Mahathir Tabur Baja Untuk Suburkan Kebencian Umum Kepadanya
Itu bekas PM Mahathir Mohamad sensitif sangat dengan bau ketiak orang yang tidak menyokong partinya tetapi mati deria bau dengan ketiak agensi atau pun orang menjadi cina buta kepada parti Umno. Semalam dia mengkritik Majlis Peguam yang kononnya banyak bercakap mengenai politik dan bukan soal profesionnya.
Mahathir kalau bak merungkas belakang orang nombor satu. |
Semua boleh ditenguk dan ditilik apa yang sedang berlaku. Polis, SPR, DBKL dan segala macam agensi kerajaan yang seharusnya tegak di atas prinsip undang-undang sebagai badan awam dan tidak berpihak, tidak pun ditegur Mahathir walaupun badan-badan berkenaan jelas berat sebelah atau cenderong kepada Umno. Kalau Mahathir cuba hendak menunjukkan dia seorang yang adil beliau harus menegur sama pihak-pihak lain yang memberi sokongan paksa kepada Umno.
Segala macam kemudahan kerajaan dan agensinya digunakan untuk Umno. Lori, kereta, motor kerajaan pun digunakan untuk menyokong Umno. Ambulan yang digunakan untuk mengangkutkan orang sakit juga dicabuli Umno. Pegawai kerajaan yang tidak berdosa atau menyertai Umno juga diheret macam mengheret kuda ke luat untuk berada dalam majlis Umno.
Apakah ada kritikan daripada Mahathir? Tidak ada apa-apa komen dari Mahathir. Kedua biji mata Mahathir buta dari situasi itu dan seluruh indranafasnya juga tepu dan mati dari segala itu. Selaku negarawan Mahathir sepatutnya waras dalam hal ini. Dia seharusnya telah melepaskan negara ini kepada rakyat dan Umno tidak perlu lagi dicampuri olehnya. Cukuplah 22 tahun menjadi PM.
Mahathir mungkin terkilan kalau orang terkedu dan mengkritiknya atas perbuatannya itu, tetapi beliau harus sedar kemarahan dan kritikan umum kepadanya itu kerana sikap dan stail beliau juga.
Perasaan syok sendiri, merasa pandai dari orang lain menyebabkan Mahathir menjadi tidak relevan mirip-mirip sudah nyanyuk. Tindakan membela Umno dengan meneruskan tektik dan strategi diguna sebelum ini menggunakan polis dan badan awam lain memburukkan lagi Umno.
Gara-gara itu walaupun sesetengah teguran dan pandangan Mahathir benar, tetapi orang tidak akan mempercayainya, maka jadilah segala teguran dan kritikan itu baja untuk menyuburkan kebencian umum kepada bekas PM itu. [wm.kl.2:34 pm 17/05/12]
1 comment:
Tuan MSO,
Dalam senario politik yang menuju kepada perubahan hari ini, bukan UMNO BAru tak boleh menerima kekalahan dan kehilangan kerajaan persekutuan. Itu adalah adat sistem demokrasi.
2. Yang tak boleh kehilangan kuasa kerajaan persekutuan adalah 2 orang pemimpin utama UMNO Baru ia itu Najib dan Mahathir.
Padah dan risiko kehilangan kuasa adalah amat buruk sekali kepada kedua mereka. Bagi Najib, kehilangan kuasa bermakna risiko kes altantuya akan benar-benar membawa malapetaka yang maha dasyat. Jadi kita semua boleh fahamlah maksud kes ini kepada najib.
3. Bagi mahathir, ia bukan sahaja kemusnahan kepada kegasinya sahaja tetapi terpaksa menerima tanggungjawab undang-undang terhadap pelbagai penyelewengan yang dilakukan selama 22 menjadi PM.
Walaupun mahathir telah sedaya upaya menutup penyelewengan-penyelewenganya dengan pelbagai cara "legal", sebenarnya ia tidak padam sepenuhnya.
Satu ciri dari penipuan menggunakan cara legal ini, segala-galanya ditutupi melalui dokumen-dokumen. Dokumen-dokumen inilah nanti jika dibuat penyiasatan akan membongkar segala penyelewengan beliau.
4. jadi, kita tidak heranlah mengapa dalam seminggu ini maahathir begitu aktif mengeluarkan p[elbagai kenyataan untuk memutarbelitkan fakta dan keadaan. Orang kata lebih sudu dari kuah,mengalahkan Presiden UMNO BARU merangkap perdana menteri.
mengapa dia begitu naik seh nak putar alam dengan begitu sekali. Ini bermakna dia tahu kedudukan UMNO BARU dan kerajaan semakin goyah. Dia semacam tidak konfiden bahawa Najib dan kerajaan dapat bertahan.
bat8
Post a Comment