Sunday, April 8, 2012

Rencana Khas

Tinggal Umno Fenomena Baru Di Kelantan
1,458 Ahli Umno Sudah Tinggal Parti


Taburan wang rakyat dan segala macam habuan kepada rakyat yang diuruskan Umno serta janji-janji manis kebendaan ternyata tidak mampu menghalau rasa bosan dan meluat ahli Umno kepada parti Melayu berusia 61 tahun itu.

Pemberian BR1M sebanyak RM500 dan pelbagai janji 'mulut manis pongek masam' tidak boleh mengikat rakyat agar menyokong UBN. Wang bukan lagi umpan ampuh untuk menarik rakyat ke bilik-bilik undi dan memangkah Dacing. Barang kali begitulah kalau kebencian sudah meluat segala penawar tidak mujarab lagi segala pujukan tidak lagi menjadi.

Apa lagi rakyat biasa, ahli dan penyokong Umno juga tidak dapat diberkas agar terus 'bersujud sawi' kepada Umno. Betapa tiga dalam tiga bulan mutakhir ini - sesudah wang RM500 diberikan kepada rakyat, lebih 1,458 ahli dan penyokong Umno telah bertindak meninggalkan parti Melayu itu sama ada menyertai Pas ataupun PKR.

Sudah jadi satu fenomena meninggalkan Umno dan menyertai Pas di Kelantan waktu ini. Boleh dikatakan setiap minggu ada-ada sahaja kumpulan yang mengistyharkan diri menyertai Pas. Apakah fenomena ini berlaku kerana rakyat mempunyai firasat bahawa dalam pilihan raya ke-13 ini UBN akan jatuh terguling? Kerana mereka juga ingin merayakan kemenangan bersama, maka mereka menyeberang parti meninggalkan Umno yang kini sudah menjadi pelabuhan usang yang tidak menjamin keselamatan lagi.

Bagai mana pun perkara ini tidak menjadi 'geger gegak' dan berlalu seperti angin lalu sahaja. Seakan ada tektik untuk menyembam para pemimpin Umno secara senyap dengan kemasukan ini. Cara ini samalah membawa musuh ke dalam kolam kemudian menarik kaki ke dasar kolom hingga lemas 'berbobok' - berbueh.

Terbaru malam tadi Chicha Tinggi Pasir Mas seramai 150 orang menyertai Pas. Ia diketuai oleh ketua cawangan Umno Kampung Rengas. Beberapa malam lalu kira-kira 100 orang telah menyatakan kebencian mereka kepada Umno dan menyertai Pas di Banggul Chica.

Minggu lepas seramai 69 orang ahli Umno bahagian Rantau Panjang telah menyerahkan borang menyertai Pas kepada Mursyidul Am Pas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majlis itu berlangsung pada majlis ceramah di rumah timbalan ketua Umno Cawangan Kampung Kedap Rantau Panjang.

Jumaat lalu seramai 130 orang ahli Umno di Dun Paloh dalam Bahagian Gua Musang telah meninggalkan Umno secara suka rela. Mereka menyertai PKR. Penyerahan borang secara simbolik kepada Anwar Ibrahim semasa beliau beramah mesra dengan peneroka Ciku 3. Dalam perkembangan lain kira-kira 352 terdiri penyokong dan ahli Umno yang menjadi peneroka di Kesedar akan turut berbuat demikian. Mereka hanya menanti masa luang Nik Aziz saja untuk merebahkan dua ekor kerbau bagi meraikan penghijrahan beramai-ramai itu.

Perkembangan itu menyaksikan Dun Paloh yang selama ini menjadi kubu kuat Umno sejak tahun 1990 akan ranap kali ini.

Dua bulan lalu seramai 139 orang ahli dan penyokong Umno di Dun Air Lanas dalam kawasaan Jeli telah bertindak meninggalkan Umno dan menyertai Pas. Borang penyerahan borang menyertai Pas juga diterima oleh Nik Aziz. Sementara menurut timbalan Yang Dipertua Pas Jeli Abdullah Yaacob sehingga kira-kira 231 orang penyokong dan ahli Umno Jeli telah bertindak keluar parti.

Penghijrahan penyokong dan ahli Umno bukan terhenti di situ sahaja. Di Kubang Kerian kira-kira
300 orang bekas ahli dan penyokong Umno akan menyertai Pas. Penyerahan borang menyertai Pas akan diadakan dalam masa terdekat. Khabrnya penghijraran beramai-ramai ahli dan penyokong Umno ada ura-ura dengan Husam Musa dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen dalam pilihan raya akan datang.

Di parlimen Bachok juga Pas menerima penghijrahan ahli Umno dan pengundi atas pagar. Minggu lalu seorang ketua cawangan telah mengityharkan menyertai Pas. Ekoran itu terdapat 18 orang ketua cawangan dan pemimpin peringkat cawangan akan juga berbuat demikian. Tindakan keluar parti beramai-ramai dijangka berlaku menjelang pembubaran parlimen.

Faktro penghijrahan ramai-ramai ahli Umno Bachok ke dalam Pas kerana kurang senang dengan gaya kepimpinan Awang Adek Hussein. Seorang PPM di Bachok - pengawa lantikan politik Umno, menegaskan beliau tidak akan mengundi Awang adek malahan berusaha untuk 'mencincangnya'. "Parang sudah diasah sudah berkilat untuk pancung Awang Adek," begitu kata penggawa berkenaan. Kata-kata itu memberi gambaran bahawa kedudukan Awang Adek di Bachok begitu nazak sekali.

