Monday, December 24, 2012

BN Rampas 20 Kerusi Pakatan: Ramalan Rabun Mat Maslan

ULASAN PETANG                                                                                                               

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan meramalkan UBN akan berjaya merampas 20 kerusi milik Pakatan Rakyat dan sekaligus akan memperolehi majoriti 2/3 di parlimen. Kerusi yang bakal dirampas ialah lima kerusi milik PAS, lima milik DAP dan 10 milik PKR.

Ahmad Maslan: Syok sendiri?
Menurutnya kemunasabahan pencapaian itu berpandukan kepada kerusi-kerusi milik Pakatan Rakyat sebelum ini bermasalah apabila wakilnya keluar meninggalkan parti. Sekali dengar kenyataan Ahmad Maslan itu agak mengejutkan juga, tetapi bila membaca laporan itu sampai habis menyebabkan orang tersenyum sendiri kerana ramalan itu hanya ilusi oleh seseorang yang baru menikamti 'air' kekuasaan.

Kata Ahmad Maslan kemungkin itu berlaku sekiranya tidak berlaku cah keting di dalam parti berkenaan dan ia juga dibantu oleh calon boleh menang (winnable candidate) yang dikemukakan oleh UBN serta disumbangkan oleh kepimpinan Najib Razak.

Kalau itu bentuk dan gaya ramalan Ahmad sesiapa pun boleh membuat ramalan seperti itu. Sepuluh ramalan sehari pun boleh dilakukan, bukan saja setakat 20 kerusi 50 kerusi boleh dilakukan. Pihak Pakatan Rakyat juga boleh menyatakan mereka akan menang lebih 30 kerusi yang dimiliki oleh UBN sekarang.



Setakat hendak sebut jumlah kerusi dari PAS, PKR dan DAP, Pakatan Rakyat juga boleh berbuat demikian. Apakah kalau Pakatan Rakyat mendakwa mereka akan merampas 14 kerusi parlimen di Sabah dan 10 kerusi parlimen di Sarawak, manakala tujuh atau lapan kerusi di Johor di samping menambahkan satu di Pahang, satu Melaka dan dua di Perak?

Cuba kira berapa jumlah kerusi yang diperolehi Pakatan Rakyat? Bukankah ianya berjumlah 34 kerusi? Sekiranya Pakatan Rakat dapat menambah 34 kerusi disamping mengekalkan yang sedia ada sebanyak 83 ini bermakna Pakatan Rakyat mempunyai 117 kerusi. Dengan jumlah itu sudah cukup  Pakatan Rakyat sudah mendapat majoriti mudah untuk menubuh kerajaan dan menjadikan Mat Maslan dan Najib akan beralih ruang di parlimen. Apakah tidak mustahil kalau kedudukan terjadi begitu tidak akan ada satu dua kerusi dimenangi UBN akan imigran ke arah Pakatan Rakyat?

Mat Maslan jangan merasa selesa dan sedap duduk atau mempercayai tidak akan berlaku tindakan keluar parti kelak. Apakah Mat Maslan yakin wakil-wakil UBN akan terus setia dengan Najib dan terus berhimpun atas busut kecil kalau banjir sudah tiba. Rasanya bukan saja orang lain Mat Maslan sendiri juga terliur untuk mencari 'bongok' untuk menyelamatkan diri apabila belaku bah besar nanti.

Eloklah Ahmad berhenti membuat ramalan rabun begitu kerana ia bakal menyusahkan partinya sendiri. Rasanya Najib juga kurang selesa dengan ramalan sedemikian. Kita tidak mahu nanti selepas undi dikira menyebabkan ahli Umno yang mempercayai ramalan rabun Mat Maslan itu akan terkejut dan jatuh pengsan. Apa yang berlaku di Indoneisa di mana ramai wakil rakyat menjadi gila selepas selesai pilihan raya apabila parti mereka gagal membentuk kerajaan.

