Friday, April 20, 2012

Sebuka Mata

Catatan Buat Pak Aid Kedah: Apa Khabar?

Apa khabar Pak Aid misal bulat, diharap sihat-sihat saja dan tenang menghadapi apa jua masalah. Isu yang riuh randah mengenai menantu Pak Aid sekarang ini hendaknya tidak menganggu pemikiran dan strategi Pak Aid untuk terus mengaibkan Anwar Ibrahim. Ada hubungi rakan Pak Aid yang dua lagi itu ke? Hubungilah bertanyalah mereka macam mana hendak handle isu yang meriuh sekarang ini.

Saya tahu ia tidak ada kena mengena dengan Pak Aid secara langsung. Menteri itu hanya menantu Pak Aid sahaja. Tetapi bak kata orang kalau hujan sudah turun, kalau tidak banyak pun setitik akan terkena juga ke atas batu jemala kita.

Kalau saya jadi Pak Aid saya akan malu besar. Boleh jadi sampai tak keluar minum tea. Kenapa tidak dulu Pak Aid ikut menayangkan video lucah membabitkan Anwar Ibrahim. Tidak cukup itu Pak Aid ikut sama bersumpah laknat, agar Tuhan menurunkan laknat ke atas Pak Aid sekiranya video itu bohong.

Saya tidak berapa ingat apakah Pak Aid ada dalam majlis sumpah laknat di masjid di Sentul itu dan ikut sama bersumpah. Tetapi kalau pun Pak Aid tidak bersumpah, ianya sudah cukup untuk mengheret sama Pak Aid kerana Pak Aid menjadi tiro video lucah.

Saya ragui dan tidak pastikan apakah kemalangan yang menimpa menantu Pak Aid kini adalah kerana balasan laknat itu? Bolehkah dihubungkaitkan begitu? Mungkin para ustaz dan mufti (tidak termasuk mufti Perak) dapat memberi iktisar dalam perkara ini. Saya kurang arif dan kalau menurut pertimbangan akal bodoh saya, begitulah agaknya.

Kalau pun tidak tepat umum akan menganggap begitu Pak Aid. Kejadian yang menimpa menantu Pak Aid yang dikatakan ada skandal dengan artis sampai bagi wang jutaan ringgit, adalah laknat yang Allah timpakan ke atas Pak Aid kerana atas permintaan Pak Aid sendiri.

Mungkin Pak Aid akan bertanya kenapa dua rakan lain yang bersumpah laknat belum ditimpa laknat Allah. Allah itu maha adil dan maha pertimbangan. Allah maha bijaksana dalam melaksanaan apa juga kehendak-Nya. Pak Aid tidak patut menjadikan itu sebagai perbandingan dan persoalan atau hujah sebaliknya Pak Aid harus mengambil keaiban yang menimpa menantu Pak Aid itu adalah gara-gara perbuatan Pak Aid yang keji dan jahat mendedahkan keaiban orang.

Hari ini menantu, mungkin esok-esok mengenai diri Pak Aid pula. Saya ada mendengar cerita mengenai Pak Aid sendiri yang tidak kurang juga hebatnya. Mungkin ia dalam proses pendedahan?

Hari ini ramai orang meminta Pak Aid mengambil jalan dan penyelesaian sama ke atas menantu Pak Aid itu dengan apa yang Pak Aid lakukan ke atas Anwar. Mereka meminta Pak Aid sekali lagi pergi ke masjid dan melakukan sumpah laknat menafikan tuduhan ke atas menantu Pak Aid. Pak Aid boleh bawa menantu sekali dan bersumpah. Masjid paling baik ialah di Putrjaya? Apakah Pak Aid fikir tidak perlu dalam kes menantunya? Kalau begitu jelas Pak Aid double standard.

Kalau menantu Pak Aid juga turut bersumpah laknat, bolehlah nanti orang menggelar keluarga Pak Aid sebagai keluarga sumpah laknat.

Benar tidak benar Pak Aid kena membantu menantu Pak Aid. Kena bantu anak Pak Aid yang juga tercalar dengan berita dan pendedahan itu. Sudah tentu anak Pak Aid sudah hilang hati didedah mendengar berita mengenai suaminya.

Begitu juga dengan menantu Pak Aid, resahnya tak usahlah diceritakan. Kebetulan pula saat ini pilihan raya hendak diadakan. Rahsia yang sudah meletup itu akan menjadi isu dalam pilihan raya nanti. Sama ada ianya iya atau tidak tetapi isu itu secara automatik boleh menimbuskan segala keburukan yang dilempar ke atas Anwar. Rakyat akan melihat di antara orang Umno dan PKR dua kali lima saja.

Iktiarlah Pak Aid dan cari jalan terbaik. Mudah-mudahan ia berjaya menyapu arang yang kini tergalang di dahi Pak Aid dan seluruh keluarga. Cuba saya beharap janganlah gara-gara pendedahan itu rumah tangga anak dan menantu Pak Aid hancur berkecai pulak. Kalau ini berlaku maka dua kali malang dan tiga kali sedihlah Pak Aid.

Ingat Pak Aid kalau Allah berkehendak Dia akan menurunkan bala kepada seseorang itu bertimpa-timpa, dan kalau Allah hendak mengangkat darjat seseorang yang dihina itu Dia boleh melakukan hanya dengan berkata kun fayakun dan sekelip mata sahaja. Dasar anak lanun. Wassalam. [wm.kl.10:34 am 20/04/12]
Post a Comment