Friday, November 6, 2009

Menjelang Seminar

Harapan Kepada Aziz Bari

ESOK Abdul Aziz Bari akan diberi masa bercakap selama 20 minit dalam seminar politik Pas di Taman Melewar. Ada orang beranggapan kesediaan Pas memanggil Aziz Bari menandakan Pas terbuka dan kesediaan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mendengar apa juga pandangan termasuk pandangan luar. Kalau hendak diikutkan amalan parti politik, jarang orang yang mengkritik presiden dipanggil untuk memberi pandangan di dalam parti yang dipimpinnya.

Bloger profesional, Norizan Sharif menyifatkan apa yang dilakukan Abdul Hadi itu sesuatu yang positif. (Sila baca ulasannya). Beliau juga berharap semoga pemimpin Pas yang lain dapat mencontohi pendekatan Abdul Hadi.

Sikap positif itu tidak berlaku dalam parti lain. Mungkin Pas yang kini sedang mengorak langkah ke arus global ingin membuat beberapa banyak perubahan dan pembaharuan, tajdid. Kesediaan memanggil kritikus politik itu juga sebahagian tanda-tanda keberanian Pas.

Apakah esok Aziz Bari akan terus mengkritik Abdul Hadi di samping memberi pandangan-pandangan bernas sebagai seorang sarjana? Nampakanya Aziz tidak akan apolegtik apa yang berlaku. Hari ini pun menerusi sebuah portal berita beliau terus membelasah dan memberi pandangan negatif terhadap Abdul Hadi.

Mungkin itu bekalan beliau yang sudah dirancang demikian rupa. Kerana beliau tahu dalam tempoh 20 minit apa yang boleh diungkapkan, maka Aziz kena beri ucapan muqadimah awal menerusi portal berita berkenaan. Para ahli seminar boleh menghayati ataupun menyelami maknikam Aziz itu.

Bagi saya, saya sudah nampak apa yang terpendam di dalam hati dan jiwa Aziz Bari. Gambaran ini bukan jelas dengan membaca tulisan, pandangan, dan kenyataan beliau tetapi menerusi intraksi dengannya secara langsung. Sekurang-kurang dua kali saya bersemuka dengannya dan membincang perkembangan dalam Pas. Daripada hasil percakapan itu saya dapat menjangka apa yang Aziz inginkan.

Bila beliau kritik Pas dengan mengatakan Pas perlu rubah kepimpinan, ini bermakna beliau mahukan Pas membuang Abdul Hadi Awang. Pada pandangan Aziz, Abdul Hadi dan beberapa lagi telah menjadi liabiliti kepada Pas. Baginya kalau orang ini disimpan ia menyebabkan cita-cita besar Pas dan rakannya dalam Pakatan Rakyat akan gagal. Lebih mustahak lagi orang ini boleh membantutkan impian bekas gurunya, Anwar Ibrahim.

Aziz bernasib baik. Pandangan beliau itu disambut dan diterima oleh sebahagian yang lain. Paling bertuah ialah cadangan Aziz itu diterima oleh Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz. Dalam gumpulan kita dengan Pas apabila pandangan kita boleh diterima Nik Aziz, apa yang hendak dicari lagi. Untuk menguasai Pas haru mendapat 'keredhaan' Nik Aziz.

Kenapa saya ekstrem begitu, kerana seminar esok adalah bertitik tolak daripada pandangan Aziz yang diterima oleh Nik Aziz yang dicampak menerusi tulisannya, bukan satu proposal khas, hanya tulisan saja. Walhal apa yang dilakukan Pas itu tidak mungkin berlaku dalam parti lain. Dr Mahathir Mohamad juga sedia menerima pandangan orang luar dan kritikan ke atasnya.

Tetapi Dr Mahathir tidak sampai mengarahkan parti supaya mengadakan EGM untuk membincang pandangan dari luar. Bagi Dr Mahathir betapa terror pandangan luar tetapi pandangan ahli lebih aula untuk didengari. Di sini ada perbezaan besar antara Dr Mahathir sebagai ahli politik dengan Nik Aziz sebagai ahli politik.

Kerana dapat menduga apa yang diingini oleh Aziz itu, maka dalam masa 20 minit esok saya berharap dia akan memberi pandangan-pandangan yang terpendam di dasar hatinya. Dia jangan berteka teki atau merasa malu menyatakan apa yang yang menyongsong dalam dirinya. Harapnya dia dapat berdiri sebagai seorang sarjana yang akan dihormati semua kaum dan mazhab dalam Pas.

Apa yang saya maksudnya besok, Aziz boleh mengajar Pas dalam memilih pemimpin Pas. Aziz perlu menunjukkan siapakah tokoh Pas masa kini yang layak memimpin Pas untuk menggantikan Abdul Hadi. Kita berharap beliau akan sebut secara terang-terangan dan usah berkias. Kalau kita boleh menghalau orang keluar kenapa kita segan untuk memanggil masuk orang lain?

