Parlimen Tidak Dibubar Kerana UBN Belum Selamat
Sejak semalam hingga ke malam tadi ramai yang gelisah kerana menanti berita perdana menteri mengadap Agong. Teka-teki itu menyebabkan ada yang tidak lena tidur, dan bakal calon pula menghitung-hitung apakah wang untuk digunakan bertanding dalam pilihan raya cukup atau tidak. Lengah butir-butir atau otak kalkulator mengira wang para ahli politik.
Sejak semalam lagi ramai yang menanti berita yang kesekian lama ditunggu itu. Ia menjadi memuncak apabila Najib yang teruja dengan orang ramai yang datang ke majlis hari ulang tahun Umno ke- 66 di Bukit Jalil bergurau dan menyebut "rasa-rasanya esok nak mengadap Agong" apabila melihat lebh 65,000 hadir.
Orang ramai yang sudah terlalu 'kangen' dengan pilihan raya mengambil kira gurauan Najib itu sebagai serius.
Walaupun kedatangan itu kurang separuh dari sepatutnya, tetapi Najib sudah merasa gemuruh kerana dia tidak pernah melihat orang seramai itu dalam himpunan yang mana dia menjadi hos. Angka-angka yang dilaporkan sebelum ini adalah angka palsu dan tokok tambah untuk menyedapkan hati.
Mungkin kerana seronok dan merasakan Najib dan BN sudah kembali mendapat sokongan rakyat maka beliau memberi gambaran untuk membubar dewan kerana mengambil kira sokongan itu. Kerana itulah orang ramai menanti dari petang membawa ke pagi sehinggalah ke hari ini. Ternyata Najib tidak pun mengadap Agong sebaliknya dia sudah terbang ke London malam tadi.
Katanya Najib membawa beberapa orang kuat dalam rombongan itu. Yang pasti ada sama ialah Pengerusi Felda yang menjadi kontroversi, Mohd Isa Samad. Pemergian Isa bersama Najib mungkin ada kena mengena dengan cadangan penyenaraian Felda Global Venture Holdings Berhad dalam masa terdekat ini. Isa kena pastikan penyenaraian FGVHB berjalan lancar dan apabila disenaraikan sahamnya naik melebihi 500%, kalau tidak naas nanti.
Mulai lewat malam tadi habislah angan-anagn orang ramai untuk mendengar berita Najib menghadap Agong. Ini bermakna tanpa adanya PM mengadap Agong bermakna parlimen tidak akan dibubarkan lagi.
Saya sendiri sudah mengira walaupun Najib memberi gambaran dewan akan dibubarkan dalam sebulan dua ini, tetapi bukan untuk bulan Mei ini. Mei adalah bulan-bulan akhir sebelum Najib bubarkan parlimen. Jadi dia harus kena pasti sebelum bubar parlimen UBN dalam keadaan selamat.
Formula biasa digunakan Mahathir semasa beliau menjadi dewa menentu tarikh pilihan raya, dia tidak akan mengadakan pilihan raya selagi UBN tidak mendapat 2/3 kerusi, iaini kira-kira 148 kerusi. Setelah memastikan UBN telah selamat dengan kerusi sejumlah itu barulah Mahathir mengadap Agong memohon perkenan dan menasihatkan Agong membubar parlimen.
Apabila Najib tidak mengadap Agong ini bermakna Najib belum yakin kedudukan UBN sudah selamat. Najib kena pastikan UBN sudah mendapat 148 kerusi barulah parlimen sesuai dibubarkan. Dari berbagai sumber menyebut kedudukan kerusi selamat bagi UBN ketika ini hanya 90 kerusi di mana kurang separuh dari itu untuk meletakkan UBN dalam keadaan selesa memiliki 150 kerusi.
Sementara pihak pembangkang pula kini dikatakan mempunyai 55 kerusi selamat, di mana lebih separuh dari kerusi yang dimiliki UBN. Tetapi petunjuk itu tidak boleh diambil dikira oleh UBN kerana yang penting UBN dapat mengesahkan 148 kerusi selamat telah dalam tanggan mereka.
Justeru saya mengira Najib perlu berusaha keras lagi untuk mencapai kedudukan itu. Beliau juga tidak perlu kejar masa kerana masih ada setahun lagi. Tetapi kalau Najib dan pakar-pakar strategis dan pilihan raya UBN mengira lagi lama Najib menunggu keadaanya lagi parah, ada kemungkinan dalam situasi tidak kondusif begini pun Najib akan meminta Agong bubar dewan.
Kata orang daripada kalah lebih besar baik menang walaupun tidak mendapat majoriti dua pertiga. [wm.kl.3:00 pm 14/05/12]
No comments:
Post a Comment