Wednesday, December 26, 2012

Bantuan Banjir Belum Sampai Di Kampung Naga?

SELANG MASA                                                                                             

Semalam saya ke Klang sampai ke Banting. Dalam perjalanan pulang melalui Jalan Kebun saya singgah di Kampung Naga untuk membeli telor itik dan ubi kayu. Telor itik sedap kalau digulai kuning bubuh kunyit. Masa singgah di rumah penjual telor itik, sempat bercakap sikit fasal politik semasa.

Penduduk di sebuah taman di situ adalah rata-rata penyokong Pakatan Rakyat. Bendera PAS dan PKR sampai dipacak atas bumbung. Saya tanya mereka siapa yang pacak, jawabnya tuan rumah masing-masing. Menurut penjual telor itik hanya seorang atau dua orang saja yang menyokong BN.

Baru-baru ini banjir melanda taman perumahan itu. Unitnya adalah dalam sekitar 100 lebih. Hampir semua rumah dimasuki air. Seperti biasalah orang politik di musim dekat pilihan raya jadi cerah mata dan rajin membuat tinjauan dan murah berjanji. Tidak terlupa wakil rakyat di kawasan itu juga turut datang meninjau keadaan rumah di taman itu.

Arahan dibuat agar semua rumah dilanda banjir mengisi borang permohonan untuk mendapat sedikit bantuan bagi membersih rumah masing-masing. Kerana disuruh maka mereka mengisi borang dan diserahkan kepada pejabat khidmat wakil rakyat berkenaan.

Malangnya sampai kini bantuan itu tidak sampai. Agak menyedihkan dua tiga orang penghuni yang menyokong Umno telah lama menerima bantuan. Mereka dibayar secara tunai dan tidak pun perlu mengisi apa-apa borang.

Salah seorang dari penduduk di situ menjelaskan, sebenarnya wang untuk bantuan itu tidak perlu pun kerana tak banyak kerugian kerana banjir itu. Tetapi apabila sudah berjanji apa lagi telah mengisi borang maka penduduk jadi tertunggu-tunggu.

Menurutnya juga masa orang UMNO bahagikan duit kerpada penyokong ada yang memanggilnya agar datang sama tetapi, dia tidak datang kerana tidak mahu terima wang UMNO.

Kerana keadaan itu (bergurau) saya cabar penduduk itu agar buang bendera PAS dan PKR atas bumbung itu ganti dengan UMNO, dengan bersemangat dijawab; tidak Encik kami bukan seperti Hassan Akidah, (aik)... kami berjuang ikhlas... kalau tak dapat wang pun kami tetap sokongan Pakatan Rakyat.

Saya teruja dengan jawaban itu dan merasakan betapa ikhlasnya dan besarnya jiwa mereka. Inilah selalu saya katakan sang semut kecil lebih baik dari gajah. Mereka menyokong perjuangan kerana kesedaran dan keikhlasan dan bukan kerana apa-apa.

Manusia marhain seperti inilah yang patut dipuji dan diberi sokongan dan peluang bukannya seperti manusia besar yang mengkhianati parti dan memburukkan perjuangan apabila kepentingan mereka terjejas. Harap wakil rakyat kawasan berkenaan akan melunasi segera bantuan untuk mereka, sebelum saya membuat tinjauan sekali lagi.

Ingat mereka bukan minta tetapi saya tolong menyampaikan. [wm.kl.10:20 am 26/12/12]

8 comments:

seri klate said...

Tu kat kg naga tn mso. Yg nie kat kelantan. Saing cerita dah puas doh bagitau kat tok wakil pasal jalan perlu direpair bagi x naik air lagi. Skrg nie pulak bila dh musim tengkujuh, jalan tu naik air doh pulok. Memandangkan itu satunya jalan keluar masuk penduduk, bila doh naik air jalan tu, sukar lah demo nie semua nak pegi mari. Padahal dari rumoh tok wakil tu bukan jauh mana pun. Satu area kot tapi sebab jalan depan rumah dio x naik, tu xkesah kot. Kalau kena jalan depan rumah dio doh lame suruh mari repair jalan, tambun bagi tinggi bagi memudahkan die berjumpa rakyat..hahaha..yelah sangat tu.

Tok wakil nie tn mso ada sebut dalam satu post yg lepas perlu digugurkan nanti ge13.

Pas pun cube lah pilih tok wakil hok buleh kijo sikit. Nyo nyanyo ke rakyat jah. Doh tahu senang menang, ltk sapa pun tak kisah

Asrul Sani said...

Salam Pak Sayuti,

Boleh tak forwardkan tulisan ini kepada Hassan Akidah semoga beliau berasa insaf dan menyedari betapa HINA dirinya di mata rakyat......

Anonymous said...

Tahniah En. Sayuti.

Anonymous said...

syabas kepada penyokong tersebut....para pemimpin PR kawasan tersebut sudah menjadi biol kerana tidak menunaikan janji...lain kali jangan hanya pandai berjanji...

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Sebenarnya ahli yang berjiwa besar seperti yang tuan ceritakan itu bukan sedikit. Mereka berada dimana-mana dan mereka inilah yangsebenarnya memenangkan parti.

golongan ini adalah golongan yang tak pernah dan tak akan meminta-minta walau pun mereka susah macam manapun. Bagi mereka, mereka cukup puas dan gembira bila melihat pemimpin mereka bergelar yang berhormat atau yang amat berhormat. mereka juga tidak akan berkecil hati kalau yang berhormat atau yang amat berhormat berkenaan buat kenduri kesyukuran dan mereka langsung tak dijemput. Cuma, apa yang merekapinta adalah keikhlasan dalam tugas dan hormatilah perasaan golongan kecil yang tak bernilai pada mata orang besar ini.

Ingat, dulu UMNO punya ramai golongan ini dan sebab itu UMNO boleh menang besar tapi kerana golongan ini dikhianati dan dipersampahkan maka UMNO sedang menuju ke kubur yang mereka gali sendirii. PAS khususnya dan PR amnya jangan mengulangi kesilapan ini. Sesungguhnya bila hati orang kecil tanpa nilai ini terluka pasti orang besar tak akan jumpa ubatnya.

harmza said...

Salam, tuan MSO, Rasanya tuan maksudkan ialah KAMPUNG BUKIT NAGA, yakni berhampiran dengan KG JALAN KEBUN

Anonymous said...

Samada pas, umno atau mana2 parti jangan ambil kesempatan atas kesudian rakyat memilih mereka kerana parti mereka.

Nama dah pun wakil rakyat, silakanlah jalankan tugas. Janganlah anda pasal isu politik bukan main lagi rancak berdebat, komen sana sini tapi tugas sebagai tok wakil tak jalan. Rakyat sekali dua tak ape, boleh maaf lagi, kali ketiga tertunggenglah. Baru kalut nak pikir nak lari tempat selamat lain.

Janji dapat jadi MP bukan sebab janji dapat tolong rakyat

abu muaz said...

harap harap ia cepat diselesaikan sebelum tuan MSO menembak lagi.

dulu bolehlah ketawa sebab jarak tembakan cuma 40km sekarang sudah 70km .