Adalah tidak adil dan boleh mengelirukan ahli Pas kalau Aziz tidak menyebut pengganti yang layak mengganti Abdul Hadi itu. Aziz tidak perlu bimbang dengan cadangannya itu. Kalau ianya baik, sesuai dan bakal memberi kebaikan kepada Pas, cadangan itu harus dipertimbangkan. Saya rasa Abdul Hadi sendiri tidak boleh berkeras mempertahankan kedudukannya kalau tokoh itu jauh lebih baik darinya. Yang pentingnya ahli Pas boleh bandingkan antara calon Aziz dengan Abdul Hadi.

Saya tidak akan menyebut nama tokoh yang menjadi kesukaan Aziz itu sebelum beliau terlebih dahulu menyebutnya. 'Konspirasi' ini biarlah saya simpah dulu. Selamat berseminar kepada akhi-akhi dalam Pas. [wm.kl. 6:25 pm 06/11/09]

9 comments:

Unknown said...

Pilihan Aziz Bari adalah "HUSAM".Memang benar apa yang dikata oleh saudara itu.Kita tunggu dan lihat apa rancangan beliau kerana mendapat lampu hijau dari Bro Anwar untuk menjatuhkan "Hadi" supaya cita-cita Bro Anwar akan tercapai.

Permainan Aziz Bari semua orang sudah tahu kerana siapalah dia yang tiba-tiba sibuk pasal PAS.Yang tersirat perlu ahli-ahli PAS mengambil kira secara serius.

Sekian

BaYu SenJa said...

tuan mso,
saya juga sangat bersetuju dengan pandangan tuan bahawa aziz bari esok perlu jelas dan terus terang siapa yang layak menggantikan TG Hj Hadi.

Rasional benar "Kalau kita boleh menghalau orang keluar kenapa kita segan untuk memanggil masuk orang lain?"

Beliau telah berkali dan berterusan menghentam TGHH, saya kira semua mahu tahu, siapa dari kalangan ahli pas yang layak dipilih menjadi presiden mengikut hemat aziz bari.

Unknown said...

Asm Salam sejahtera kekanda MSO
Saya ingin berkongsi pendapat dalam kenyataan kekanda bertajuk Harapan Kepada Aziz Bari.
Saya amat terharu dengan sikap ayahanda TGHA dan TGNA di dalam membuka ruang untuk mencari kelemahan agar PRU akan datang benar-benar memberi impak yang terbaik untuk perjuangan PAS khasnya dan amnya buat PR
Persoalanya apakah TGHA dan TGNA pemimpin 'biasa' dan berwajah 'biasa' seperti kita?
Apakah selama ini segala keputusan dibuat secara spontan tanpa merujuk kepada Majlis Tertinggi atau Syura?
Saya percaya dikesempatan esok sepatutnya digunakan untuk mendengar dan jika ada kebenran tidak salah TGHA dan TGNA menerima. Wujudnya seminar politik itu bukan nak tunjuk TGNA hebat tapi sebenarnya itu lah wadah Islam yang sanggup terima apa jua kritikan dan pandangan selagi tidak bercanggah Quran dan Hadis.
Saya juga kagum dengan tindakan kekanda di dalam menegur termasuk kepada ayahanda TGNA mengenai EGM.
Saya yakin kedua ayahanda TGHA dan TGNA dah matang dengan sepak terajang politik. Andaikata mereka ini kasyaf untuk kenal siapa 'munafik' dalam perjuanagn PAS. Mereka tidak akan menggunakan kuasa memecat mereka. Pasti mereka akan ditudoh pemimpin diktator.Nabi S.A.W sendiri tidak menjatuhkan hukuman kepada simunafik.
Nabi S.A.W pun dipermainkan oleh sang munafik. Siapakah ayahanda TGHA dan TGNA berbanding dgn Nabi. Ini sudah menjadi satu sunnah di dalam perjuangan Islam.
Namun saya yakin ayahanda TGHA dan TGNA selama ini ikhlas di dalam perjuangan. Pasti Allah sentiasa membantu dan mendorong mereka berdua untk menjadi pemimpin terbaik.

hussin said...

kalau setakat dengar je pandangan orang buat apa? pandangan orang tak uumph macam pandangan orang2 bawah ketiak.

Unknown said...

salam abe MSO..

demo xsebut pun org bleh baca dah sapa..

kl bukan husam gak sapa lagi..dok gitu abe MSO..

berak lajok dah pas lani..hukum hudud amik tohok pah dlm sungai kelate dah jak pakat dgn dap ni..hukum islam xth mana pala ekor dah nye gomo ko sek pas ni..

