Sunday, May 16, 2010

Langsung Dari Sibu

Malam Ini Tanpa Keajaiban DAP Menang

10:55 malam - Keputusan rasmi tapi belum diistyharkan!

DAP 18,845

BN 18,447

Bebas 232

Majoriti 398 undi.


TANPA ada peluang untuk SPR dan BN melakukan keajaiban malam ini, DAP dijangka akan diumumkan sebagai pemenang pilihan raya kecil Sibu tidak berapa lama lagi. SPR tidak mungkin tergamak untuk menangguhkan pengumuman selepas kesemua peti undi termasuk peti undi pos yang menjadi penyelamat sudah pun dibuka.

Berbagai angka yang keluar dari undi pos yang menjadi pertikaian. Akhirnya angka tidak rasmi menyebut undi pos yang keluar mengundi dan dikira sebanyak 2,401 undi. Dari jumlah ini BN meraih (diberikan undi pos ini) sebanyak 2,287 undi manakala undi untuk DAP sebanyak 87 undi dan calon bebas diberi 27 undi.

Sekiranya dicampur undi pos 87 undi ini bermakna undi DAP sebanyak 18,657 undi. Manakala undi BN pula akan meningkat mendadak menjadi 18,267 undi. Ini bermakna DAP akan menang dengan majoriti sekitar 390 undi.

Jumlah majoriti itu satu yang lumayan dan ia mampu mengubat kedukaan penyokong dan ahli Pakatan Rakyat yang kalah kecil di Hulu Selangor dua minggu lepas. [*** 9:35 pm 16/05/10]

6 comments:

Hishamuddin said...

mmg tak lojik sgguh undi pos DAP sekadar 87. sudah terang lagi bersuloh..BN kalah besar malam ini. Tahniah kepada semua yang terlibat dalam memenangkan calon pakatan rakyat. Teruskan perjuangan.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Pertamanya saya ingin mengucapkan terima kasih atas liputan langsung yang tuan lakukan. Memang mendebarkan lebih-lebih lagi di saat akhir keputusan.

Sayang! Malaysia kalah dengan China kan. Kalau tidak malam ini ada dua debaran.

Apa pun, untuk Pakatan Rakyat kita boleh bergembira dengan kemenangan ini kerana sebenarnya harapan PR memang cerah dan bukan hanya di Semenanjung saja. Moga ini adalah harapan baru untuk rakyat Sarawak buat bekal mereka di dalam pilihanraya negeri tak lama lagi.

Jadi, Hulu Selangor?

Sekali lagi terima kasih atas usaha tuan, moga ada nilaiannya di sisi Allah agar dapat terus berblog.

mns said...

BERSIH mesti bertindak sebelum PRU 13 . Jika trend undi POS dan kiraan lambat sebegini digunakan kemungkinan untuk PR ke Putrajaya adalah tipis sekali .

Masa 2 tahun memungkinkan BN + SPR melakukan segala2nya .
- Sekarang BN hanya memerlukan beberapa orang sahaja MP untuk mendapat mandat 2/3 bagi persempadanan semula .

- Mungkin selepas ini undi POS akan ditaburkan secara terpilih bagi memenangkan kawasan2 tertentu .

-Kebanjiran pekerja asing yang mencapai angka jutaan juga memungkin penggunaan mereka sebagai hantu .

-Tindakan SPR yang sering dilihat berat sebelah memungkinkan segala2nya boleh berlaku . Mungkin dalam PRU 12 BN tidak menyangka dan menjangka ? tapi apakah berlaku sekiranya dalam PRU 13 mereka tahu dan ambil tahu ?

sribuat said...

salam tuan,

saya beri cadangan, harap tuan kemukakan kepada yang berkenaan supaya undi pos dikira awal dan diumumkan terus keputusannya. ini untuk elakkan manipulasi undi.

tq

anakzaman said...

TuanMSO

Tuan Lihat sendiri Undi pos tidak melambangkan demokrasi.Kita yakin diatur dan diawasi oleh ketua jabatan.

Undi kepada DAP dan BEBAS hanya undi main wayang. Sebagai syarat jangan terlalu nampak temberang.

Oleh yang demikian undi pos patut dihapuskan dan pengundi-pengundi pos hari ini perlu pergi mengundi ke pusat-pusat mengundi yang berhampiran.

batunisan said...

BN dah mulakan langkah menambah pengundi dalam kawasan masing2 terutamanya di kawasan pak2 menteri.. tv dah umumkan pertambahan pengundi baru di parlimen Jeli 15000 lagi. betul ke semua ni pengundi baru ke ada hantu yang terselit di celah2 mereka. harap pr daapt pantau sepenuhnya barisan pengundi baru ni sama ada wujud ke tidak..