Saturday, May 12, 2012

Reaksi Isu

Kerajaan Kelantan Perlu Tambah Bantuan Untuk Pondok

Saya terterik dan mengucapkan terima kasih di atas sikap pihak pengurusan pondok Berangan Tumpat Kelantan yang menolak bantuan RM500,000 seperti mana diumumkan Timbalan Perdana Menteri Muhyuddin Mohd Yassin semasa kunjungan beliau ke Tumpat baru-baru ini. Pondok Berangan ditawar RM100,000 dari peruntukan itu.

Pondok Berangan
Pengurus pondok Berangan Mohamad Ali penolakan bantuan itu kerana pemberiannya bermotif politik untuk mendapat sokongan menjelang pilihan raya. Katanya juga sejak pondok itu ditubuh 70 tahun lalu ianya tidak pernah menerima apa-apa bantuan dari kerajaan (Umno), demikian sumber media dipetik.

Justeru katanya budi baik Udin anak Yassin itu mempunyai udang di sebalik batu. Manakala Ahli Parlimen Tumpat Kamaruddin Jaafar menghormati pendirian pengurusan pondok Berangan itu.

Sudah pasti penolakan itu memberi pukulan dan memalukan TPM dam sekaligus menunjukkan pondok ada maruah dan mempunyai prsinp yang jelas bahawa mereka (pondok) tidak dapat dibeli seperti orang membeli etak. Udin anak Yassin telah tersilap mengira apabila menawarkan bantuan itu semua orang pondok sedia menerima wang "haram" dari kerajaan pusat tersebut.

Kita tahu pondok adalah pengajian menggunakan sepenuhnya sistem pendidikan atau tarbiyah yang berpandukan kepada Quran dan Hadith dan tarbiyahnya mengambil berat soal-soal hukum hakam agama dan soal halal dan haram.

Mengulas lanjut penolakan bantuan itu Kamaruddin yang juga bakal diturunkan Pas sekali lagi di kerusi Parlimen Tumpat berkata sebagai sebuah pondok bermaruah dan ada moral mereka tidak akan menerima mana-mana bantuan kecuali pondok yang tidak ada sokongan dari rakyat saja pelahap wang dan sanggup menjadi "calo" kepada Umno.

Pengajian pondok di Kelantan merupakan benteng utama kepada kekuatan dan kelestarian kerajaan Pas Kelantan.

Dalam hal ini suka saya mencadangkan kepada kerajaan Kelantan agar menarik perhatian untuk memberi bantuan kepada pondok di Kelantan. Kalau bantuan sudah diberikan jumlahnya perlu dipertingkatkan. Jangan hendaknya tahu menggunakan pondok sebagai benteng tetapi bantuan memperkasakan dan menghebatkan prasarana mereka diabaikan.

Kalau kerajaan boleh memberi peruntukan kepada lain-lain institusi atau kegunaan aktiviti lain seperti belanja pertandingan Tomoi sebanyak RM75,000 kepada sebuah kawasan Pas, kenapa tidak ditambahkan peruntukan untuk pengajian pondok. Benar penolakan itu memalukan Udin anak Yassin tetapi 'kertergamakan' beliau cuba mempengaruhi pondok itu dengan wang jelas menunjukkan bantuan kewangan untuk pondok di Kelantan tidak berbaloi dengan sumbangan diberikan. [wm.kl.8:09 pm 12/05/12]

4 comments:

Maaf Sebut said...

menurut apa yg saya bace kat sinar harian, mereka tolak utk terima bantuan dari TPM kerana sejak dari zaman pengasasnya lagi yang menolak untuk menerima bantuan. Jadi, atas dasar menghormati pegangan pengasasnya, mereka menolak dengan baik sumbangan yang diberikan TPM

abejanggut said...

saya sangat2 setuju dgn kata2 Tuan MSO,"jangan hendaknya tahu menggunakan pondok sebagai benteng tetapi bantuan memperkasakan dan menghebatkan prasarana mereka diabaikan". harap2 kata2 MSO ni menjadi renungan sekalian pimpinan kerajaan Kelantan..

66929815 said...

Assalam...
Tuan MSO..

saya setuju dgn saranan tuan... PAS sepatutnya giatkan usaha2 membantu & mengembangkan pondok2serta mengutamakan program2 dakwah islam

ni tidak .. buat perlawanan bola x pula didakwahkan pemain2 bola ... beri hadiah kpd pemain2 bola kebangsaan .. ada lagi org miskin yg lebih layak seharusnya diutamakan ...

kadang2 kita harus muhasabah diri kenapa Allah x beri kemenangan pd PAS setelah sekian lama...

UMNO tolak ketepilah sebab dah terang Pengkianat Agama ..
PAS usahlah jadi spt UMNO dan jgnlah sombong

Tuan MSO..teruskan usaha murni menulis kebenaran walaupun ia pahit ...

Madie said...

prinsip!!! tolak tetap tolak. bukan mcm Umno yg kelabu mata bila duit jadi umpanan.. dan kerajaan negeri jugak harus membela dan memberi bantuan semampu nya demi mengekalkan daulah Islam terpelihara di negeri itu..