Sunday, April 1, 2012

Rencana Khas

Pemimpin Umno Kelantan Perlu Belajar Dengan Tok Batin

Satu seminar mengenai masa depan tanah rezab Melayu telah diadakan Sabtu lepas di Convention Centre KTC Kota Bharu Kelantan. Seperti mana kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi, Dr Mohd Fadzli Hassan semasa merasmi pembukaan seminar itu, tujuan ia diadakan untuk menjawab dan memberi penjelasan tuduhan Umno dan beberapa pemimpinnya terhadap kerajaan Kelantan yang kononnya telah mengadai dan menjual tanah rezab Melayu kepada bukan Melayu.

Cerita karut ini disiarkan secara bersiri dalam akhbar penjilat buntut UBN beberapa hari lalu.Fitnah ini tampaknya menimbulkan kemarahan kepada pihak kerajaan kerana ia merupakan pembohongan mentah.

Tuduhan itu sesuatu yang ‘sikir’ telinga mendengarnya dan sesiapa pun akan merasa terkilan dan marah sekiranya apa dikatakan itu benar-benar satu realiti.

Selamanya isu tanah sensitif di Kelantan. Sebab tanah merupakah asset dan nyawa serta roh kepada mana-mana rakyat juga bukan saja rakyat Kelantan. Kerana itu pantang ada isu mengenai tanah; penjualan, pemilikan, pengambilan dan sebagainya ia akan diambil kesempatan oleh parti politik untuk dijadikan modal.

Isu mengenai tanah dan pengadaian balak ini berlaku di Kelantan sejak tahun 1959 lagi. Tetapi ia membawa keburukan (impak) besar kepada kerajaan Kelantan pada 1978. Umno menjaja Pas telah mengadaikan kawasan balak berpuluh ribu hektar di Hulu Kelantan kepada syarikat asing.

Walaupun kerajaan Pas cuba menafikan tetapi kerana isu diledak menyebabkan rakyat termakan dan akhirnya kerajaan Pas yang berusia 18 tahun tumbang.

Mengambil iktibar ke atas apa yang pernah berlaku itulah mungkin menjadikan kerajaan negeri menerusi Urusetia Kerajaan Negeri dibawah pengawalan Dr Mohd Fadzli Hassan terpanggil untuk mengadakan seminar berkenaan. Jawaban dan penjelasan terhadap isu-isu cukup sensitif begitu bukan boleh dibuat atas pentas ceramah politik. Ia perlu dibincang dalam dewan berhawa dingin secara ilmiah dan dengan akal yang teduh. Usaha Urusetia itu sepatutnya disambut sebaik mungkin.

Malangnya majlis ilmiah dan seperti itu kurang mendapat sambutan. Sikap yang tidak terliur kepada majlis ilmiah dan bersifat akademik sebegini seharusnya dikikis dari kepala rakyat Kelantan khusunya dari kalangan penggerak kerajaan dan juga merupakan mata telinga parti – lantikan politik.

Sepatutnya merekalah memenuhi dewan. Manakala anak muda pula yang rajin berkokok dan mengula isu-isu politik dalam blog dan Fb tampak ikut liat untuk datang ke majlis seumpama itu.

Tidak hairanlah kalau separuh dewan yang boleh memuatkan 1,500 dihadiri hanya kira-kira 100 orang sahaja. Wajah wakil rakyat juga tidak berapa ramai yang nampak. Yang pasti ialah Adun Limbongan Drs Zainuddin dan Adun Manik Urai Abe Uji. Kekurangan mereka mungkin disebabkan berlaku pertindihan program.

Untuk memberi penjelasan dan membincangkan isu tanah rezab Melayu, pengajur mengundang tiga orang ahli penal; bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi, Dr Nik Mohd Zain, Pengerusi Kewangan, Pembangunan dan Kebajikan Husam Musa dan Ketua Pembangkang Dun Kelantan Tuan Haji Mohamad Alwi bin Che Ahmad yang dilahirkan di Makkah al Mukaramah. Bagaimana pun Alwi tidak hadir kerana kesuntukan masa untuk merasmikan mesyuarat PIBG.