Ramalan Mat Maslan itu juga tidak konkrit kerana ia masih berhelah atau berlapik. Sepatutnya beliau sudah tidak mengambil kira kelemahan di dalam Umno yang bakal menyebabkan parti itu kalah. Beliau harus tegas dan berani menyatakan ramalan itu berasaskan kebenaran. Tetapi apaila memberi beberapa alasan maka nampaknya ramakan itu rabun dan bukan satu ramalan yang tuntas.

Saya rasa Mat Maslan tidak melihat kepada realiti semasa dalam dia membuat ramalan itu. Ramalan itu hanya tidak lebih dari untuk menyegar angin saja. Ia dibuat di atas kertas bagi menggempurkan semangat ahli-ahli Umno. Khabarnya angka itu diberikan dalam satu pertemuan sulit dengan pemimpin Umno?

Realiti hari ini terutamanya sokongan orang Cina kepada UBN semakin menirus. Lantaran peningkatan sokongan itu saya berani mengatakan semua kerusi campuran yang berkedudukan undi Cina di antara 40% hingga 45% akan disapu oleh Pakatan Rakyat. Cuba Mat Maslan kira berapa banyak kerusi yang berkapasiti demikian.

Demikian juga dengan undi Melayu di beberapa negeri sokongan kepada Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan. Paling jelas ialah di negeri Mat Maslan sendiri di Johor. Ini dapat dibukti dengan kehadiran orang Melayu Johor pada acara anjuran Pakatan Rakyat. Perubahan sikap orang Melayu begitu ketara sekali. Sekiranya Umno tidak menyedari undi Melayu kepada Pakatan Rakyat meningkat parti itu tidak akan melakukan gerakan Gastapo terhadap Pakatan Rakyat. Apa yang berlaku hari ini di mana majlis Pakatan diganggu, terbaru eksepidi Oren dihalang dan dipukul menunjukkan Umno didalam keadaan desparate.

Hanya orang yang didalam keadaan tertekan saja akan bertindak garang dan diluar lunas-lunas demokrasi. Persis kucing yang diasak selalunya akan menerkam dan membuang tahi di tengah jalan.

Di Johor misalnya, meskipun Pakatan Rakyat mungkin sukar untuk memenang sebarang kerusi tetapi sokongan dipamerkan hari ini memberi semangat kepada Pakatan Rakyat. Keadaan rakyat Melayu Johor yang dilihat masih kekal menyokong Umno boleh berubah menjelang pilihan raya. Mood ataupun gelombang yang bakal tercetus nanti boleh menyebabkan mereka mengubah haluan disaat-saat akhir. Perlu diingat modd dan suasana selepas parlimen dibubarkan iakan berubah secara total.

Dari petanda hari ini adalah elok kalau Mat Maslan menyepikan diri saja dan tidak berretorik dengan angka-angka. Tidak guna kalau Mat Maslan setakat hendak menghibur Najib Razak dengan jumlah itu sedangkan hakikat UBN masih sakit dan terus demam tidak kebah.

Cara Mat Maslah membuat ramalan itu juga ia dilihat over confident di mana sikap ini boleh memakan diri sendiri. Dinasihat kepada Mat Maslan kalaupun hendak mendodoikan Najib carilah lagu dan senikatanya yang lain bukan mengenai dakwaan dapat kesekian banyak kerusi.

Kalau Mat Maslan sendiri mengatakan keupayaan UBN itu sekiranya tidak berlaku cas keting sesama sendiri, kita ingin bertanya kepada beliau apakah perkara itu tidak berlaku? Cah keting didalam Umno kali ini dijangka akan hebat lagi, kerana ia bukan saja berlaku di antara sesama Umno tetapi ia juga akan berlaku di kalangan NGO yang menyokong UMNO. Formula dipakai UMNO yang meminta tiga empat nama untuk dinilai sebagai calon disatu-satu kerusi akan menimbul masalah di kemudian hari.

