Laporan Polis CheGuBard
Kronologi Beliau Dibelasah Polis
Kronologi Beliau Dibelasah Polis
Semalam saya menerima email dari che'GuBard mengenai laporan polis yang dibuat pada 28 April. Dalam laporan itu beliau menyebut kronologi beliau dibelasah ramai-ramai oleh polis. Saya tidak mahu mengulas dan memberi pandangan mengenainya. Di bawah ini saya perturunkan keseluruhanya isi email/laporan berkenaan, baca dan nilailah sendiri.
CheGuBadr dalam bulan cerah di pentas utama. |
Saya turut dipukul dengan objek tumpul. Dalam keadaan lemah saya dibawa berjalan kaki dari kawasan Masjid India ke Dataran Merdeka berjalan kaki. Melalui Jalan Tunku Abdul Rahman. Sepanjang perjalanan ramai lagi anggota polis berlari datang memukul saya. Sampai di Dataran Merdeka anggota polis yang membawa saya terus menjerit “Woi, ni ha chegubard orang kuat Anwar bontot !”
Serentak dengan
itu saya terus dikerumun berpuluh – puluh anggota polis (semuanya
berunifrom) memukul dengan perbagai gaya saya muntah, darah keluar dari
telinga, luka di kepala, hidung dan mulut. Saya jatuh terus dipijak dan
disepak. Saya diangkat, saya merayu meminta belas kasihan, namun ketika
itu seorang anggota polis terus melompat dan menendang dada saya. Saya
rebah ketika itu ada yang menjerit rampas telefon dia. Saya cuba
rebahkan badan mengiring ke kiri kerana telefon bimbit saya di poket
kiri. Ada polis seluk poket kanan saya dan mengeluarkan sesuatu dan
menunjukkan kepada kawanya sambil bersorak. Di mana saya sedar
kemudianya wang tunai kira – kira lebih RM 200 di poket kanan telah
hilang.
Anggota polis
ada yang menghina dengan perkataan lucah (seperti mak kau ni pelacur),
maki hamun bersifat permusuhan kaum dan agama (seperti kau ni hamba
keling, kau pun pergilah sembah patung macam keling). Malah saya turut
di ugut bunuh dengan menyatakan kalau berani buatlah report panggil
media, jangan harap kami akan kena tindakan tetapi kau yang akan kena
pijak sampai mampus. Saya juga diludah.
Ada juga anggota polis yang sebut “kau bunuh polis ya…kalau aku bunuh kau tak siapa tahu tau”
Sampai
di hujung padang dataran Merdeka saya dimasukkan ke dalam trak bersama
kawan saya dan dalam trak ada 13 orang lagi. Trak tertutup dengan ruang
udara amat terhad amat panas, dalam keadaan berhimpit, kesakitan dan
luka kami dibiarkan. 30 minit terbiar di Dataran sebelum trak berjalan,
hampir sejam perjalanan dan 30 minit terus dibiar bila tiba di destinasi
(Pulapol).
Di Pulapol saya
mohon untuk membuat laporan polis tetapi anggota polis cuma suruh saya
tunggu. Saya tolak untuk dapat rawatan dalam tahanan. Tidak ada sebarang
kenyataan diambil saya hanya diminta serahkan MyKad dan gambar saya
dirakamkan. Hanya dibebaskan sekitar 2.30 pagi dipaksa menaiki bas dan
turun dipintu belakang Pulapol. Saya terus dikejarkan oleh teman – teman
yang menanti diluar untuk mendapatkan rawatan di HUKM.
Saya mohon satu
siasatan dan tindakan wajar diambil. Jelas sejak dari awal perhimpunan
sebelum apa – apa berlaku polis sudah tidak memakai tanda nama ?
Maknanya mereka sudah merancang untuk mengganas dari awal ? Adakah semua
ini dirancang oleh pihak atasan ?
Saya tegaskan
walaupun dipukul dan dihina teruk saya tidak menyalahkan anggota polis.
Polis juga mangsa seperti rakyat lain. Polis telah diperbodohkan oleh
Umno dan barisan nasional. Pertama sekali jika Dataran Merdeka dibuka
semua akan berlansung aman. Polis telah dipergunakan oleh Najib yang
penuh ketakutan dengan baying – baying sendiri kerana pilihanraya
terlalu hamper tetapi dia sedar kebencian rakyat terhadapnya pula tidak
berkurangan. Keduanya kalau ada pun kesalahan, ada beberapa peserta
demonstrasi tolak halangan polis kerana termakan provokasi tetapi kami
tetap tidak langgar perintah mahkamah iaitu kami tidak memijak padang
Dataran Merdeka. Namun tolakan terhadap halangan polis itu yang kemudian
jelas semua berundur tidak sama sekali menghalalkan rakyat dipukul,
cubaan polis menggunakan kenderaan melanggar demonstran di kawasan yang
ternyata jauh dari kawasan perintah mahkamah.
Kononya polis
bertindak kerana khabar angin ada anggota polis mati. Khabar angin ini
dibawa oleh agen – agen Bn sendiri. Polis sendiri bertindak kerana
tertipu dengan agen Bn, polis dimangsakan. Umno Bn menipu dan
‘brainwash’ polis untuk menukar mereka supaya menjadi alat regim yang
hilang pertimbangan. Polis perlu sedar hakikat ini, kalau bersalahpun
saya tujukan kepada anggota atasan polis yang sedar dan bersekongkol
dengan pemimpin regim memperkudakan anggota bawahan dilapangan. Najib
Razak dan sepupunya Hishamuddin perlu mengambil tanggungjawab penuh
terhadap apa yang terjadi.
Tarikh 28 April 2012 harus dikenang dengan
sebagai Hari Rusuhan Polis yang memukul, melanggar, menangkap,memaki
hamun, mencuri, merosakkan harta benda kerana diperalat dan diperdaya
regim Bn. Selain itu tarikh itu harus dikenang sebagai hari kemerdekaan
dan penyatuan rakyat dimana ia merupakan himpunan terbesar rakyat
Malaysia perbagai latar belakang bersatu dalam menuntut kebaikan untuk
negara tercinta.
Jika benar
penganjur berniat jahat, bayangkan kekuatan 200,000 lebih orang kalau
digunakan untuk berdepan dengan hanya 10,000 anggota polis pasti tidak
mampu ditahan laghi. Namun itu bukan tujuannya. Jangan lari fokus
mengenai sapa pecah pagar atau sebagainya… isu utamanya ialah jangan ada
PRU sebelum senarai pemilih dibersihan, pembersihan SPR harus bermula
dengan Ketua dan Timbalanya yang jelas ahli Umno harus letak jawatan.
Mana ada dalam dunia pengendali pilihanraya anggota parti politik ?
Bayangkan jika perlawanan bola sepak pengadil turun ke padang memakai
jersey salah satu pasukan tentu kecoh stadium.
Sekian
che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia
[wm.kl.11:56 am 03/05/12]
Solidariti Anak Muda Malaysia
No comments:
Post a Comment