Monday, May 28, 2012

Renungan Perjalanan

Bendera Pakatan Rakyat Kurang Di Selangor?

 Perjalanan jauh ketempat kenduri seorang rakan di Kapar Selangor dan kemudian mengambil jalan jauh juga untuk pulang ke rumah petang semalam tidak mengsia-siakan kerana ada sesuatu yang memberi idea untuk saya mencatat dan masukkan ke dalam blog.

Kebetulan saya tidak begitu mahu peduli kepada himpunan jutaan belia yang disedang berlangsung di Persit 4 Putrajaya yang berakhir malam ini. Malas saya untuk mengulasnya. Rasa 'lembal' pula untuk menangkis dakwaan tv dan radio yang mengatakan himpunan belia itu mencatat sejarah sebagai himpunan terbesar di dunia.

Salah satu perang bendera di Kelantan.
Menurut hitungan tentu (menerusi fotografik mungkin) himpunan itu mencecah 2 juta manusia.
Tidak menghariankan kalau rekod itu dicapai kerana kerajaan memunggah siang malam para belia untuk berhimpun di Putrajaya. Usia belia pula bukan saja dari 12 hingga 30 tahun, tetapi yang dua bulan empat bulan juga dikira dan dihitung sama. Kalau ramai pun memang patut.


Tiada negara lain di dunia berbuat begitu kecuali Malaysia yang diperintah oleh UBN yang desperate kini. Kerajaan UBN akan melakukan apa saja untuk mencari angka-angka besar bagi menimbus angka undinya yang makin menirus.

 Kita biarkan sahaja UBN bermain dengan angka-angka. Hanya angka-angka saja yang mereka boleh jual dan memilikinya. UBN selamat berangka dan rasanya Najib Razak akan tenggelam dalam timbunan angka-angka manusia dan angka-angka projek dan wang.

Apa yang hendak saya ceritakan di sini dan menjadi bahan penulis, ialah mengenai kesuramam bendera Pakatan Rakyat di beberapa buah daerah dan mukim-mukim di Kapar, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Tanjung Karang hingga ke Gombak. Sepanjang perjalanan melalui jalan-jalan khususnya di mukim itu menyedihkan. Rasa lemah semangat.

Ternyata bendera dacing membirui seluruh alam di situ. Hanya sesekali sekali dan ditempat tertentu saja ia dipancari dengan bendera mata dan juga bendera bulan. Keadaan ini menjadikan daerah-daerah itu seperti dalam kesuraman dan kegelapan! Di mana-mana dapat dilihat bulan dan mata terkapai-kapai dalam kepungan dacing.

Di sini UBN jadi lebih bersemangat dari Pakatan Rakyat dari segi bendera. Iya amat terasa dan menekan jiwa apa lagi bila saya baru saja balik dari Kelantan. Di sana keadaan sudah seperti berpilihan raya. Sepanjang jalan, lorong bendera bulan dan UBN saling julang menjulang ke langit. Hampir semua kawasan kecuali di beberapa mukim di Machang, tempat-tempat strategik semuanya diratahi oleh bendera bulan.

Saiz bendera bulan bukan kecil dan pemasangannya bersistem metik. Kali ini bendera bulan bukan saja dipasang dengan buloh atau kayu tetapi sudah ada tinag-tiang besi yang dikonkrit khas di tepi jalan. Melihat kepada tiang itu munasabah sekali kalau Pas memerintah Kelantan. Khabarnya kos untuk membangun sebatang tiang menelan belanja RM1,000. Dari mana Pas dapat wang? Saya tidak sempat membilang berapa tetapi saya yakin untuk satu kawasan tidak kurang lima hingga 10 tiang bendera besi dipsanag.

Jadi kerana bayangan kehebatan bendera di Kelantan masih tenggelam dalam mata, apabila melihat suasana dan Kuala Selangor, Sabak Bernam, Kapar, dan lain-lain tempat itu nampak sangat ianya kontras dengan apa yang ada di Kelantan atau Terengganu. Bahawa kehebatan Pakatan Rakyat di luar Kelantan tidak sehebatnya di negeri itu.

Ada seorang pengomen di dalam Fb saya secara sinis mengatakan orang tidak pilih tiang bendera... maksudnya menang kalah tidak dapat diukur kepada banyak dan sedikit tiang bendera. Saya setuju ... itu bukan realitinya. Tetapi dari gambaran awal dapat diketahui parti mana lebih bersemangat dan nampak bersiap sedia. Dalam politik walaupun tidak 100 % tetapi ia hampir tepat, bagaimana bayang begitulah objeknya.

Yang menjadikan saya sedikit hairan mengenai hal ini khabarnya Pakatan Rakyat Selangor memperuntukan wang besar untuk publisi dan juga logistik pilihan raya. Dengan apa yang saya lihat di beberapa trmpat itu ia tidak menujukkan ada peruntukan besar dalam hal ini. Ataupun PR masih menunggu tarikh dan ketika sebenar untuk menaikkan bendera mereka dan melancarkan perang saraf besar-besar terhadap UBN.

Dalam tilikkan saya kalau keadaan di beberapa buah tempat itu, (saya yakin juga di kawasan di mana Melayu dominan di Selangor) tidak berubah dalam tempoh beberapa minggu ini, besar kemungkinan Pakatan Rakyat sukar untuk mempertahankan kerusi-kerusi yang dimenangi sebelum ini. Kerana bagi saya banyak atau sedikit bendera memberi gambar banyak dan sedikit penyokong parti-parti berkenaan.

Justeru Pakatan Rakyat harus bangkit segera untuk menyerang balas - perang bendera di kawasan berkenaan. Pas dan PKR khasnya harus sepadu di dalam hal ini. Jangan terlewat. Kalau orang seperti saya boleh merasa lemah seendi lutut melihat bendera dacing apa lagi lah wak-wak warga emas yang sudah sebati dengan warna biru tua itu.

Biarlah kita dianggap membazir kerana bendera, tetapi tidak menjadi kesalahan kalau pembaziran bagi mempertahankan kerusi. [wm.kl.10:28 am 28/05/12]

No comments: