Penghakisan integriti terhadap PKR disebabkan kurang berhati-hati dalam pemilihan calon atau tangkap muat dalam pilihan raya dulu menjadikan parti berlambangkan mata itu berwaspasa kali ini. Tampaknya pihak pimpinan PKR telah memberi perhatian serius dan mengambil berat dalam soal calon ini.
Zameram disebut akan jadi calon PKR di Kemaman. |
Tindakan ini pasti mendapat sokongan semua pihak. Pengundi yang telah serit dengan tindakan wakil rakyat yang tidak setia kepada parti dan memburu isi perut mengalu-alukan langkah ini. Kali ini tidak ada sebab lagi untuk para pengundi meragui atau bimbang untuk memilih calon dari Pakatan Rakyat khasnya PKR.
Misalnya untuk kerusi Kemaman di Terengganu khabarnya PKR telah memilih seorang pengurus kewangan yang berkelulusan peringkat antarabangsa untuk diletakkan di sini. Orang dimaksudkan ialah Zameram Jusoh, 48 yang juga seorang aktivis dan gerakan Islam yang mampan.
Waktu ini beliau menjawat jawatan sebagai pengurus di sebuah institiusi kewangan berorentasikan Islam di Kemaman dan mempunyai perwatakan dan keperibadian yang menarik. Selain itu juga beliau banyak terlibat dalam pembangunan pendidikan Islam dan kemasyarakatan yang lain. Saya yakin pemilihan beliau ini bertepatan dengan aspirasi PKR mementingkan kualiti kepimpinan.
Sekaligus dengan disebut-sebutnya nama Zameram ini ura-ura untuk Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli untuk diturunkan di kerusi parlimen Kemaman bagi berdepan dengan Shahbery Chik mungkin tidak menjadi kenyataan. [wm.kl.8:30 pm 28/05/12]
No comments:
Post a Comment