Rahim Nor Mungkin Cadang
Tangkap Anwar Ibrahim
[kemaskini] Provokasi berterusan dan konotasi buruk oleh bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor terhadap Bersih memberi petanda-petanda awal beliau akan bertindak lebih jauh dari panel penyiasat Bersih. Cara beliau mengomen dan memberi pandangan berhubung himpunan Bersih dilihat sebagai 'penyambungan' tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara.
Rahim Mohd Nor |
Ekoran pendedahan suruhanjaya di raja yang menyiasat mengenai insiden mata lebam dialami Anwar terdedah di pelakunya buruk dan sadis Rahim. Pendedahan itu sungguh memalukan Rahim dan maruahnya sebagai KPN terjejas. Pasukan polis di raja Malaysia juga tercermar.
Penangkapan Anwar waktu itu ada hubung kait dengan konspirasi untuk meleburkan kerjaya politik Anwar. Tindakan Rahim menangkap kemudian menumbuk mata Anwar semasa dalam tahanan polis dengan kedua belah tangannya digari tidak menyelesaikan masalah, perkiraan Rahim bahawa dengan tumbukan itu Anwar akan 'mati' tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya Anwar menjadi lebih segar dengan tumbukan Rahim itu. Tumbukan itu menyuntik semangat dan nekad waja kepada Anwar. Tumbukan itu juga menyebabkan keadaan Umno huhuhara dan akhirnya kehilangan majoriti 2/3 di Parlimen.
Rahim perlu bertanggungjawab dan perlu menebusnya. Satu-satu cara untuk menebus dosanya kepada Umno ialah mengekangkan kemaraan Anwar yang semakin gila disambut rakyat hari ini.
Apabila Rahim melakukan kekejaman ke atas Anwar dengan harapan Anwar akan kojol dalam politik, tetapi jadi sebalilknya, Rahim harus merasa malu. Beliau sepatutnya meletak jawatan lebih awal demi menjaga maruah dan reputasi polis. Tidak boleh dinafikan perosak maruah dan imej polis negara ini ialah Rahim.
Kini tugasnya disambung dengan membuat kenyataan-kenyataan palsu bersifat perkauman dan jahat mengenai Bersih 3.0. Rahim berharap dengan kenyataan dan maklumat kononnya sulit diperolehi itu akan mempengaruhi panel penyiasat Bersih diketui seorang lagi bekas KPN Hanif Omar. Hanif boleh membuat rumusan dan dapatan-dapatan mengenai Bersih. Beliau juga boleh mencadangkan apa-apa tindakan wajar dan tidak masuk akal. Tektik dan strategi jahat polis yang selalu digunakan untuk menangkap orang tanpa bukti boleh digunapakai, dan Hishmauddin Hussein akan merestuinya asalkan ia boleh menyelamatkan Umno.
Sudah dapat dibayangkan apakah tindakan diingini. Dia sudah pun mula membuat provokasi dan andaian-andaian yang busuk yang membolehkan beliau membuat kesimpulan khianat untuk mempengaruhi siasatan. Percayalah usaha Umno untuk menawan hati rakyat dan transformasi dilakukan Najib akan hancur apabila pendekatan dan tindakan mengekang pembangkang dilakukan mengikut cara dan otak lapok polis cara Rahim.
Tidak dapat dipastikan apakah kerajaan telah berbincang dengan KPN Ismail Omar sebelum melantik Hanif Omar? Rasanya tidak? Sewajarnya kalau pihak kerajaan terlebih dahului bertanya Ismail untuk mengelakkan timbul implikasi lain kerana umum tahu mengenai latar belakang Hanif dan juga hubungkait dengan bekas pemimpin sebelum ini
Cadangan atau pun tuduhan mengatakan Bersih ada rancangan untuk melakukan pertumpahan darah adalah bahaya dan ia merupakan tuduhan lebih dahsyat dari hasutan. Kata Rahim dia ada maklumat perkara itu digerakkan oleh individu yang ada rekod buruk. Siapa dia? Tektik Rahim membuat provokasi itu untuk menarik perhatian panel penyiasat.
Kenapa Rahim berkata begitu? Dalam hal ini Rahim merendahkan minda politik pembangkang dan memberi konotasi pembangkang sebagai jahat dan tidak tamadun serta sedia melakukan keganasan untuk mendapatkan kuasa. Rahim lupa beberapa keganasan yang meletus di tempat-tempat ceramah hari ini adalah perbuatan siapa? Kalau Rahim ikhlas beliau harus siasat segala kejadian itu dulu sebelum membelokkan jarinya ke arah lain.
Saya tidak terkejut selepas selesai siasatan ke atas Bersih, panel itu khususnya ketunya Hanif akan mencadangkan kepada kerajaan agar menahan dan menangkap individu tertentu termasuk pemimpin Bersih dan pembangkang. Undang-undang pencegahan khas yang baru diluluskan bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) boleh diguna pakai dan ditry. Apabila dua orang bekas KPN bergabung tenaga ia boleh mengelirukan orang ramai dengan menganggap dakwaan mereka benar kerana mereka adalah bekas KPN.
Lama sebelum ini bila bercakap fasal bila pilihan raya akan diadakan, saya meramalkan parlimen dibubarkan apabila Anwar ditolak masuk ke penjara. Apakah dengan campur tangan Rahim dalam usaha menyelamat kapal UBN yang hampir karam ini menyebabkan Anwar akan ditangkap? [wm.kl.10:49 am 21/05/12]
1 comment:
Tuan MSO,
Beginilah sikap pelik bila seseorang itu hendak mati tuan. Macam2 kerja gila sanggup mereka lakukan.
Post a Comment