Nasib Mat Said Seperti Telor Di Hujung Tanduk
Antara Menteri Besar UBN yang kini terdesak dan nyawa politiknya bagaikan telor di hujung tanduk ialah Ahmad Said, MB Terengganu. Setiausaha Agung Pas Mustapa Ali dalam memberi anologi mengenai masa depan Ahmad Said, katanya nasib Ahmad Said ini kini bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan hayat.
"Nasib Ahmad Said hari ini tidak ubah seperti berada dalam ICU di mana dia hidup dengan bantuan mesin sepenuhnya. Kalau dicabut saja plug, habislah Ahmad Said," kata Mustapa Ali disambut dengan tepukan gemurah.
Keadaan itu katanya ialah kerana kegagalan Ahmad Said membawa apa-apa perubahan di Terengganu dalam tempoh tiga tahun menjadi MB Terengganu.
"Tidak ada apa yang dilakukan Ahmad Said, masalah bangunan runtuh, stadium runtuh sampai sekarang pun tidak dilakukan apa-apa. Kalau pun ada projek baru dibawahnya buat zero pelihara beruk bernilai RM30 juta," katanya lagi dihadapan lebih 6,000 orang pada ceramah anjuran PKR di Dungun Terengganu.
Ceramah itu juga dihadir sama Anwar Ibrahim dan Abdul Raman Yusuf ketua PKR Cabang Dungun.
Menurut Mustapa, beliau tidak mahu mengatakan Ahmad Said bodoh, tetapi dia kurang cerdik. Tidak ada perancangan untuk membangun Terengganu dibawahnya berbanding dengan Idris Jusoh. Idris Jusoh pula semua pembangunan untuk masuk poket kroni dan sendiri.
Dalam pada itu Mustapa yakin selepas pilihan raya akan datang Amad Said tidak lagi akan dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.
Sehubungan itu semalam ketika bersembang dengan seorang veteran Umno Kemaman beliau juga berpendapat sama dengan Mustapa. Menurutnya yang pernah menjadi Pengerusi Tetap Umno Kemaman, Ahmad Said tidak layak menajdi MB Terengganu kerana dia bukan berlatar belakangkan agama.
Beliau yang dipeganggil dengan Abang Mat berkata, seseorang yang hendak menjadi MB Terengganu mestilah yang ada pendidikan agama, tahu membaca hadith dan Quran kerana itulah hakikat dan sejarah negeri Terengganu.
Jadi sesiapa yang hendak berhajat menjadi MB Terengganu perlulah lengkapkan diri dengan pengetahuan agama kerana sesiapa tidak berpengetahuan agama akan gagal dan kecewa.
"Saya berharap kepada Datuk Najib kalau dia nak pilih MB Terengganu pilihlah dari kalangan merela yang ada pendidikan agama, jangan pakai ambil sembarang sahaja, nanti rosak Terengganu," katanya.
Beliau mengimbau kepada bekas MB Wan Mohktar Ahmad dulu, 25 tahun menjadi MB tanpa ada masalah. Kenapa, tanya beliau sebab Wan Mokhtar ada latar pendidikan agama yang ampuh dan orang sepertinya cocok untuk menjadi pemimpin Terengganu.
Menurutnya jangan lupa negeri Terengganu di zaman dulu diperintah oleh para ulama dan mereka yang terkenal hebat dengan ilmu agamanya seperti Tok Pulau Manis dan Tok Paluh. Asas negeri Terengganu sebagai negeri kuat pegangan agama yang diletakkan mereka jangan dikhianati.
Berbalik kepada soal Ahmad Said tadi, kalangan pemimpin bahagian Umno sedang melakukan sesuatu untuk memastikan Ahmad Said tidak dicalonkan dalam pilihan raya akan datang. Satu gerakan bawah tanah untuk tujuan itu kini berjalan di luar Terengganu.
"Kalau beliau masih mahu menjadi wakil rakyat, Mat Said boleh dipindahkan ke kerusi parlimen," kata satu sumber.
Kerusi yang paling sesuai ialah Kemaman untuk mengganti tempat Ahmad Shabery Chik yang dikatakan tidak menunjukkan prestasi memuaskan sebagai ahli Parlimen Kemaman.
Beliau juga dikatakan culas dan susah untuk ditemui rakyat kerana kurang pulang ke kawasan dan kalau pulang pun dia suka menginap di Awana Resort, di mana tempat itu sukar untuk dikunjungi rakyat, demikian komen orang kuat Umno Kemaman. [wm.kl.2:12pm 18/04/12]
No comments:
Post a Comment