Unknown said...

A'kum,

susah hati saya dibuatnya bila kenang macam-macam berita amat tak enak berkenaan Pas sejak setahun dua kebelakangan ini.

benar agaknya telahan beberapa rakan saya sebelum ni bahawa kemenangan besar ibarat bulan jatuh ke riba dalam tahun 2008 lepas sebenarnya titik tolak kejatuhan besar untuk Pas dan pembangkang kelak. betulkah andaian ini? minta dijauhkan Allah s.w.t, Amin.

minta tolong pada Tok Guru Nik Aziz, sementara kita masih diberi sedikit masa untuk berkuasa di beberapa negeri ni, tolonglah utamakan pandangan dan kemahuan ahli jamaah kita sendiri.

tolonglah jangan dibiarkan orang tertentu di luar sana terus ambil kesempatan cuba menguasai jamaah kita demi kepentingannya.

tolong berhati-hati dengan manusia-manusia berhampiran Tok Guru tu yang terlampau kerap sangat menggunakan pengaruh Tok Guru untuk capai cita-cita kumpulan mereka.

tolonglah Tok Guru, saya akui sedikit sebanyak saya masih ada rasa hormat pada Tok Guru dan masih menyemat dalam hati bahawa Tok Guru sebenarnya sedar mainan politik orang-orang berhampiran Tok Guru itu.

Pas capai kegemilangan sewaktu di zaman Tok Guru menakhoda Pas dan jangan biarkan Pas tenggelam karam hanya disebabkan Tok Guru utamakan pandanga kelompok berhampiran Tok Guru sahaja.

sweetlove said...

Siapa Aziz Bari nak beri pandangan tentang siapa yg patut jd presiden? Orang pas semuanya bodoh ke? Berapa nombor ahli Pas Aziz Bari? Jika ada orang Pas yang terima bulat2 pandangan Aziz Bari, nampaknya orang Pas sudah hilang pedoman????????????

Abdul Muiz said...

Assalamualaikum Tuan Sayuti.

Nampaknya ada yang beremosi di sini.Saya melihat ada perkara positif di sini iaitu kesediaan PAS menerima teguran dan pandangan dari pihak luar PAS dan Pakatan Rakyat.

Professor Aziz Bari adalah seorang ahli akademik di bidang perundangan.Oleh itu,hujah serta pandangan politik beliau masih boleh dipertikaikan.Saya menghormati pandangan beliau tetapi beliau bukan seorang ahli akademik dalam bidang sains politik.Saya tidak terkejut kalau yang bicara itu adalah professor Dr Agus Yusof kerana beliau memang ahli akademik di bidang sains politik.

Ahli-ahli PAS mesti bersedia berlapang dada menerima pandangan serta kritikan dari luar.Janganlah terlalu beremosi apabila ditegur oleh orang luar kerana bukan semua pemimpin PAS bersifat maksum.

Sebenarnya krisis seperti inilah yang akan mematangkan PAS.Jangan tuduh Dr Aziz Bari sebagai agen UMNO kerana selama ini pun beliau senada dengan Pakatan Rakyat dalam banyak isu seperti yang terbaru seperti krisis politik di Perak.

Tidak patut disalahkan Presiden PAS seorang sahaja dalam apa-apa isu sperti kekalahan PAS di Bagan Pinang atau kegagalan PAS/PR menawan Terengganu.Memang beliau ada membuat beberapa kesalahan tetapi bagi saya tidak perlu memaksa beliau mengosongkan jawatan presiden kerana sampai pada waktunya beliau sendiri akan melepaskannya dengan rela.Sememangnya UMNO tidak pernah ikhlas berjuang ke arah Islam

Pesanan saya kepada presiden PAS ialah berhentilah berusaha ke arah kerajaan perpaduan.Kalau mahu berjuang untuk kepentingan rakyat tidak semestinya mesti duduk dalam satu kumpulan.Perkukuhkanlah PAkatan Rakyat.Usah dipedulikan dakwaan bahawa PAS lebih rela bersama DAP yang anti-Islam berbanding UMNO yang sebangsa dan seagama dengan PAS.PAS harus mengambil peluang ini untuk menerangkan Islam yang ingin diperjuangkan oleh PAS kepada DAP.

Tiada guna terus mencari kesalahan tetapi PAS harus mengambil peluang ini untuk memperbetul dan membaiki keadaan PAS.PAS harus menunjukkan kesediaan untuk mengambil alih pemerintahan negara dari BN supaya dasar ISlam yang dibawa oleh PAS dapat dilaksanakan.

kampung guys said...

saya sokong aziz bakri walausesiapapun dia .he just give opinion and suggestion no critic.we alway opened our mind to accepts the critic to build up positive thinking