Selain itu mana-mana NGO yang bermati-matian menyokong UMNO yang wakilnya tidak diberi peluang bertanding sudah pasti akan membelasah UMNO balik. Apakah Mat Maslah terlupa untuk membuat analisa ini dan dengan gampang UMNO akan mendapat 20 kerusi? Duhai Mat tidak semudah itu dalam dunia politik ini, selalunta kata tidak menepati apa yang dirasa. Tanya sikit Mat,  saham Felda dah jadi berapa? [wm.kl. 6:03 pm 24/12/12]

15 comments:

Islah_muslim said...

Ramalan sekadar ramalan je. Kalau dilihat kepada senario semasa , peratusan undi BN akan mengecil dan terus tersungkur, saya mengambil gambaran di sebuah tempat di banting, kajian rambang dikalangan masyarakat india tiada satupun akan memangkah MIC /BN . Masyarakat melayu akan mengandakan undi atas usaha mapan PR Selangor , manakala masyarakat cina sudah pasti akan mengekalan parlimen Kuala langat dan 3 dun disitu iaitu sijangkang, Telok Datok dan Morib ( yang sebelum ini disandang oleh BN ). Realitinya BN akan tersungkur PRU 13 nanti. Takbir

Anonymous said...

inila yg mahathir maksudkan "bijak pandai tak mahu masuk umno" tinggal yang bodoh saje nak masuk umno. sibodoh spesis yang akan pupus tak lama lagi

Anonymous said...

biarkan dia seronok sendiri.bagi tahu lah kat boss dia si najib tu.cepat sikit najib bubar parlimen.rakyak dah tak sabar nak mengundi ni.biar rakyat buktikan siapa yang layak memerintah.satu syarat. . . PRU13 mesti adil dan bersih.

Anonymous said...

kah..kah...ramalan syok sendiri..................

Anonymous said...

Kata Mat Maslan tu cuma nak mententeramkan perasaan sendiri yang tertindas bukan berdasarkan fakta atau sentimen semasa.PR 12 dulu tak ada isu besar tetapi sekarang ni cukup menggerunkan dengan isu baru besar,high profile yang tak terjawab .Mat Maslam becakap nampak berada dalam comfort zone seperti dalam permainan bola sepak dimana malaysia mendahului Singapura dengan 4-0 cuma tinggal masa kecederaan saja bolihlah cakap macam tu tapi kalau 2-1 jangan takbur kerana semua bolih berlaku dalam masa kecederaan itu..Saya sebagai ahli umno bawahan cuma dicawangan cukup takut nak nyatakan menyokong UMNO kerana terlalu ramai sahabat2 lama diperengkat cawangan yang terang2 terlalu sejuk terhadap umno.Nampak2nya bukan saja yang dikejar tak dapat tetapi yang dikendong berciciran dan disembar olih pembangkang.Jangan yakin terhadap Sabah kerana mereka dah biasa tukar pemerentah sementara Serawak kini telah ternyata dengan kemarahan rakyat kepada ketua menteri yang mengambil kesempatan dari jawatannya untuk mengayakan keluarganya sungguhpun dia tahu rakyat papa kedana dan daif .Saya disemenanjung tak ada kenamengena dengan Serawak cukup geram,benci,meluat bila tengok mukan KM Serawak mengapa Najib biarkan dia berterusan menerajui politik Serawak .Jadi sama2lah kita tunggu samaada rancangan maanusia atau rancangan Allah yang berjaya.

maie1958 said...

betu lah tu mat sbb kau campor sekali dengan undi mat bangla,yanmar,nepal,hantu,orang mati balik mengundi,undi pos,undi pekerja spr sendiri,baby baru lahir...kalau tak macammana rosmah nak sayang kau dgn songkok sejengkal kau!!!!

Anonymous said...

...walaubagaimanapun kena waspada jugak selagi spr tidak membersihkan pendaftaran undi terutamanya terdapat banyak kes yamgmana warga asing, bangla, myanmar, indon dll telah didaftarkan sebagai pengundi...kantoi PR nanti !!!!

Anonymous said...

Mat maslan selalu buat kenyataan yang lucu...kah kahkah...

Anonymous said...