Ketidakhadiran Alwi itu menyebabkan beliau disifat sebagai penakut dan tidak bertanggungjawab. Seaptutnya beliau hadir untuk memberi penjelasan dan juga bukti ke atas tuduhan dilemparkan Awang Adek Hussein dan Mustapa Mohamad seperti mana dilaporksan akhbar usang PB.

Kalaupun beliau sibuk seharusnya beliau wakil kepada mana-mana pemimpin Umno Kelantan yang galak berkokok mengenai isu berkenaan. Dalam hal ini Annuar Musa juga boleh kerana beliau kini tidak banyak sibuk dengan kerja-kerja parti.

Barang kali benar kata pengerusi acara Cikgu Hassan ketidaksanggupan untuk Alwi datang ke seminar itu kerana gerun berdepan dengan rakyat. “Beliau juga mungkin tidak bercadang untuk menjadi MB Kelantan,” kata Cikgu Hasan berseloroh disambut takbir Allahuakar. Kerana kalau beliau ada hasrat hendak jadi MB beliau akan berdepan dengan sesiapa saja di mana juga.

Tanpa kehadirian Alwi dan wakilnya Umno boleh dianggap sudah tewas di petang hari lagi.

Manakala moderator seminar itu ialah Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Bandar Baru Tunjung, Che Abdullah yang juga merupakan bekas seorang pegawai kerajaan yang arif mengenai hal ehwal tanah. Banyak input dan pencerahan diberikan Abdullah mengenai status dan kedudukan tanah rezab Melayu Kelantan yang unik.

Begitu juga dengan Dr Nik Mohd Zain banyak memberi input dan pengetahuan berhubung dengan isu-isu pengambilan tanah dan juga akta-akta berkaitan. Dari penjelasannya pengambilan tanah atau pemilikan dan penjualan tanah bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya ia perlu menuruti akta yang sedia ada.

Kertas kerja bertajuk "Isu-Isu Pengambilan Tanah Rezab Melayu (TRM)" lelih lebih bersifat profesional dan akademik. Beberapa fakta atau perangkaan yang diberikan cukup berguna untuk semua pihak mengambil tahu dan tindakan ke atas isu-isu tanah di negara ini. Misalnya mengenai keluasan tanah rezam Melayu mengikut negeri dan juga keluasan tanah rezam yang tidak diganti semula.

Kedua-dua ahli penal bersetuju bahawa akta tanah Kelantan (TRM) jauh lebih baik dan terpelihara (kemah) berbanding dengan akta tanah di negeri-negeri lain. Akta tanah Kelantan juga jauh lebih awal digubal berbanding dengan akta tanah di negeri lain.

Akta tanah Kelantan digubal tahun 1930, diikuti Kedah 1931, Johor 1935, Terengganu 1941. Manakala kerajaan Persekutuan sendiri mengubal akta tanah pada tahun 1960. Sementara itu 85% daripada keluasan tanah di Kelantan 1.3 juta hektar adalah digezat sebagai rezab Melayu. Kedudukan ini menyebabkan Kelantan tidak perlu warta pengeluran tanah rezab digunakan untuk membolehkan ia diganti.

Pada pandangan Husam penggubalan enakmen tanah Kelantan menunjukkan kebijaksanaan para pentadbir tanah terdahulu dan juga sultan serta para ulama. Di mana katanya penggubal itu adil di mana semua rakyat Kelantan dapat memiliki tanah. Orang bukan Melayu diberikan tanah yang tidak digezatkan sebagai rezab Melayu. Di atas tanah ini bukan Melayu boleh memajukan tanah tersebut berdasarkan ia mendatangkan kehasilan kepada kerajaan Kelantan.


