Saturday, April 28, 2012

Ulasan 1 Bersih 3.0

 Bersih 3.0 Duduk Bantah
Beri Signal Jelas BN Bakal Tumbang Dalam PRU-13


Di mana saya hendak mulakan ulasan mengenai himpunan Bersih 3.0 yang baru usai sekejap tadi? Dada masih berdebar dan teruja melihat ledakan manusia. Manusia yang kemabukan dan naik angin untuk menukar kerajaan.

Seawal pagi lagi polis sudah bersiap sedia.
Apakah harus dimulakan dengan detik menjelang tengah malam tadi di mana rakyat sudah memenuhi dataran merdeka dan 'mabit' di sana. Ataupun sesusai Asar nanti di mana saya pasti himpunan itu sudah habis total apabila ada ladunan darah di bumi Kuala Lumpur yang permai dan damai dari malam tadi hingga ke solat Duha hari ini.

Banyak sangat intro yang ada dalam kepala saya ketika ini untuk dijadikan muqadimah ulasan terhadap himpunan Bersih 3.0 ini? Mungkin kerana terlalu excited dengan himpunan yang pada saya amat berjaya berbanding dengan siri-siri himpunan sebelum ini termasuk Bersih 1.0 dan Bersih 2.0 menyebabkan saya jadi tergaman-gaman untuk mmulakan catatan.

Biarlah mungkin boleh saya mulakan ketika perasaan saya dilanda sebak apabila melihat rakyat berbagai kaum berganding bahu dan berarak memenuhi seluruh jalan-jalan menuju ke Dataran Meredeka sambil menyanyi lagu Bersih...Bersih.. dengan irama dan gaya tersendiri. Sambil itu mereka melaungkan slogan kebencian mengecam Najib dan Rsomah yang tidak peka dengan rintihan dan kehendak rakyat. Sambil itu mereka menjulang tinggi berbagai sepanduk yang menyuarakan rasa hati mereka dan simpati kepada masyarakat yang ditindas oleh kerajaan UBN.

Anggota tambahan.
Dalam memerhati bersendirian setelah terputus dari gerombolan kawan itu dengan kudrat yang tidak sekuat zaman muda, saya tersudut beberapa kali terpencil dari keriuhan untuk mencatat ke dalam Fb. Saya menangis hiba dan duka! Saya ingin meluahkan perasaan bangga dan hiba melihat kesungguhan rakyat memperjuangkan hak mereka.

Hati dan jiwa menjadi kelam apabila melihat semangat yang terpancar dari seluruh para himpunan. Mereka bersatu kekuatan dan laungan menandakan mereka sudah amat cemuh dan muak dengan kerajaan UBN.Anak-anak muda Cina yang mendominasi ketumbukan Cina kali ini dilihat mesra dan erat berganding bahu dengan anak remaja Melayu. Di celah-celah pula ada sekelompok remaja India. Di antara mereka tiada sempadan ideologi, tiada sempadan budaya mengasingkan mereka, sebaliknya sepadu erat dan kemas dalam satu agenda bersama menumbangkan kezaliman dan menegakkan keadilan.

Ternyata himpunan sekejap tadi dimonopoli oleh orang Cina. Kali ini orang Cina sudah tidak ada kompromi lagi dengan UBN. Mereka seakan telah menolak UBN secara total dan mahu mengangkat Pakatan Rakyat sebagai kerajaan. Kalau sebelum ini saya mengira 85% Cina menolak UBN tetapi mulai tarikh 28 April saya yakin sudah 95% orang Cina menyokong Pakatan Rakyat.

Jam 10:00 pagi orang sudah memenuhi Jln Raja.
Di sudut terpencil saya bertanya dari mana mereka datang? Apakah ramuan menyebabkan mereka boleh sepakat dan sederap untuk merampas Dataran Merdeka menjadi lambang kemerdekaan diri mereka. Di celah itu juga perasaan jahat saya terbetik penuh kebimbangan bahawa demonstrasi kali ini sudah dimonopoli oleh remaja Cina. Mereka sudah bangkit mengambil ruang untuk memperjuangkan nasib rakyat negara ini. Timbul juga perasaan skeptikal saya kepada kaum Cina ketika itu. Kenapa?

