Thursday, August 18, 2011

Tazkirah Ramadhan

Panglima Tentera Darat Pun
Nak Jadi Macam Pengerusi SPR


Ya Khalid: PANGLIMA Angkatan Tentera Jeneral Zulkefli Mohd Zain hari ini tampil menafikan pendedahan dibuat oleh bekas tentera yang mengaku memangkah undi untuk anggota lain sehingga lenguh tangan.

Zulkefli menafikan tidak pernah berlaku pemanipulasian undi di dalam tentera. Pendedahan bekas anggota tentera itu katanya boleh menyebabkan imej tentera tercemar. Ada nada dan mimik muka marah serta kesal ketika Zulkefli membuat penafian itu.

Bagaimana pun beliau menjelaskan pihak tentera tidak bercadang untuk mengambil tindakan kepada pesara tentera yang membuat pendedahan itu. Beliau hanya menyifatkan tindakan bekas tentera itu sebagai orang diperalatkan.

Kenapa pula tidak mahu ambil tindakan. Kalau pendedahan itu palsu dan boleh menjatuhkan imej tentera, mereka yang membuat pendedahan itu perlu diambil tindakan. Atau pun Zulkefli terpaksa membuat penafian itu kerana mengikut peraturan dan prosuder tugasan. Mustahil sebagai pegawai tertinggi tentera Zulkefli tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku dalam kem dan mis.

Semalam empat orang bekas tentera membuat pendedahan berani dan mengejutkan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja laut. Mereka ialah Majer (B) Risman Mastor, Komando (B) Mohd Kamel Omar, Mohamad Nasir dan Kamarulzaman Ibrahim. Mereka membuat pendedahan atas kerelaan diri mereka sendiri. Mungkin kerana dihatui rasa bersalah dan telah jeluak dengan pemanipulasian undi menyebabkan mereka tampil ke khalayak tanpa merasai hormat kepada pasukan lagi.

Jadi tidak timbul kalau mereka berempat itu diperalat atau menjadi alat. Mendedahkan keburukan dan mengakui kesilapan adalah termasuk dalam kesetiaan kepada raja dan negara juga. Apa guna mengakui kerja-kerja kita demi raja dan negara tetapi ianya dibuat dengan cara buruk dan busuk kohong. Negara tidak mengharap apa-apa untuknya dilakukan secara jelek dan cemar.

Zulkefli juga merasa pelik kenapa bekas tentera itu membuat pengakuan itu pada saat jawatankuasa khas pilihan Parlimen hendak ditubuhkan. Memahami maksud kata-kata ini seperti Zulkefli mahu empat orang bekas tentera itu mengadu kepada jawatankuasa berkenaan. Zulekfli tidak perlu mengelak dan beliau kena ambil tanggungjawab. Bila bekas anggotanya membuat pendedahan patut beliau yang melaporkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Beliau tidak perlu melindungi apa-apa fakta dan bukti yang ada. Bercakap benarlah sesuai dengan sumpah dan ikrar jawatan yang dibuat semasa mengangkat sumpah memegang tugas dulu. Integriti pasukan tentera yang begitu disanjung sebelum ini tidak usahlah dicomotkan.

Sedikit anih juga bila mana Zulkefli yang tampil membuat pendedahan. Isu yang didedahkan oleh bekas tentera itu isu politik. Sepatutnya Zahid Hamidi sebagai menteri membuat kenyataan menafikan. Tetapi kenapa Zulkefli yang ambil tanggungjawab. Apakah Zahid sudah tahu akan bahana di sebalik penafian itu. Bahawa akhirnya beluau akan diperli dan diejek oleh orang ramai seperti mana Pengerusi SPR Abdul Aziz Yusuf membuat penafian kononnya tidak ada kekotoran dalam pilihan raya? Atau beliau tidak ada dalam negera.

Apa jadi dengan Aziz hari ini. Pendedahan demi pendedahan dibuat telah menjadikan beliau tidak boleh 'bengah' muka, malu. Sudah tidak ada ruang untuk disorot rupanya. Kecuali Wan Ahmad Wan Omar saja yang muka tebal setebal banyal tidak tahu malu dan masih terus menegak benang basah.

Sebagai pegawai tentera sepatutnya Zulkefli tidak membuat penafian itu. Beliau kena serahkan kepada Zahid atau pun sesiapa yang lain. Bila seorang Panglima sendiri membuat penafian ini bermakna tentera Malaysia kini sudah 'bocor' dan integrtiinya boleh dipertikaikan. Penafian itu bukan menjelaskan tentera tidak bersubahat, sebaliknya makin bersubahat.

Kalau Zulkefli tidak menafikan dia boleh masih menjaga kredibilitinya. Orang tidak akan marah pun kalau beliau tidak membuat penafian kerana pendedahan yang dibuat oleh empat orang bekas tentera itu sudah lama diperkatakan. Budak-budak kampung yang tidak tingginya tidak sampai 5 kaki 3 inci pun tahu akan hal itu. Adalah naif sangat kalau Zulekfli tidak mengetahuinya.

Sepatutnya beliau mengetahui tujuan empat bekas tentera itu membuat pendedahan. Ia bukan untuk memburukan maruah tentera tetapi untuk memberi bukti selanjutnya kepada Aziz dan Wan Ahmad bahawa sistem pilihan raya negara ini sangat buruk dan huduh. Biarlah SPR bertindak ke atas pendedahan itu. Begitu juga dengan jawatankuasa khas pilihan Parlimen yang hendak ditubuhkan itu apa yang didedahkan itu ambillah sebagai bahan mesyuarat.

