Sejauh Mana Kesan Pemberian BR1M RM500
Di Parlimen hari ini Ha Najib Razak memberi tahu sebanyak RM1.92 billion wang rakyat yang diuruskan kerajaan di bawah bantuan BR1M telah diagihkan kepada 3.8 juta isi rumah sejak 1 Mac lalu. Wang itu bukan wang Umno tetapi wang rakyat.
Sejak 1 Mac sebanyak 4.78 juta permohonan diterima dan setakat ini 3.74 juta diluluskan dimana kira-kira 80 peratus.
Permohon yang tidak berjaya dengan pelbagai sebab sebanyak 972,000 atau 20 peratus.
Pemberian bantuan seumpama itu RM500 untuk satu keluarga itu pertama kali dilakukan kerajaan. Justeru ada yang beranggapan ia adalah umpan politik UBN untuk memancing rakyat. Apa lagi pemberian itu dilakukan saat-saat perlimen hendak dibubarkan.
Bagaimana pun Najib menafikan yang ia adalah pemberian politik. Katanya untuk masa akan datang kalau kerajaan mampu, pemberian itu akan diteruskan. Tidak ada siapa yang menerima penafian Najib itu. Bercakap atau memberi tahu budak-budak mungkin boleh, tetapi tidak bagi mreka yang boleh berfikir.
Melihat kepada cara dan kaedah pemberiannya jelas menunjukkan ia adalah pemberian politik. Mereka yang mendapat bantuan itu terlebih dahulu dipanggil ke majlis tertentu dan mendengar ceramah politik orang Umno memburuk kerajaan. Setengah majlis memakan masa sehari suntuk di mana orang kampung dikurung untuk mendengar dakwah Umno terhadap pembangkang.
Wang itu yang disediakan menerusi peruntukan khas dari Bajet 2012 adalah bertujuan untuk menarik perhatian rakyat supaya memilih UBN. Kalau bukan kerana motif politik kenapa ia dibuat pada waktu ini?
Persoalnya sejauh manakah bantuan wang rakyat itu menguntung dan memberi kesan baik kepada UBN? Atau pun pemberian bantuan itu seperti mencurah air ke daun keladai sahaja.
Kebetulan dua hari lepas saya berada di kampung dan memasuki dua buah kedai kopi yang menjadi 'parlimen' orang kampung. Antara topik yang dibicarakan ialah mengenai pemberian wang RM500 itu. Saya bertanya langsung kepada mereka apakah dengan penerimaan wang itu mereka akan undi UBN dalam pilihan raya akan datang.
Mengejutkan saya bila mana ada yang menjawab wang itu tidak ada kena mengena dengan Umno. Kata mereka wang itu wang kerajaan yang mereka faham ia adalah wang mereka juga. Adapun Umno yang sibuk-sibuk menyampaikan wang itu hanya menangguk di air keruh saja. Kata mereka Umno tidak ada wang.
Berdasarkan hakikat itu katanya wang RM500 itu bukan bayaran kepada mereka untuk mengundi UBN. Walaupun semasa mendengar taklimat dan ceramah sebelum wang itu disampaikan ada pemimpin Umno berpesan agar mengenang budi kerajaan (Umno), namun mereka tidak mudah akur kepadanya.
Yang lebih memeranjatkan lagi ada kalangan mereka menyatakan keyakinan kalau Pakatan Rakyat menjadi kerajaan mungkin wang bantuan untuk rakyat lebih besar lagi. Mendengar cakap-cakap di kedai kopi kalangan penerima itu dapat disimpulkan pemberian RM500 itu tidak memberi kesan besar kepada UBN dalam pilihan raya nanti.
Rakyat juga sudah cerdik apa-apa habuan yang mereka terima dari atas saluran politik tidak semestinya mereka berterima kasih dan mengenang budi kerana hal-hal seperti itu mereka anggap satu tanggungjawab yang akan dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berkuasa. [wm.kl.8:40 pm 13/03/12]
1 comment:
Tuan MSO
Ambo dok runsing dengan suasana di kelantan. UBN bagi duit orang kelantan ambil je tetapi undi belum tentu lagi.
Ambo risau di negeri-negeri di Pantai barat seperti Selangor, Perak dll. Di negeri-negeri ini, ambo risau bukan sahaja pengundi melayu yang termakan umpan UBN tetapi kaum India yang kebanyakannya yang susah akan termakan umpan ini.
bat8
Post a Comment