Tetapi tidak mengapa. Dengan menerima niat mereka suci dan ikhlas untuk menumbangkan sebuah kerajaan zalim yang telah lama menganiaya rakyat berlaku zalim kepada golongan marhain, saya membujuk hati saya agar tidak bersangka buruk kepada mereka. Biarlah kandati mereka orang Cina tetapi mereka ternyata lebih baik dari sesetengah orang-orang Umno yang rasis dan menyamun khazanah negara.

Seorang pemimpin mahasiswa memulakan gerakan.
Politik negara ini harus berpijak di bumi nyata. Realiti bahawa semua kaum harus bersama membangun negara tidak dapat dielakkan. Hakikat itu bahawa orang Melayu memiliki beberapa hak keistimewaan sebagai menjamin masa depan mereka juga perlu dihormati oleh orang Cina. Rasanya mereka memahami hakikat itu dan anak remaja Cina juga bergerak atas satu nawaitu untuk melenyapkan kebejatan Umno lebih 55 tahun lalu. Kalau mereka dapat berkongsi kuasa bersama, mereka tidak akan sesekali ingin menyama tarafkan dan menghormati prinsip di mana bumi di pijak di situlah langit dijunjung.

Perhimpunan kali ini berjaya dan memberi kepuasan kepada semua pihak kecuali dihujungnya apabila polis tetap khianat dengan melepaskan gas pemedih mata dan memukul para himpunan. Untuk apa polis memukul himpunan lagi? Sepanjang pengamatan saya himpunan hari ini adalah paling bersih, paling sopan dan tidak ada provokasi terhadap polis. Para himpunan juga menghormati Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan dengan mempunyai sejuta wajah itu.

Selama lebih empat jam mereka menanti gelong dawai dibuka untuk membolehkan mereka bermukim di Dataran Merdeka, mereka tidak berbuat apa-apa pun, menanti penuh sabar dan penuh debaran. Mereka hanya mampu bersorak, bertasbeh, berzikir atau pun menyanyikan lagu negaraku.

Saya percaya kalau para himpunan hendak bermain jahat mereka boleh lakukan. Polis hanya baru melengkapkan peralatan dan anggota mereka selepas pukul 12:00 tengah hari. Sebelum itu pertahanan polis mengawal Dataran Merdeka hanya dengan anggota polis bertindak menjadi pagar dengan pistol di pinggang yang tidak mungkin mereka gunakan sewenang-wenangnya.

Nah... waktu ini kalau himpunan jahat mereka boleh bertindak agresif. Mereka boleh menarik gelong dawai meskipun tangan mereka robek dan carik untuk masuk ke Dataran Merdeka. Tentu ada yang rela menumpahkan darah setitik dua demi perjuangan. Tetapi mereka tidak lakukan kerana mereka ingin tunjukkan mereka menghormati polis dan menerima polis sebagai pengawal keselamatan untuk mereka juga.

Penuh sesak.
Jadi apabila polis mengganas dan mengulangi perbuatan yang dibenci oleh rakyat, maka himpunan yang aman, harmoni mulanya bertukar menjadi kejam dan rakus. Polis perlu bertanggungjawab dan menerima kecaman badan-badan bebas dan juga hak asasi manusia atas apa yang mereka lakukan. Rupa-rupanya Akta Himpunan Aman yang digubal itu tidak merubah perangai dan perilaku jahat polis.

Iya, DBKL dan polis berjaya mempertahankan Dataran Merdeka dari 'dicerobohi' oleh para himpunan. Namun kejayaan itu tidak memberi apa-apa makna pun untuk Najib dan UBN. Dengan kehadiran hampir mencapai sasaran 500,000 tetapi sudah memandai apabila jumlah kehadiran kali ini lebih besar dari dua himpunan Bersih sebelum ini.

Saya menganggarkan mereka yang berhimpun hari ini mencecah ke angka 250,000. Angka itu mungkin tidak besar bagi Umno yang memiliki keahlian 3.5 juta tetapi semangat dan komitmen mereka tidak boleh diperkecilkan. Kehadiran lebih 70 peratus golongan muda memberi isyarat dan signal jelas kepada UBN parti itu akan ghuyub di dalam pilihan raya akan datang.

