Thursday, August 12, 2010

Susupan Tengah Hari

Cina Terus Bersorak Selagi Melayu Cipta Babak Lucu

[kemaskini] POLITIK kita sudah masuk ke martabat Mafia. Mafia lebih besar dari samseng atau gedebe. Tetapi politik Mafia ini tidak seberapa para gedebe yang melalak dan melaung atas pentas sambil menyerang peribadi dulu kawan kini lawan. Walaupun si gebede kecil dari Mafia, tetapi dia lebih gentleman daripada Mafia ini.

Apa politik Mafia? Politik Mafia ialah politik ugut dan ancam. Kirim surat ugutan bersama peluru, ataupun siram rumah dengan cap merah atau taruh darah ayam. Inilah politk Mafia. Ia makin menjadi-jadi sekarang ini. Sasarannya ialah kepada ahli politik pembangkang yang bercakap mengusik hak orang Melayu. Terbaru ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tonny Pua baru menerima surat berisi peluru yang dihantar dari Tangkak Johor.

Nampak macam berani saja Mafia itu. Tetapi sebenarnya penakut. Kalau berani si Mafia itu harus berdepan sendiri dengan Tonny Pua, bagi nasihat secara berdepan. Pada saya politik kirim surat ancaman dan peluru tidak membawa banyak kebaikan. Keuntungan juga tidak banyak dapat diraih. Ia juga akan menakutkan rakyat. Apakah bila rakyat takut mereka akan berpihak kepada kita? Rasanya tidak.

Saya tidak setuju dengan Tony Pua yang dikatakan cuba hendak mengikiskan hak orang Melayu menerusi cadangan beliau agar menghapuskan hak istimewa ke atas pemilikan hartatanah berprofile tinggi. Tetapi apa kita sedar kenapa beliau boleh berbuat cadangan itu? Apakah dia suka-suka?

Tonny Pua hanya meminta apa yang boleh dibuat menerusi kedudukannya. Itu saja. Sama ada kita nak bagi atau tidak, terpulang kepada kita. Yang menunjang kerajaan masih Melayu. Sejuta peluru dihantar kepadanya tidak akan memberi bekas. Kalau kerajaan sedia beri, maka dia akan dapat apa yang diperolehinya itu.

Apakah tujuan hantar peluru itu untuk memastikan dia tidak minta? Toleh ke belakang, kejadian ugutan seperti itu sudah berlaku sebelum ini. Sudah semagazine peluru dikirimkan. Nyata ia tidak menggetarkan ahli politik bukan Melayu. Saya rasa dalam pejuangan menuntut hak ini bukan saja orang Melayu sanggup bermain peluru, orang Cina dan India juga begitu.

Peluru, ugutan dan semacamnya tidak menyelesaikan masalah. Belum ada sejarah peluru atau keris boleh menyelesaikan satu pertikaian. Yang boleh menangani segala masalah ialah akal fikiran. Israel dan Palestin sudah berdekad mencari penyelesaian dengan senjata, namun tetap juga tidak berakhir. Begitu juga rakyat Aceh masuk gunung berperang dengan tentera Indonesia (TNI) tidak berhasil. Akhirnya Aceh mendapat otonomi bila mereka sedia ke meja perundingan.

Dunia Mafia tidak layak untuk bertapak di negara ini. Bawalah jauh-jauh budaya itu.

Hari ini orang berjuang bukan dengan fizikal lagi, tetapi dengan akal. Apa yang Tonny Pua lakukan ialah sebahagian daripada kebolehan akalnya. Dia mencuba. Dan orang Melayu pun sudah mengertak Tony Pua dengan akal. Banyak yang membantah. Malahan report polis pun sudah dibuat. Kenapa tidak disiasat atau didakwanya ke mahkamah? Dia meminta kita membantah... cukuplah. Kalau permintaanya dilaksanakan, salahnya kerajaan. Dan kerajaanlah yang perlu disalahkan. Tiba pilihan raya jangan undi parti yang jadi kerajaan itu. Selesai.

Tony Pua dan sesiapa juga akan berbuat begitu bila mereka melihat Melayu tidak kuat. Melayu berpecah dan Melayu tidak sekata. Kata orang kalau ada kayu tumbang di situlah tempat kera dan katak meniti. Lebih menyeronokkan lagi bila beliau melihat ada Melayu yang menyokong permintaan itu. Jadi hari ini orang Cina sudah ada pembelaan. Cina dalam BN di bela Umno, Cina dalam Pakatan dibela PKR dan Pas. Siapa pula penbela Melayu? Jadi bersoraklah Cina.

Orang Melayu Pas dan Umno patut fikir dan duduk sekali untuk menghentikan sorakan Cina itu. Tetapi kalau kita menyediakan babak lucu untuk mereka ketawa jangan salah mereka, mereka akan tetap bersorak dan bergembira. Bukankan hidup ini memerlukan hiburan.

Marilah sama-sama berifkir bagaimana untuk kita menyelesaikan masalah yang kita rasakan semakin sulit dan krtikal ini. Saya rasa jalan lain mesti dicari. Harapan kepada parti politik untuk membela bangsa, agama dan negara meragukan. Selagi pemain politik obses dengan kuasa dan gila nak jadi pemerintah sepanjang hayat, maka ia tidak akan selesai.

Berkirim peluru dan mengugut itu tidak menyelesaikan masalah bahkan akan menambah masalah. Politik Mafia juga sudah tidak laku di zaman ini. Oh Ezam Mohamad Noor......! [wm.kl.12:00 t/hari 12/08/10]

1 comment:

CodeNameSomaliPirate said...

Salam MSO

Hati saya berdenyut kata peluru tu sendiri yang hantar sendiri yang terima.....

Walaahualam.