Kesimpulannya kalau tidak berlaku pemanipulasian undi di dalam kem, dan tidak ada niat untuk parti pemerintah memiliki seluruh undi tentera dan isterinya, nah buka saja pusat pengundi di dalam kem itu untuk tomton umum. Jangan dicari alasan kononnya soal keselamatan dan sebagainya. Apakah tentera tidak boleh pergi mengundi di luar? Keadaan hari ini suasana mengundi di kem begitu sulit, sampaikan wakil calon pun tidak dibenarkan masuk meninjau.

Cara Zulekfli dan SPR melindungi akan kononnya tidak berlaku pemanipulasian undi samalah dengan orang edan yang cuba menutup tubuhnya dengan sutera. Berapa panjang sutera tetapi kerana otak sudah tidak waras maka kemaluannya tetap terjolor ke lura juga. Horrrreeeeee...ikh tabik undur! [wm.kl.10:00 pm 18/08/11]

11 comments:

Apai said...

maaf, zulkifli adalah Panglima Angkatan Tentera, bukan Panglima Tentera Darat.

mantaro said...

Masa tu pangkat rendah,,mana nampak.Dah dapat jadi jeneral ,kena ikut arahan.Teruk jika tentera berpolitik.Politik pula tidak masak.

syam said...

Dalam dunia ni orang lain semua saalah - hanya PAS, Keadilan dan DAP aje yang betul.
Pemimpin lain semua lemah kecuali Guang Eng, Anwar Ibrahim dan Nik Aziz.
Jangan jadi bodoh kerana ketaksuban kita.....Kadangkala kalau rasa cerdik sangat diri kita mengulas sesuatu isu itu maka oarang akan nampak sangat kita ni b***h. So, jangan memb***hkan diri kita sendiri semata-mata kerana kita benci kepada pihak lain.

ANAFAKIR said...

Dalam 'kepanasan' mana nak fikir secara logik dah tuan, selalunya mereka kan bertindak di luar rasional maka lain plak jadinya.Lain yang nak ditutup lain plak yang terbuka dan terburai...

ahmadnafiah said...

PAT dah jadi pencacai dia mana tau semua ni ini kerja kerani samalah juga degan Pengurusi SPR saya akui perkara ini benar berlaku sebab saya salah saorang bekas tentera yg tamat pada 1979 memang kami lakukan pada pilihan raya 1978.

Admin said...

Saya ada seorang kawan bekas pesara tentera,yang mengatakan perkara ini adalah BENAR

mohd sayuti omar said...

Sdr Syam yang baik budi dan tinggi akhlaknya.. terima kasih. Kritikan Syam baik untuk saya dan saya ingin belajar dari Syam yang cerdik. Harap dapat Syam membuat ulasan-ulasan yang lebih akurat dan adil untuk semua bukan seperti saya.
Saya tunggu untuk menyiarkan ulasan Syam dalam blog saya sebagai bahan dari penjenguk.
Salam berpuasa dari saya.

Rillink said...

Assalam Tuan
Kalau panglima ATM pun dah kemarok politik,,,saya sebagai rakyat Malaysia yang merdeka ini mencadangkan alangkah baik nya kalau beliau bersara awal dan menjadi calun pru13 nanti.Wassalam.

azman kamarul said...

salam.teringat saya akan peribahasa cina yang pernahk disebut oleh kawan cina saya..IKAN MENJADI BUSUK KERANA KEPALANYA BUSUK.

EAGLE said...

Alahai Zulkifli macam la orang kat luar ni tak tahu.
Ramai juga pegawai berpangkat general yang dah bersara dan mereka pun tahu.
Macam ini lah standard pemikiran askar nombor 1 Malaysia.
Jangan lupa bahawa tentera tidak mampu mempertahankan kedaulatan negara tanpa bantuan rakyat!
Macam tak bolih di harap PAT ni. Pi mai pi mai tang tu jugak.
Alahai ATM...

1Crony said...

Salam hormat Tuan Hj MSO. Pihak ATM tak payah nak ugut pesara/bekas tentera lah! Apa yang kerajaan UMNO/BN sudah sumbangkan kepada mereka-mereka ini (kerana tolong pangkah undi pos)? Lagi diugut maka lagi ramai bekas/pesara ATM akan membuat pendedahan tentang undi pos yang penuh dengan penipuan itu. Pembayaran pencen peringkat bawahan yang merapu dan cacamarba (seorang Sjn berpencen dibayar lebih rendah daripada seorang Kpl berpencen dan Peg Waran lebih rendah pencen dari seorang Sjn) menyebabkan ramai pesara tentera menyimpan dendam yang tak kesudahan kepada pihak atasan dan Pak Menteri di dalam ATM ini kerana tidak pernah membuat kajian tentang perkhidmatan (pencen) peringkat bawahan mereka, yang mereka tahu menghitung peluang pangkat dan elaun mereka sahaja. Ayuh Pakatan Rakyat! Rebutlah peluang ini, kerana ramai pesara/bekas ATM terlalu lama menyimpan dendam terhadap pihak atasan mereka seperti bom jangka yang akan meletup pada bila-bila masa sahaja. Buatkan manifesto PRU13, jika PR berjaya menawan Putrajaya maka pencen pesara tentera akan dikaji serta dinaikkan mengikut pangkat serta realiti perkhidmatan semasa.... kami pesara/bekas ATM akan beralih arah kepada Pakatan Rakyat yang adil. Untuk ATM, sistem gaji (pencen) yang diguna pakai kini langsung tidak adil dan tida relevant dengan perkhidmatan kerana Pegawai atasan dan Menteri kamu langsung tidak berminat dengan permasalahan anggota bawahannya (terutama yang telah besara), yang mereka paling minati ialah membuat justifikasi bagi membeli peralatan kententeraan yang tidak bersesuaian supaya mendapat komisen yang lumayan. Bapa borek anak rintik (Seperti Mat Monggol dan Scorpenenya).