Akta tanah Kelantan ini seharusnya difahami betul-betul oleh mana-mana pihak yang ingin bercakap mengenainya kalau tidak menyebabkan mereka terperangkap dengan tektik sendiri untuk memburuk pihak lain. Kesan lain kalau ia tidak difahami menyebabkan timbul kekeliruan yang boleh memburukkan keadaan sebab soal tanah ini sangat sensitif.

Dikesempatan itu Husam yang lebih bercakap dalam naluri politik menjawab tuduhan Umno yang kerajan Kelantan mengadai tanah rezab kepada bukan Melayu. Hal ini dirujuk kepada apa disiarkan dan diungkitkan oleh akhbar penjilat buntut berhubung pemajuan tanah di Mengkebang di Kuala Krai.

Jelas Husam dalam enakmen tanah Kelantan ada beberapa mukim yang diletakkan sebagai kawasan bukan rezab Melayu. Antaranya ialah Galas, Pulai di Gua Musang, Mengkebang di Kuala Krai, Temangan di Machang dan seksyen 1 hingga 11 di Bandar Kota Bharu. Biasanya tanah atau kawasan penempatan orang Cina, Siam dan India telah digazetkan sebagai tanah bukan rezab Melayu.

Jadi tuduhan bahawa kerajaan Pas Kelantan gadai tanah rezab Melayu di Mengkebang ekoran penjualan projek Pelabuhan Darat milik Sajaran kepada sebuah syarikat milik bukan Melayu (Merpati Resources) tidak berbangkit sebenarnya kerana tanah itu termausk dalam bukan rezab Melayu.

“Awang Adek kena mengaji sikit soal enakmen tanah ini,” katanya. Bila mendengar kata Husam itu saya teringat kepada pandangan diberikan oleh penghulu Orang Asli yang menghuraikan bahawa di Kelantan tidak ada kawasan tanah adat. Menurutnya yang ada ialah tanah yang direzabkan oleh kerajaan kepada Orang Asli. Nampaknya mengenai anekman tanah Kelantan ini Orang Asli lebih arif dari Awang Adek Hussein dan Mustapa Mohamed.

Meskipun ada kawasan-kawasan tertentu diberikan kepada bukan Melayu tetapi sekiranya ia dimajukan 30% hartanah di situ hendak diperuntukan kepada orang Melayu. Menurut Husam contohnya hotel Ridel ia terletak di kawasan bukan rezam Melayu. Ini bermakna tidak semestinya kawan bukan rezam Melayu tidak boleh dimiliki oleh orang Melayu. Hotel Ridel itu adalah milik orang Melayu.

Manakala mana-mana kawasan atau tanah bukan rezab Melayu kalau ia diberikan kepada orang Melayu ia tidak akan boleh ditarik balik lagi.

Atas kedudukan dan keistimewaan anakmen tanah Kelantan itu menyebabkan kerajaan negeri menerusi Pengerusi Jawatankuasa Tanah Kelantan, Ahmad Yaacob telah mengarahkan tindakan undang-undang diambil kepada pihak yang menuduh kononnya kerajaan Kelantan telah menggadai rezab Melayu. Arahan itu wajar dan tepat kerana si pendusta patut diheret ke mahkamah untuk penganjaran.

Seminar berkenaan ternyata memberi pencerahan berhubung dengan anekmen tanah. Ia wajar diadakan secara lebih khusus dan melibatkan perserta lebih ramai lagi. Tetapi seperti dikatakan tadi sayang seribu kali sayang tidak ada wakil Umno dan juga wartawan akhbar penjilat buntut mengikut seminar berkenaan atau mendapat penjelasan langsung atau terus mendapat pencerahan dari pakar tanah terutamanya dari Dr Nik Mohd Zain bagi tidak tersalah lapor atau membuat laporan yang boleh diketawakan sang babi. [wm.kl.8:00 pm 01/04/12]

Post a Comment