Monday, April 2, 2012

Silang Petang

Perlukah Orang Melayu Sertai DAP?

[kemaskini] Apabila Pas menubuhkan Dewan Himpunan yang disertai oleh bukan Melayu, orang Melayu khasnya dalam Pas merasa bangga. Penyertaan bukan Melayu itu menaikkan 'jiha' (martabat) Pas. Orang Pas merasakan parti mereka mendapat sokongan bukan Melayu dan itu satu perubahan dan kemajuan.

Hebatlah Pas sebagai sebuah parti politik yang mempunyai roh Islam tetapi disokong sama oleh bukan Islam. Matlamat dakwah yang menjadi agenda Pas berjaya diimplimenkan.

Ada sebab jelas kenapa mereka - bukan Islam dan Melayu sokong Pas. Dalam hal ini soal kemanusiaan; kejujuran, keadilan dan kesaksamaan yang diamalkan Pas menjadi daya tarikan. Bukan Islam seronok dan merasa senang dengan pendekatan dipraktikan Pas berhubung dengan humanis. Perjuangan Pas menyentuh hati mereka.

Memanglah sesiapa atau apa-apa organisasi yang berdiri atas prinisp agama tidak kira agama di langit atau dibumi ia bertujuan baik. Membawa manusia ke jalan kebaikan fitrah yang diidamkan semua.

Soal apakah agam itu dapat mengembalikan manusia kepada hakikat kejadiannya kepada pencipta-Nya, Rabul Jalil itu soal lain. Namun prinsip atau fiil yang dikehendak naluri manusia sudah tercapai. Manakala bagi pihak Pas pula ia berjaya mencapai matlamatnya mendekatkan (tarruh) mereka yang sebelum ini dilihat jauh dan tidak terpancar dengan nur hidayah agama (parti) mereka kini berjaya mendekatkan bukan Melayu Islam ke pangkuan mereka. Ini sesuatu yang membanggakan. Dan inilah juga syariat Muhammad.

Kerana Pas membawa prinsip dan matlamat itu maka wajar kalau bukan Melayu dan Islam menyertai Pas tidak parti lain. Apa lagi Pas berjaya menunjukkan akan keadilan sejagat itu. Di Kelantan selama 22 tahun Tok Guru Nik Abdul Aziz membawa acuan itu. Keperibadian, akhlak yang ditunjukkan olehnya sebagai pemimpin telah memancing hati mereka.

Keberanian Nik Aziz memecah mental blok yang menjadi penghalang atau menakutkan untuk bukan Islam bersama Pas kini adalah satu kejayaan besar. Beberapa perkara yang menjadi kepercayaan bukan Islam di Kelantan sejak Nik Aziz memimpin negeri itu. Prinsip Nik Aziz dalam perjuangan menegakkan agama tanpa meletakkan soal bangsa di hadapan adalah satu sebab dan menjadi daya tarikan baru.

Perubahan matlamat atau konsep ini membuka hati bukan Islam kepada Pas. Perubahan konsep ini menunjukkan keberanian dan geniusnya Nik Aziz sebagai pemimpin dan ulamak. Keadaan ini boleh disifatkan Nik Aziz adalah mujadid.

Dasar atau prinsip Nik Aziz itu adalah dasar sejagat yang tidak memisahkan manusia dengan warna kulit. Kejayaan Nik Aziz menyatukan manusia atas dasar agama ini, inilah menjadi daya tarikan bukan Islam. Nik Aziz telah menjadikan Islam sebagai wadah unity dan progresif.

Tidak melampau kalau dikatakan sinar Islam di zaman mutakhir ini terpancar dari Timur dan ia terpegan di tangan Nik Aziz. Ini adalah persamaan pula dengan sebuah hadith daif (politik) mengatakan Islam di akhir zaman akan bangkit dari Timur. Hadis ini mungkin memberi gambaran (negara-negara) Barat akan menyesatkan ummah.

Kelantan dari sudut geografi Malaysia berada di Timur. Justeru ada kebenarannya hadith berkenaan dibiyanahkan oleh Nik Aziz menerusi perubahan konsep dan uslub berani diambil itu.

Tetapi apakah pula musibahnya apabila orang Melayu yang 99% beragama Islam memilih DAP? Apakah mereka dapat merasaikan bahawa DAP memenuhui kehendak naluri manusia mereka dan bertepatan dengan ajaran yang dituntut? Mungkin mereka (Melayu) memilih DAP kerana terpesona dengan integriti parti berkenaan dan juga kehambaan para pemimpinnya. Pendekatan atau falsafah Islam digunakan oleh Lim Guan Eng dalam mengurus Pulau Pinang mungkin menjadi daya tarikan.

