakan2 beliau.

wallahualam

Unknown said...

Salam Tuan Bat8...

Saya pada mulanya isu ini berlaku rasa agak kecewa apabila PAS dihentam secara massa dan bersiri...jadi pada awal posting saya agak membela tindakan Pas dan menyuruh rakan2 termasuk tuan dan tuan punya blog tuan MSO agar siasat kenapa Tghh bersikap demikian dengan maklumat 1st hand dan bukan hanya dengar cakap2 dan rumour...pada mulanya begitu...

Kemudian apabila saya lihat tidak ada yg positif sy cuba menerima yg tghh mungkin ada silap dan minta agar pimpinan agar duduk semeja bertemu mata bukan hanya keluar kenyataan media mahupun surat menyurat...

Kemudian sy minta agar semua pihak selain DSAI ataupun LGE hentikan cakap2 Pas mahu keluar PR atau mendesak pas keluar PR kerana kita semua menerima bahawa hanya dua tokoh ini sahaja yg berautoriti untuk keluar kenyataan sama ada mahu hentam pas or mahu pas ada dlm PR...

Posting2 sy berdasar perkembangan semasa dan mungkin agak berubah ubah pada pandangan tuan itu sy akui...

Terbaru apabila keluar isu soal jawab dirusila dan didedahkan oleh tghh maka episod baru pula berlaku dan saya lihat agak mengejutkan dan saya mmg menanti jawaban rafizi...tetapi sy fikir penantian sy itu hanya memburukkan lg keadaan dan isu londeh melondeh ini bagus juga dihentikan dan sy berharap agar saudara rafizi dan tghh agar tutup buku...

Tangan PR telahpun berlumpur dan diharap hentikan salah menyalah buat sementara waktu kerana kita tau rakyat sedang memerhati...

Saya tidak menyokong UG dan saya juga tidak menyokong Erdogan atau apa2 istilah atau puak yg cuba digambarkan atau dihidupkan sy hanya menyokong Islam dan keadilan Islam yg bekasnya diMalaysia ini bernama PAS sejak sy cukup umur pada 25sept 1996 (trima kasih tak terhingga kepada arwah ayah saya yg tlong daftar).sejak dari itu sy pertahankan pas dengan keringat airmata dan harta dan mmg saya sygkan perjuangan ini...adab berjamaah taati pemimpin selagi ia taat kepada Allah dan Rasul...Rasul kita pernah bersabda bantulah org yg dizalimi dan pemimpin yg zalim dengan maksud bantulah pemimpin yg zalim dengan jatuhkan dia dari kekuasaan...sy juga yakin ahli pas akan jatuhkan tghh jika beliau lari dari landasan Islam...semoga beliau mendapat taufik dan hidayah dlm tindakan beliau...saya juga harapkan agar anasir2 yg tidak bagus untuk perjuangan Islam terkeluar dari pimpinan PAS dalam pemilihan muktamar akan datang dan kalau yg x bagus itu tghh maka mengapa tidak beliau dijatuhkan kerana pemimpin datang dan pergi tetapi Islam mesti diteruskan semoga Allah jauhkan dan keluarkan keburukan tersebut dari perjuangan PAS...

Akhir kata sy mohon maaf kepada tuan jika ada terkasar bahasa dan kelemahan ilmu dalam bertukar tukar pendapat...tujuan saya hanya satu iaitu matlamat yg sama mahu lihat keadilan tertegak dimalaysia...

Wasalam...