Friday, April 27, 2012

Susupan Tengahmalam

Dataran Merdeka Ditutup, 
Esok Ada Pengumuman Penting


Seperti mana yang telah dijangkakan kawasan Dataran Merdeka akan ditutup seluruhnya mulai jam 6:00 petang esok, 12 jam lebih awal dari dijangkakan. Saya sudah menjangkakan tindakan itu akan diambil memandangkan ada cadangan untuk berhimpun dan bersolat serta munajak di tempat itu malam esok yang kemudian akan bersambung sampai ke petang Sabtu.

Satu arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Pengarah DBKL lewat petang ini memaklumkan dataran itu ditutup mulai esok (27 April) dan akan dibuka semula kepada umum pada 29 April.

Penutupan itu mengesahkan bahawa DBKL berkeras untuk tidak membenarkan lokasi awam yang dibawah bidang kuasanya itu digunakan untuk himpunan Bersih - Duduk dan Bantah.

Sehubungan itu belum ada penjelasan dari pihak Bersih ekoran susulan DBKL itu. Apakah pihak penganjur akan menerima temnpat berhimnpun lain seperti mana yang ditawarkan DBKL dan dijanjikan oleh polis atau tetap akan berkumpul di situ dan sedia menghadapi apa-apa juga risiko.

Pihak Bersih sebelum ini tetap berkeras untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka. Sekiranya tidak ada tolak ansur ini ia bakal menyaksikan pertempuran sengit di antara pihak penguasa DBK yang berkembar dengan polis dengan para peserta himpunan. Sudah pasti kombinasi DBKL dengan polis agak menyukarkan para peserta untuk bergerak.

Besar kemungkinan juga mula malam esok juga jalan-jalan untuk menuju ke pusat bandar ditutup dan pengakutan awam seperti LRT dan komuter ditutup buah sementara waktu.  Begitu juga jalan-jalan utama menuju ke Kuala Lumpur ditutup dan kenderaan diragui membawa peserta Bersih akan diperiksa dan dihalau pulang.

Sekiranya ini berlaku maka jelaslah kata-kata mans Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin tidak boleh dipercayai langsung. Kata-kata dan janji itu untuk memberi kebenaran dan berhelah di sebalik keselamatan hanya helah dan lelocon sahaja. Tindakan sedemikian tidak menguntungkan kerajaan sebaliknya menjadikan orang ramai marah dan makin tidak mempercayai kerajaan.

Masih belum dapat digambarkan apakah yang akan berlaku pada tengah hari lusa (28 April) apabila para peserta akan mula menyusuk masuk ke pusat bandar. Apakah mereka akan dikepong, dan ditangkap kemudian ditempatkan di satu kawasan seperti mana Bersih 2.0.  Sehingga ini tidak ada maklumat yang pihak polis dan DBKL menyediakan mana-mana kawasan untuk dijadikan kem tahanan Bersih.

Sementara dalam siasatan dengan bantuan pihak tertentu tidak dapat diketahui apakah plan atau strategi polis untuk menghalang Bersih kali ini. Sehingga ke saat ini belum ada apa-apa persiapan dari pihak polis seperti sebelum ini. Tetapi saya yakin mulai esok, sebaik langit cerah segala tektik dan juga strategi akan dibongkar dan semua orang akan tahu mengenai nasib Bersih kali ini.

Demi menjaga wibawanya pihak UBN akan akan menggunakan apa saja kekuatan untuk mengagalkan himpunan Bersih yang bajal menjadi penyuntik semangat kepada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya.

Dalam hal ini juga tidak diketahui apakah tektik dan muslihat pengajur kali ini. Strategi pihak pengajur juga tudak boleh dipandang rengan kerana mereka juga bergerak dengan penuh tektikal dan sistemetik.

Malam esok pasti media massa penjilat buntut akan riuh randah menyiarkan berbagai pengumuman kemungkinan juga pengumuman oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong agar himpunan Bersih dibatalkan? [wm.kl.12:11 t/malam 27/04/12]

No comments: