Cerita Dari Anak Peneroka Tentang Saham FGVHB
Seorang anak peneroka berasal dari Johor kini menetap di
Papar Sabah menghantar email kepada saya untuk berkongsi cerita mengenai nasib
peneroka yang dikejutkan oleh pengumuman pemberian “durian runtuh” dan saham FGVHB oleh Najib
Razak kelmarin. Terima kasih kepada sdr MS, (saya rengkaskan namanya). Memang
apa diceritakan MS mengejutkan dan sedap untuk mendengarnya.
Kita yang bukan anak peneroka ini tidak akan mengetahui
kisah yang hendak dikongsikan oleh MS ini. Kita bernasib baik dengan adanya kisah ini. Ikutilah kisah yang hendak
dikisahkan itu semoga ia menginsafkan kita semua.
Apapun terima kasih kepada MS kerana berkongsi cerita
dengan kita semua dan mengirimkan cerita itu kepada saya – blog MT.
Assalamualaikum tuan MSO…
Sekadar berkongsi cerita…
Terlebih dahulu sebelum saya menulis, saya ingin
mengucapkan terima kasih atas kesudian tuan membaca email saya dan seterusnya
berkongsi sedikit pengalaman saya tentang FVGHB.
Saya merupakan anak sulung seorang peneroka Felda di
Segamat dan kini menetap di Papar, Sabah. Kebetulan saya juga menjaga bapa saya
yang uzur dan kini dia tinggal bersama saya di sini.
Pada 21/04/2012
lebih kurang jam 9.50 malam, saya menerima satu panggilan telefon dari seorang
staf felda tempat saya meminta salinan kad pengenalan bapa saya. Saya bertanya
kepada staf tersebut untuk tujuan
apa? Dan dia menyatakan bahawa bagi
tujuan FVGHB dan menerangkan sedikit bahawa pihak maybank telah bersetuju untuk
memberikan pinjaman kepada bapa saya untuk tujuan membeli saham tersebut.
Seterusnya staf tersebut juga menyatakan tawaran itu
dibuat hanya dua hari sahaja dan pembayaran dibuat melalui maybank. Saya
seterusnya mengajukan soalan adakah ianya perlu dibeli oleh bapa saya? Dan dia
menyatakan ianya adalah pilihan dan meminta keputusan malam itu juga.
Saya mengambil keputusan bahawa tidak akan membeli saham
tersebut selagi tidak mendapat penerangan yang terperinci.
Pada 30/04/2012, saya elah membuat panggilan telefon ke
pejabat felda tersebut dan meminta penerangan dari staf di pejabat tersebut.
Antara sedikit penerangan yang diberi ialah :
i.
Pinjaman bagi membeli saham tersebut melalui maybank
ii.
Tiada had pinjaman
iii.
Tidak perlu penjamin
iv.
Tidak perlu sebarang cagaran
v.
Hanya bayar jumlah
pinjaman sahaja tetapi dikenakan caj perkhidmatan 5% setahun oleh pihak
maybank
vi.
Pihak felda hanya menguruskan perkara yang berkaitan
dengan kebajikan peneroka sahaja.
vii.
Bagi risiko kerugian pula, pihak staf tersebut tidak
pasti siapa yang akan bertanggungjawab terhadapnya. (sama ada peneroka atau
felda)
viii.
Staf tersebut juga menyatakan mereka menasihatkan
peneroka menjual semula saham mereka dalam masa 6 bulan jika ada keuntungan
(saham naik)
ix.
Staf tersebut juga menyatakan bahawa mereka terpaksa
menyelesaikan arahan tersebut dalam tempoh masa yang singkat disebabkan ianya
arahan dari atasan felda.
x.
Terakhir sekali dia juga menyatakan bahawa dia juga
kurang memahami tentang FVGHB tersebut.
Persoalannya yang timbul di sini ialah :
i.
Mengapa pelaksanaan FVGHB dibuat secara tergesa-gesa
ii.
Sukar untuk dipercayai bahawa pihak bank memberi pinjaman
tanpa had kepada golongan peneroka seperti bapa saya yang berumur melebihi 65 tahun
iii.
Adakah logic pihak bank tidak memerlukan cagaran atau
penjamin bagi pinjaman membeli saham.
iv.
Pihak staf juga kurang memahami tentang FVGHB dan
bagaimana mereka menerangkannya kepada peneroka
v.
Yang penting ialah siapakah yang akan menanggung risiko
kerugian jika saham jatuh dan hendak bayar bank menggunakan apa?
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada tuan
dan besarlah harapan saya agar pihak
tuan akan dapat menyiasat dan membongkar kebejatan dan kebobrokan yang terdapat dalam pihak pengurusan utama
felda khususnya dan UBN umumnya. Saya rasa masih ramai lagi anak-anak peneroka
yang sedar tentang perkara ini tetapi segan atau tidak tahu di mana hendak
menyuarakannya.
Sekian terima kasih.
Anak peneroka
Papar, Sabah.
[wm.kl.11:15 pm 09/05/12]
No comments:
Post a Comment