Tetapi yang saya tidak faham, apakah akhlak Guan Eng atau DAP itu sejajar dengan ajaran agama (Islam)? Apakah penerimaan Guan Eng terhadap Islam itu semurni pernerimaan Nik Aziz? Kita perlu mengetahui perbuatan yang baik itu akan terbatal kalau tanpa niat. Dalam Islam aktiviti kehidupannya tidak berakhir di dunia sahaja, ia ada satu lagi alam. Alam akhirat yang akan menilai dan menghitung segala perbuatan kita di dunia ini.

Apakah DAP ada memberi tarbiah dan jawaban-jawaban untuk dijawab di akhirat? Rasanya tidak. Orang DAP (bukan Islam) pun makan tanpa Bismililah.

Bagaimana sekiranya mereka Melayu yang menyertai DAP hanya semata-mata teruja kepada politik dan bukan mencecah kepada hakikat kehidupan? Bolehkah dibenarkan. Tetapi bukankah perbuatan itu sia-sia kerana DAP hanya mengajak menusia ke sekerat jalan cuma?

Saya timbulkan ini kerana akhir-akhir ini ada kecenderongan orang Melayu menyertai DAP. Apakah tujuan mereka berbuat begitu. Apakah untuk mengimbangkan kuasa politik dalam DAP? Kalau itulah tujuannya saya rasa ia tidak memberi hasil dan natijah yang baik. Orang tidak boleh mengharapkan apa yang menjadi idaman mereka untuk bangsa dan agama menerusi DAP.

Paling mengilankan di Kelantan sendiri sudah ada orang Melayu yang berminat kepada DAP. Apakah penyertaan mereka itu satu protes atau atas satu kepercayaan? Atau pun mereka masih meragui kepada Pas yang diterajui Nik Aziz dan para ulamak?

Tetapi kalau penyertaan itu untuk memberi sedikit kosmetik kepada DAP agar ia tidak dilihat keCinaan dalam usaha untuk menumbangkan UBN mungkin tidak menjadi masalah. Kalau begitu penyertaan Melayu itu satu maslahat. Mungkin dalam politik demokrasi yang menerima konsep Machiavelli boleh dimaafkan.

Bagaimana pada hemat saya adalah lebih baik kalau Melayu yang tidak berparti atau yang kecewa dengan Umno memilih Pas atau PKR. Setidak-tidaknya perjuangan Pas khususnya mendekatkan mereka dengan apa yang seharusnya mereka miliki sebagai hamba Allah yang beragama Islam. Dalam keadaan apa juga kedudukan dan kepentingan agama mengatasi kepentingan lain termasuk mendapatkan kuasa. [wm.kl.5:32 pm 02/04/12]

2 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

assalamu alaikum tuan. Dah lama saya tunggu ulasan mengenai penyertaan Orang Melayu ke dalam DAP ini. Kalau Orang Melayu ini hanyasekadar Orang Melayu sebagaimana orang Cina dan India sebagai orang Cina dan India maka memang ia tak perlu jadi persoalan.

Namun begitu, Orang Melayu adalah orang Islam, yang seharusnya mempunyai aqidah dan pegangan yang jelas dalam hidup sebagai Melayu Muslim. Sekali pun hendak berpolitik politik Melayu Muslim harus terjurus ke arah yang dibawa oleh para Anbia dan ulama dan kalau pun tidak seratus peratus namun ia memang ada dalam PAS.

Apa pun PAS harus bertanya pada dirinya kenapa orang Melayu boleh lari kepadaDAP bukan dalam konteks politik Melayu semata-mata tapi lebih jauh lagi politik Islam. Atau, mungkinkah Melayu itu adalah melayu yang hanya menganggap politik sebagai politik dan tidak ada kena mengena dengan soal akhirat atau lebih tepat lagi golongan sekular.

Miz3 said...

salam. entri yang baik dan saya puji sangat-sangat. pada saya, pembentukan kelab penyokong pas yang dinaiktaraf kepada DHPP amat tepat sekali dan amat ditunggu-tunggu. mengenai penyertaan MELAYU ke dalam DAP pula secara jujurnya saya setuju sebagai kurang enak. cukuplah sekiranya DAP dihuni oleh bukan islam.