Majlis pertemuan anak-anak Pasir Mas di rantauan dengan para pemimpin parti peringkat Pasir Mas dan negeri yang berlangsung di Seksyen 7, Shah Alam petang tadi paling hambar dan tidak berjaya berbanding dengan siri-siri pertemuan seumpama itu sebelum ini.
Semasa saya sampai sekitar jam 3:30 petang, di mana majlis sudah dijadualkan bermula tidak sampai 100 orang yang berada di situ. Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob dan pimpinan Pas Pasir Mas sudah pun tiba dan terpaksa menunggu ketibaan orang ramai. Melihat kepada baju (uniform) sebahagian yang ada ketika itu saya percaya mereka adalah petugas parti yang datang khas dari Pasir Mas.
Ahmad Yaacob (dua dari kiri) bersama pimpinan Pas Pasir Mas. |
Apakah kelemban majlis itu disebabkan anak-anak Pasir Mas yang berada di Lembah Kelang masih keletihan kerana menonton perlawanan akhir piala FA yang mana dimenangi Kelantan malam tadi?
Majlis lambat bermula kerana kehadiran yang miskin. |
Abdul Hamid (tengah) bergambar bersama Rozi dan Hanifa. |
Seperkara lagi dalam perhatian saya jemputan untuk memeriahkan majlis itu tidak menyeluruh. Semacam ada sebotaj. Paling ketara tidak ada jemputan untuk ahli-ahli PKR yang berasal dari Pasir Mas. Khabarnya ketua cabang PKR Pasir Mas, Dr Wan Suhaimi Wan Daud juga tidak diberi tahu. Ini tidak sepatutnya terjadi sekiranya majlis itu untuk merapatkan silaturahim, Pas Pasir Mas tidak wajar bersikap pesimis kepada sesiapa pun.
Apa salahnya kalau majlis bertujuan memupukkan semangat kekitaan bagi persediaan menghadapi pilihan raya umum itu ikut sama mengundang ahli-ahli PKR? Rasa tidak berdosa. Apa yang dilakukan oleh Pas Kawasan Tumpat semasa mengadakan majlis sama turut menjemput ahli-ahli PKR wajar dicontohi.
Saya anggap ini kejanggalan ini tidak disengajakan dan mungkin satu kealpaan. Mungkin dalam majlis-majlis lain dianjurkan Pas ia tidak akan meninggalkan PKR. Pas Pasir Mas terutamanya Yang Dipertuanya Hanifa Ahmad jangan merasakan PKR Pasir Mas hanya melukut di hujung gantang. Perlu diingati mesikpun ia melukut yang tidak mengurang dan mengenapkan gantang, namun kehadirannya di hujung badang akan menambahkan kesenian dalam menapi beras untuk ditanak.
Semua pimpinan Pas Pasir Mas turut hadir termasuk Abdul Halim Abdul Rahman (Adun Chetok), Penyelia Dun Tendong Rozi Mohamad, bekas penyelia Dun Tendong Abdul Hamid Aziz, Ketua Penerangan Zuhairin dan lain-lain. [wm.kl.8:32 am 21/05/12]
No comments:
Post a Comment