Sunday, April 15, 2012

Menggalah Hari

Hampir 100% Penjengok Blog MT Setujun BN Ditumbangkan

Faktor kenapa rakyat ingin menumbangkan kerajaan UBN mengatasi beberapa faktor atau sebab lain apabila penjengok blog Merah Tintah memberi alasan ingin menjatuhkan kerajaan UBN disebabkan tidak tahan dengan penyelewengan dan kebejatan kerajaan UBN.

Daripada 4,249 penjengok yang ikut mengundi 3,469 atau 81% telah meletakkan faktor itu.

Faktor lain yang diberikan untuk dipilih menjadi penyebab UBN perlu ditumbangkan ialah untuk membolehkan Anwar jadi PM. Faktor ini pengundi meletakkan hanya 2% sahaja atau seramai 89 yang bersetuju dengan faktor itu.

Lain faktor ialah kerana UBN terlalu lama memerintah memperolehi 164 undi atau 3%. Satu lagi faktor ialah kerajaan UBN perlu ditumbangkan bagi membolehkan Pakatan Rakyat membentuk kerajaan. Faktor ini diberi undi sebanyak 177 atau 11%.

Sementara yang tidak pasti ke atas semua persoalan diberi seramai 60 pengundi atau 1%.

Ternyata faktor penyelewengan dan kebejatan berleluasa di dalam kerajaan UBN menjadi penyebab utama kenapa rakyat ingin menolak kerajaan berusia 54 tahun itu.

Poll berkenaan yang mengemukakakn empat persoalan itu diadakan selama enam hari dan merupakan poll yang paling mendapat perhatian dari penjengok blog Merah Tinta. [wm.kl.10:35 am 15/04/12]

No comments: