(Kemelut Tendong)
APA sudah jadi? Kadang-kadang aib juga bila dikenangkan. Sebagai parti Islam (Pas) sepatutnya perkara sembunyi menyembunyi, buat keputusan senyap-senyap dan dolak dalih ini tidak berlaku. Parti Islam seharusnya gentlemen. Kenapa harus berlaku hal-hal yang tidak menunjukkan kemuliaan sebagai sebuah parti Islam.
Kenapa harus mengajar pengikut agar terikut-ikut dengan perangai parti Umno. Sepatutnya sesuatu yang tidak baik tidak perlu diteladankan kepada pengikut.
Berbagai cerita dan berita yang datang dari Kelantan dalam tempoh 72 jam ini. Sebaik saja Parlimen dibubarkan 13 Februai lalu, macam-macam bunyi yang menyenakkan telinga dan menyebakkan dada kedengaran.
Berbagai cerita dan berita yang datang dari Kelantan dalam tempoh 72 jam ini. Sebaik saja Parlimen dibubarkan 13 Februai lalu, macam-macam bunyi yang menyenakkan telinga dan menyebakkan dada kedengaran.
Semuanya menggerun dan mencemaskan. Harapnya biarlah ia seperti ribut di hujung senja cepat berlalu dan berhenti. Selepas ini semua akan selesai dengan baik dan berkebajikan.
Pandangan peribadi.
Mulanya saya tidak mahu melayan semua panggilan itu. Bosan! Tetapi kerana kerap sangat dan terfikir mereka yang tersadung dalam kancah itu sudah tidak ada tempat mangadu lagi, maka terpaksa juga melayan dan memberi pandangan peribadi.
Semuanya ialah mengenai calon dalam pilihan raya akan datang. Ada yang kata begitu dan ada yang dakwa begini. Ada yang protes, kesal, ugut dan merintih di hujung telefon menangis kerana diperlakukan secara tidak sewajarnya.
Mengapa terjadi ini? Dan kenapa pula timbul soal rebut merebut? Sebagai wadah perjuangan Islam seharusnya tidak berlaku. Ingat, kemenangan di dalam pilihan raya (jadi YB) bukan bererti menang. Dan kalah (gagal menjadi MB) bukan bererti tewas dan perjuangan menjadi hampa. Hakikat dalam sesuatu kemenangan ialah apabila kita terus istiqamah dengan perjuangan.
Soal rebut merebut, lobi melobi untuk jadi calon ini selalu berlaku menjelang pilihan raya. Saya sudah menyaksikan hal ini dalam lebih lima kali pilihan raya, bermula pada tahun 1978 hingga 2004. Namun kali ini nampaknya parah sedikit. Semacam kejadian ini berpotensi pula untuk merebak dan melarat lebih jauh sehingga memberi kesan tidak baik kepada Pas. Apakah Pas ingin kalah dalam pilihan raya kali ini?
Sesiapa pun tidak mahu dengar gara-gara silap letak calon, banyak kerusi akam hilang. Jangan ulang kejadian tahun 2004 yang lepas. Salah satu sebab kenapa Pas kehilangan banyak 'darah' ialah kerana silap letak calon. Jadi sebelum keadaan parah, pemimpin Pas Kelantan patut mengambil iktibar dan menyelesaikan dengan baik. Masa masih ada lagi...
Berita pertama datang dari Tendong, Pasir Mas Kelantan. Penyelia DUN Tendong Abdul Hamid Abdul Aziz yang berkerja kuat dan bertungkus lumus sebelum ini dikatakan tidak lekat jadi calon Tendong. Kononnya Hamid digugurkan kerana terlibat dengan satu skandal di Medan. Tok Guru Nik Aziz sendiri dikatakan yang 'pacak' tidak mahukan Abdul Hamid?
Tindakan Pesuruhjaya Pas Kelantan itu mungkin betul. Tidak boleh orang yang rendah moral dilantik menjadi calon. Bahkan kalau menurut Nik Aziz orang yang merokok pun tidak layak menajdi calon Pas. Soalnya apakah skandal yang dilemparkan ke atas Abdul Hamid itu betul dan benar?
Ingin dijelaskan kepada Tok Guru dan semua ulama di dalam Pas, kalau apa yang berlaku ke atas Abdul Hamid itu diambil kira atau diberi perioriti di dalam pemilihan calon maka suku daripada calon-calon Pas yang ada hari ini atau yang sudah menjadi wakil rakyat tidak layak dipilih dan disenaraikan sebagai calon.
Setengahnya bukan saja terlibat dan bersubahat dengan skandal atau melakukan kerja-kerja seperti 'kucing timbus tahi' seperti bebini lebih daripada dua secara senyap, tetapi ada yang kerongkongnya buruk dan mulut busuk; bercakap bohong, tidak jujur dan berselindung di sebalik kepentingan parti. Adakalanya dalam hal ini Tok Guru pun ditipu hidup-hidup!
Panjang dan tinggi
Ada juga yang berseloroh Abdul Hamid tidak boleh jadi calon kerana kecil dan pendek. Itu adalah takdir dan keputusan Allah ke atas fizikalnya. Abdul Hamid tidak akan panjang dan tinggi lagi meskipun sampai 100 kali pilihan raya lagi. Kenapa soal saiz menjadi pertikaian? Apakah orang pendek tidak layak?
Tidak ada gunanya tubuh tinggi, kasar dan tegak kalau otaknya buruk, kerongkongnya berkulat dan mulutnya busuk dengan cakap-cakap bohong. Tidak ada guna walaupun setengah dinar Kelantan pun.
Wakaupun pendek tetapi otaknya baik, ada nur kejujuran ia lebih baik dari seribu orang panjang yang sombong dan ego.
Di sini bukan saya hendak membela Abdul Hamid. Tetapi biarlah berlaku adil. Hormatilah Abdul Hamid. Abdul Hamid sendiri khabarnya tidak ada masalah kalau beliau sudah ditakdirkan tidak menjadi calon. Malahan dalam satu ucapan yang didengari oleh Nik Aziz, Abdul Hamid mengatakan yang beliau bersedia menyokong sesiapa saja dan sanggup setia kepada parti.
Tetapi biarlah penafian ke atasnya beradab. Abdul Hamid ada penyokong dan ada orang yang setia kepadanya. Beliau mungkin boleh sabar tetapi bagaimana dengan penyokongnya terdiri Penghulu dan sebagainya. Di sinilah tidak bijaksana dan kurangnya keikhlasan orang-orang Pas. Kalau pun hendak makan kawan sendiri tetapi biarlah sisanya tidak tertinggal!
Mungkin Abdul Hamid juga merasakan dirinya dipermainkan. Kerana pada mulanya Ustaz Wan Roslan dinamakan sebagai calon Tendong. Kemudian lewat petang semalam nama Ustaz Yaacob Marcoco pula naik. Siapa dia Yaacob Marcoco ni?
Apakah dia seorang lawyer, majistret, doktor atau siapa? Kalau itulah kriteria yang digunapakai untuk mengganti Abdul Hamid maka jelas sikap Pas Kelantan hari ini saling tidak tumpah dengan feel perangai ibu mertua P Ramlee. BERSAMBUNG. [wm.kl 15/02/08]
No comments:
Post a Comment