Salam! Semalam saya ke kg. Ladang Gelang Patah,Johor. Minum cendul kat gerai tepi jalan. Kesian Mak Cik tu kata dia lama dah duduk situ, Tanah tak bergeran dan mohon letrik pun sampai sekarang tak dapat. Dia tak tau nak buat macam mana. Wakil rakyat situ mungkin tak perasan kot. Atau Mat Maslan tolong jenguklah untuk tambah 20 kerusi tu.

Anonymous said...

KTMB telah memberi potongan 50% kepada penumpang komuter.Syarat dia Warga malaysia, gaji bawah RM3000.Pelanggan yg ingin mendapatkan pas potongan perlu mengisi borang yg di sediakan dan potostap IC. Tahukah anda dlm banyak2 yg memohon tu ada bangla dan indon yg turut mengisi borang. Bila kerani kauter bagi tahu pas ini hanya untuk warga Malaysia saja. Mat bangla dan Indon ni tunjuk IC biru dan mereka kata mereka juga warga Malaysia. Bila ditanya macamana dia dapat IC ni.Dia diam saja..Ini berlaku di stesen Rawang dimana kawan saya yg menjaga kaunter... setiap warganegara Malaysia perlu berdoa semoga dihindari dari segala keburukan..

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Jawapan pasti sama ada BN kalah atau menang aan terjawab pada 12 januari ini. Tak payah berkumpul sejuta, kalau dapat setengah juta lebih pun pasti UMNO mampus

Anonymous said...

Sedih Umno melalui ramalan Mat Maslan ni....dlm Umno ada bbrp nama (maaf agak kasar)yg bebal selain Mat Maslan sdiri iaitu Puad Zakarshi,Rais Yatim,Mohd Zin Abdullah,Noh Omar,Shapie Apdal juga Muhyiddin Yassin yg sering keluarkan kenyataan yg agak bodoh,memalukan diri dan parti selain cuba membodohkan org lain.apa yg pasti nama2 diatas selalunya membuat kenyataan bodoh dgn harapan ada org2 bodoh yg akan percayakan mrk, sedih juga buat pentaksub2 parti Umno ini yg mahukan org lain jd bodoh spt mereka juga.Mat Maslan,apasal la bodoh sgt Najib lantik hang jd Ketua Penerangan....langsung xde kredibiliti malah menjd bebanan pulak pd penyokong2 Umno yg mungkin bijak sikit dr nama2 yg disebut td....sedih Umno ni...55 tahun dah, adoiiiiiiii...

Anonymous said...

budak ni bekas su menteri satu ketika dulu cakap dia memang macam tu suka cakap tersasar

Anonymous said...

Semakin lambat meletakkan bakal calon semakin banyaklah masalah yg menunggu nanti.....kalau tetapkan calon awal-awal....bolehlah kenal pasti mana yg nak cah keting tu....boleh ambil tindakan awal...Tiada pemilihan dalam mesyuarat agung parti juga akan menyebabkan parti lemah....sebab apa ...kalau buat pemilihan...kita akan tahu siapa yg kuat pengaruhnya dlm parti dan kerajaan....ini tak buat sbb takut perpecahan ...ini menunjukkan kelemahan sesebuah parti sbb mereka berjuang tidak berdasarkan matlamat parti tp lebih kpd matlamat peribadi. Ini yg membezakan UMNO dan PAS ketika ini...kebanyakan yg berada dlm UMNO lebih kepada matlamat peribadi dan kalau ditanya tentang matlamat parti tu pun mungkin dia org tak tahu pun....dlm PAS org yg berada dlm parti tu jelas kalau tak baca dasar dia pun sbb ianya mudah, melaksanakan Islam.....janji habuah memang tak ada...kena keluar duit lagi ada la.....lagi satu nak meletakkan calon payung terjun di sesebuah tempat....lg la timbul masalah....tak buat apa-apa kat tempat tu tiba-tiba jd calon....bakal calon yang memang ada dah macam-macam bagi kat tempat tu....cah keting lagi la jawabnya..

Anonymous said...

Mat mana lagi yg suka buat ramalan2 hebat ni..tuan sendiri sedia maklum kan..hehe