Sdr Rusdhan Mustapa memimpin himpunan.
Kemuncul anak-anak muda itu berbeza dengan kemunculan mereka tahun 1998 dulu di mana mereka hanya ikut angin dan belum bersedia bertindak. Tetapi kali ini rata-rata mereka telah mendaftar sebagai pengundi dan siap siaga untuk menumbangkan UBN. Minda mereka juga sudah diset, mereka mahu menukar kerajaan. Situasi ini menyebabkan saya tidak begitu gerun dengan pemanipulasian daftar atau pengundi oleh Umno yang dikatakan merugikan oposisi. Anak-anak muda yang komited ini boleh mengatasinya kebimbangan itu.

Mengenang himpunan pada hari ini sesuatu yang sedikit menyebabkan saya rasa kurang selesa ialah kedatangan masyarakat India tidak begitu menyerlah. Dalam hitungan saya tidak sampai 20,000 masyarakat India yang hadir. Benarlah kalau ada mengatakan masyarakat India sudah berpatah balik kepada UBN setelah diumpan dengan wang ringgit dan todi ataupun sabu politik. Sememangnya begitu masyarakat yang tahap kehdiupannya runcing kurang mempunyai kemampanan diri.

Sementara dari kalangan orang Melayu pula Melayu dari dua negeri nampak begitu menonjol iaitu Terengganu dan Kelantan. Manakala orang Melayu Kedah tidak begitu mendominasi himpunan kali ini. Ini berbeza dengan himpunan Bersih 2.0 di mana ramai orang Kedah yang saya jumpai termasuk makcik dan pakcik atau haji dan hajah berusia 70-an ikut sama berarak dan mengenakan baju berwana kuning dan selempang atau ikat kepala tertulis Bersih 2.0.

Notis sinis kawasan Dataran Merdeka dianggap Tel Aviv.
Apakah pimpinan Pakatan Rakyat di negeri-negeri lain tidak seserius pemimpin Pas di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang membuat kerahan secara langsung? Saya percaya kalau penyokong dan ahli Pakatan Rakyat dari Melaka, Pahang, Johor, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan membuat kerahan bersungguhan mungkin jumlahnya bertambah ramai.

Dalam hal ini terima kasih kepada Ngo yang memperjuangkan Lynas. Lantaran gabungan dengan Ngo itulah jumlah hari ini mencecah sebanyak itu di mana satu jumlah yang memungkinkan Najib untuk tidak mengerakan mengadakan pilihan raya. Barang kali benar kalau maklumat saya terima malam tadi Rosmah berulang kecing sebanyak 16 kali apabila mengetahui lebih 5,000 sudah mabit di Dataran Merdeka.

Kekuatan Unit Amal lawan kekuatan polis.
Saya juga tidak faham apakah himpunan hari ini tidak disusun sebaik mungkin sehinggakan kurang pemimpin yang awal-awal turun untuk memberi sokongan dan suntikan semangat kepada para himpunan. Antara pemimpin yang saya nampak awal-awal turun berucap dan bersalaman dengan rakyat ialah Mohamed Azmin Ali. Sekiranya tidak ada pemimpin-pemimpin yang hadir secara bidan terjun memimpin kelompok-kelompok himpunan dengan ucapan berapi-api dan penuh semangat mereka, mungkin himpunan ini akan menjadi hambar.

Nasib baiklah ada mereka ini yang sudah terlatih sejak di zaman roformis lagi muncul di tengah khalayak memberi ucapan dan membimbing kelompok himpunan. Antara yang sempat saya lihat kuat melaung memberi semangat dan menghidupkan suasana ialah bekas Ketua Penerangan Pas Rantau Panjang sdr Rushdan Mustafa. Mungkin orang Pas Kelantan tidak mengenali beliau serta mengenai perjuangan Rushdan. Rusdhan sebenarnya turun ke lapangan jihad lebih 10 tahun lalu sebelum mengambil keputusan memperhambakan diri dengan Pas.

Gelong dawai berduri yang tak sempat diragup.
Sepatutnya ruang himpunan seperti itulah  digunakan oleh para bakal pemimpin mengasah bakal untuk menjadi pengganti di masa akan datang.

Sekali lagi saya merakam ucapan syabas kepada semua para himpunan, Ngo Bersih 3.0 dan juga pihak polis dan DBKL kerana berjaya menghidupkan suasana himpunan hari ini dalam keadaan baik. Sudah pasti kalau polis tidak menjadi iseng dan gila babi di hujung himpunan ia boleh dirakam sebagai perhimpunan bebas yang aman dan menyeronokkan! [wm.kl.28/04/12]
Post a Comment