Sehubungan itu difahamkan 162 ahli Umno dari Bachok akan bertindak meninggalkan parti. Mereka hanya menunggu keputusan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan Zaiyadi Awang Nuh membuat keputussan saja untuk mereka mengistyharkan diri dan membakar bendar Dacing sebagai simbolik kebencian mereka kepada BN.

Kedudukan Zaiyadi kini sudah 89 peratus akan meninggalkan Umno. Bagaimana pun tidak dapat dipastikan sama ada menyertai Pas atau PKR atau bertanding atas lambang bebas.

Pengnyahan diri beramai-ramai atau fenomena good bye Umno ini juga berlaku di Pengkalan Chepa, Kuala Krai, Tanah Merah dan Machang. Di Tanah Merah sehingga kini lebih 344 ahli dan penyokong Umno meninggalkan parti. Hanya di Pengkalan Chepa perubahan tidak begitu ketara mungkin kerana kawasan ini kubu besi bagi Pas.

Begitu juga di Tumpat, Kuala Krai dan Machang. Tiada maklumat mengenai jumlah kemasukkan Umno ke dalam Pas. Bagaimana pun difahamkan di Machang fenomena itu turut juga berlaku tetapi Pas dan PKR kawasan itu mengambil sikap mendiamkan diri dan tidak menghebuhkan apa yang berlaku. Bagaimana pun Umno merasai akan kekurangan sokongan mereka di sini.

Dalam perkembangan lain, sekurang-kurang tiga orang bekas pegawai tinggi kerajaan, seorang Ketua Bahagian Umno, seorang bekas Adun Umno serta seorang pesara pegawai tinggi tentera akan mengambil pendirian sama meninggalkan Umno untuk bersama Pakatan Rakyat.

Sesungguhnya fonomena ini ganjil dan pelik sedikit kerana selalunya dilaporkan media PB yang berbondong-bondong meninggalkan parti orang Pas ke Umno tetapi kali ini terbalik kod. Apakah di celah-celah kemeriahan ini ada strategi dan tektik Umno? [wm.kl.7:39 pm 04/04/12]

4 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan.

"Apakah di celah-celah kemeriahan ini ada strategi dan tektik Umno?"

Persoalan itulah yang harus jadi perincian Pakatan Rakyat kerana dalam politik tiada yang mustahil. Ibarat bermain cator, segala bala tentera sangup diumpan untuk dimakan oleh lawan asalkan matlamat ahirnya iaitu mendapatkan king dapat dicapai. Mungkin dalam konteks ini matlamat akhir BN (RosmahNajib)adalah kekal di Putrajaya.

Apa pun kesangsian ini janganlah sampai mengguris teman-teman baru kita pula. Mereka harus disantuni dengan sewajarnya sebagai ahli baru yang akan menjadi aset besar padaPR untuk PRU ke-13 nanti.

Semoga kiranya ada tektik atau strategi UMNO dalam penghijrahan teman-teman kita itu, nantinya akan menjadi senjata makan tuan buat UMNO-BN hasil dari satunan baik kita terhadap mereka.

Bila pula negeri Selangor akan jadi macam Kelantan?

aybaMALL said...

Mereka tidak berpura-pura dan yang pastinya mereka tidak dibayar atau dijanjikan dengan sebarang imbuhan. Mereka ikhlas.

joy iman said...

Kita harus melihat fenomena ini dengan berbagai sudut,apakah ia akan memperkuatkan PAS atau hanya helah untuk melemahkan PAS.

Kepada pemimpin PAS harus di ingat,jangan pisang berbuah dua kali,sebagai mana di pasir mas dahulu.

Kepada pemimpin Umno yang memasuki PAS,apakah mereka ini akan mendokung perjuangan PAS,atau hanya sekadar untuk memanjangkan hayat politik mereka sahaja.atau akan membawa budaya Umno dengan mencantas pemimpin PAS yang sedia ada untuk menerajuai kepimpinan sesebuah cawangan PAS.

Banyak yang harus di perhatikan sebenarnya,jangan kita terlalu asik bersuka ria dengan fenomena ini .

Miz3 said...

PR khususnya PAS harus waspada terhadap penyertaan ahli baru dari UMNO yang dikatakan kecewa dengan pimpinan parti (UMNO), ini kerana sukar menapis 'musang berbulu ayam' dan pada saya, tidak perlu kepada penyertaan beramai-ramai ke dalam mana-mana parti begitu juga menghebohkan penyertaan itu kerana apa yang penting adalah undi di hari pilihan raya. jangan tergila-gila mencari ahli tetapi hilang undi kerana salah strategi. jika mereka layak untuk memimpin secara islam, maka perlulah dihebahkan penyertaan ke dalam parti. jika sekadar penyokong atau selebriti yang belum terbukti kepimpinannya, maka cukuplah untuk tidak dijulang ke hulu ke hilir. saya faham strategi politik adalah dengan mencari figura untuk dijadikan model tetapi adalah lebih baik jika figura itu dibentuk atau dinaikkan dari kalangan ahli sedia ada PAS yakni sudah ditarbiyah dan faham isi kandungan perjuangan PAS(Islam secara syumul). saya tidaklah memandang rendah kredibiliti artis seperti Bob Lokman, Aishah dan yang seangkatan, ini adalah kerana khuatir medium PAS disalahguna dan yang lebih teruk adalah menJAHANAMkan PAS itu sendiri.