Thursday, April 12, 2012

Susupan Tengah Malam

Menteri Release Tension Dengan Golf

Golf menjadi kegilaan sesetengah orang. Gila golf lebih teruk daripada gila perempuan walaupun di sebalik main golf itu ada juga unsur-unsur perempuan. Kegilaan golf tidak sempurna kalau tidak dilengkapi dengan perempuan.

Ramai pemain golf Malaysia ke Indoneisa untuk mencari 'lubang' di sana. Mereka akan berbondong-bondong ke sana. Saya tidak main golf jadi tidak tahu padang mana yang cantik, pandang mana yang nyaman dan lubang di padang golf mana yang mudah masuk, sendap dan padat.

Setiap kali saya hendak check in untuk balik dari Jakarta ke Kula Lumpur, atau dari Polonia Medan, atau dari Surabaya petugas airport akan tanya; sempat berapa lubang pak?" Saya terpinga-pinga tidak memahaminya. Sungguh saya jahil dengan pertanyaan itu, kenapa itu ditanya.

Selepas bertanya kepada kawan yang selalu main golf di Indonesia baru saya tahu. Lubang itu ialah 'lubang *********". Ohp.

Jelas kawan saya lagi, itu kenapa ramai pemain golf amator Malaysia ke Indoneisa, ialah kerana pemungut bola golfnya bukan kerana apa. Katanya pemungut bola golf (caddy) di Indonesia cantik dan genit. Mereka bukan saja boleh punggut bola di padang, tetapi dapat dibawa ke hotel untuk punggut benda lain dan dijadikan teman sosial selama di Indonesia.

Bermain bukan pandai pun tak masuk lubang langsung, pegang kayu masih kekok tetapi ada yang himpun pitis dan gadai gelang bini untuk ke Indoensia kononya bermain golf.

MasyaAllah.

Bermain golf bukan saja suka-suka atau untuk mencari konteks dalam perniagaan. Bukan saja setakat untuk realease tension ataupun berbincang mengenai apa-apa masalah secara santai. Tetapi ada satu lagi unsur di sebalik itu iaitu "betting" berjudi. Bertaruh... siapa menang dibayar yang kalah kena bayar.

Bayarannya bukan sedikit, ribu-ribu. Siap yang bawa check atas padang golf. Selain itu ada padang golf juga dijadikan lokasi memberi rasuah. Kalau ada kontrektor bermain golf dengan ketua jabatan atau pegawai tinggi kerajaan tentu ada rasuah, ia tidak main saja-saja. Main ada makna.

Peringkat bawahan pula kalau main dengan bos tentu bos akan menang dan akan diberikan hadiah. Peringkat mulanya hadiah berupa peralatan dapur, cerek, periok, peti air atau mesen basuh. Lama-lama dia membawa kepada hadiah berupa rasuah.

Hadiah-hadiah 'kedapuran' itu juga adalah untuk menarik perhatian isteri. Bila balik bawa hadiah tambun kepada isteri. Isteri pun bukan main suka bercerita kepada jiran sebelah menyebelah, kononnya suaminya menang lagi kali ini dengan hadiah lebih besar, peti sejuk 17 pintu pula dan tv plasama 200 inci. Isteri pun bongok juga dia tidak tahu hadiah itu helah suami untuk membenarkan sang suami terus bermain golf.

Kadang si suami tidak menang pun, dia beli hadiah itu untuk menghibur isteri. Isteri pecaya terlengak-lengak dan berdoa supaya suami akan menang lagi minggu depan. Kerana lurus bendul akhirnya si suami bawa balik hadiah hidup, lebih besar dan anjal berupa madunya. Padan muka.

Itulah kerenah golf dan hiburan serta maksiat di sebalik main golf. Walaupun ada yang bercita-cita untuk sampai ke peringkat Tiger Wood tetapi di Malaysia apa lagi kalau orang Melayu, tidak akan ke mana pun. Pikul dan heret kayu golf dan bag golf bukan nak capai ke taraf profesional hanya untuk orang kata kita tidak pondon, tidak darat dan ada kelas. Tak pernah ada dalam sejarah orang Melayu handal dalam golf. Rogol adalah samun wang Bank Negara adalah.

Saya timbulkan ini hendak memberi gambaran di sebalik sukan golf dan relate dengan apa yang diceritakan kawan malam tadi.

Semalam semasa selepas makan malam di rumah Tengku Razaleigh, seorang kawan lama yang kini menghilang memberi tahu sesuatu yang tidak terfikir oleh saya. Tidak terfikir sungguh.

Saya tahu kawan saya itu kini menjadi penggila golf nombor satu. Setiap kali saya telefon dia, dia akan menjawab di padang golf.

Unntung juga dia gila golf. Apa yang diberi tahu semalam sesuatu yang mengejutkan. Dua menteri dan seorang timbalan menteri sudah tergilakan golf. Mereka bermain bersama. Katanya menteri ini sudah sampai ke peringkat gila dan mabuk golf. Mereka bermain tiga kali seminggu, Sabtu, Selasa dan Khamis, kadang-kadang terheret ke Jumaat.

"Betulkan ni? Jangan bawah cerita?" saya meraguinya cerita.
"Betul...aku main sama," katanya sambil membuka lengan baju dan tunjuk sebahagian pengannya hitam lebam kerana kepanasan. Bila dia sudah tunjukkan bukti, saya tidak ada pilihan lain melainkan mempercayainya.

Saya cukup kena dengan menteri dan timbalan menteri ini. Seorang menteri itu dulu masih bertukar kayu golf dengan kayu hoki. Tetapi hari ini wah, bukan main lagi. Mungkin sdelepas main golf mulutnya tidak berjebak lagi. Manakala dua timbalan menteri itu tidak hairan. Seorang itu dengan kedudukannya sebelum ini wajar kalau tabiat itu masih diteruskan lagi. Dan seorang itu juga ada alasan kalau dia main golf, mungkin untuk kempiskan perutnya. Buncit sangat macam perempuan mengandung lapan setengah bulan.

Saya tidak berapa terkejut sangat kalau mereka ada hobi baru. Tetapi yang memeranjatkan sepereti mana dicerita kawan itu, mereka bukan main setakat suka-suka dan nak realease tension kerana belum tahu apakah akan ada kerusi atau tidak dan menang atau kalah dalam pilihan raya akan datang, tetapi mereka turut berjudi, betting.

Sekali main bukan sepuluh dua atau seratus dua, tapi ribuan. Saya tidak tahu apakah kawan saya itu ikut sama betting atau tidak? Tetapi logiknya kalau dia tahu menteri dan dua timbalan menteri itu berjudi, maka dia tentulah judi sama.

Harapnya Ha Najib Razak dan Udin anak Yassin sila jenguk-jenguk ke padang golf berkenaan tenguk apa yang berlaku. Jangan sahaja Najib dan Udin pening kepala untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat, menteri dan timbalan menteri masih berjelapok di padang golf. Kalau iya pun pening kerana memikirkan nasib politik dalam PRU 13 ini, janganlah melakukan kerja-kerja haram itu. Buruk sangat kesannya. [wm.kl.11:11 am 13/04/12]

No comments: