Wednesday, May 9, 2012

Balesungkawa

Bekas MP Pasir Puteh Kembali Ke Rahmatullah

Saya baru menerima pemakluman khabar dukacita bekas Ahli Parlimen dan Adun Gaal Pasir Puteh Ustaz Alwi Jusoh telah kembali ke rahmatullah jam 1:55 pagi tadi dalam usia 63 tahun. Allahyarhman memenangi kerusi Pasir Puteh pada tahun 1990-1999 dan Adun Gaal pada 1999 -2005.

Di kerusi Dun Gaal Allahyarham mengalahkan calon BN, Muhammad Ismail dan seorang calon bebas dalam pertandingan tiga penjuru. Allahyarhman mendapat 5,168 manakala Ismail mendapat 1,324. Tahun 1999 beliau bertanding di kerusi Parlimen menang dengan menewaskan dua calon lain, BN dan Bebas. Beliau mendapat 25,3737 dengan majoriti 8,414.

Beliau juga merupakan bekas Yang Dipertua Pas Kawasan Puteh dari tahun 1995 hingga 2005. Seorang yang lemah lembut dan senang untuk dikawani. Sebelum menjadi calon Pas, Allahyarham berkhidmat di Jabatan Kemajuan Islam (Jakim). Beliau tidak begitu obsis dalam politik tetapi dipilih kerana keilmuannya dan juga pengalaman berkhidmat di jabatan kerajaan.

Beberapa hari lalu saya terbaca berita yang beliau sedang sakit dan melihat gambarnya terbaring di katil yang dipostkan seorang rakan Fb saya. Allahyarham diserang strok sejak tiga tahun lalu dan keadaan uzur apabila terjatuh 10 hari lepas.

Banyak jasa dan kenangan yang beliau tinggal dalam perjuangan Pas di Pasir Puteh. Di waktu beliau memimpin Pas Pasir Puteh, selama 10 tahun keadaan Pas kawasan itu tenang. Kejayaan dan jasa besar beliau kepada pembangunan Pas Pasir Puteh ialah terbinanya bangunan Pas terletak ditengah bandar Pasir Puteh.

Allahyarham meninggalkan 10 orang anak dan seorang isteri Meriam bt Junoh.

Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan jam 10:00 pagi di masjid Abrar Banggol Kerian Pasir Puteh dan akan dikebumikan di kuburan berdekatan masjid itu bersebelah dengan rumahnya.Al Fatihah. [wm.kl.8:05 am 09/05/12]

Post a Comment