Monday, April 9, 2012

Huraian Isu

Penghapusan PTPTN Ancaman Baru Buat UBN

Janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan hutang PTPTN sekiranya gabungan itu menang telah memeningkan kepada UBN. Janji itu menarik perhatian anak-anak muda khasnya mereka yang berhutang dengan Tabung Pendidikan Tinggi. Janji itu memberi jalan dan harapan baru kepada mereka khasnya yang masih belum bekerja tetapi diburui surat lawyer yang akan mengheret mereka ke mahkamah.

Betapa sebelum ini wang itu telah mengekang kehidupan mereka. Hutang itu menjadi musuh yang mengejar mereka sepanjang hari. Ibu bapa yang tidak arif dengan undang-undang pula akan menggeletar apabila mendengar anaknya akan diheret ke mahkamah kerana hutang itu.

Ada yang tidak boleh ke luar negara kerana ditahan dan passport tidak dikeluarkan gara-gara hutang belajar itu. Yang 'bagero'nya hutang bukan ratusan juta, cuma RM43 pun disekat untuk ke luar negara. Ironisnya yang hutang berbillion bebas berfoya-foya dan makan angin di luar negara.

Ha Najib Razak dan Udin anak Yassin nampaknya terkial-kial untuk menjawab dan melepas isu ini. Kata Udin anak Yssin mereka yang hendak hapuskan hutang tabung itu tidak bertanggungjawab. Dalam bahasa 'slangka'nya, hendak menjahamkan negara. Anihnya yang bagi wang RM250 juta dan beli lembu tidak dikategorikan jahat murakab.

Kata Najib pula hutang PTPTN sebanyak RM43 billion. Sedangkan angka sebenarnya ialah sekitar RM28 billion sahaja. Mengapa Najib besarkan kerak nasi? Macam mana Najib boleh jadi PM kalau matemetik pun tidak lulus. PM seperti ini sikat dan kira bulu betis bini bolehlah.

Selagi rakyat mendengar hitungan (metametik) seperti ini, maka selama itulah rakyat akan jadi pendek akal dan kecil lubang hidung serta menjadi sesak nafas dengan tiba-tiba.

Kenapa sampai begitu sekali perdana menteri dan timbalan resah dan gelisah mengenai isu berkenaan. Semua pemimpin UBN juga berkokok kononnya negara akan bankrup jika cadangan Pakatan Rakyat itu dilaksanakan. Mereka yang mencanangkan demikian tenryata yang otak pendek tidak tahu untuk mengatasinya. Atau mereka sengaja canang begitu untuk gelapkan pemikiran rakyat.

Ada juga yang dulu beriya agar wang PTPTN ditukar status kepada biasiaswa kini beriya pula agar wang itu dipunggut balik. Orang seperti ini gila kerana dia boleh berjalan undur ke belakang dan mengiring ke kiri dan kanan. Hasilnya semua kata-kata dan ucapannya tidak boleh dipercayai.

Sama ada bankrup atau tidak cubalah beri peluang kepada PR memimpin sekali. Apakah negara bankrup atau pun tidak. Kalau tidak cuba tidak tahu. Anwar Ibrahim kata negara tidak akan jadi bankrup dengan wang itu malahan wang itu akan dapat terus diberikan kalau ada penjimatan kerajaan. Kenapa wang itu mahu dipunggut balik dan tidak boleh dihapuskan kerana banyak berlaku ketirisan dan ketembusan tabung wang negara.

Apa yang berlaku sekarang ini kerana berlaku ketirisan menyebabkan perbelanjaan untuk pembangunan, pendidikan dan sebagainya tidak mencukupi. Apa yang berlaku dalam projek lembu gemuk (NFC) menunjukkan berlakunya ketirisan itu.

Apa tidak bertanggungjawsabnya duhai Udin anak Yassin. Pemimpin Pakatan Rakyat berani untuk menghapuskannya tentulah mereka ada jalan dan kaedah untuk mengatasinya. Ada perkiraan bagaimana hendak gantikan wang itu untuk pembangunan negara. Inilah dikatakan kemampuan dan wibawa pemimpin.

Udin anak Yassin dan Najib tidak sewajarnya merasakan mereka saja yang merasakan mereka yang bijak. Usahlah tiru perangai dan stail cakap Mat Maslan itu. Jenis pemimpin mendabik dada begitu jenis hidung tinggi tetapi jambul berselerak.

Kita tidak tahu sejauh mana kemampuan dan kebolehan seseorang. Baik Najib atau Udin anak Yassin mereka tidak wajar mempertikaikan cadangan PR itu tetapi sebaliknya berusaha untuk mengatasi. Jangan malu untuk menciplat formula orang lain demi untuk kebaikan rakyat. Tirulah kalau demi rakyat tidak mengapa.

Yang ternyata UBN panik dalam isu wang PTPTN ini. Mereka sudah tidak tahu bagaimana formula untuk mengatasinya lantaran itu mereka mudah menghukum negara akan bankrup kalau wang PTPTN itu dilupuskan. Kalau kita bodoh janganlah pula cuba memperbodohkan orang lain. Itu namanya dua kali bodoh. Takkan keldai pun kita nak jadi, himar pun kita nak jadi juga. [wm.kl.10:26 pm 09/04/12]
Post a Comment