Pernyerahan borang permohonan oleh bekas ahli Parlimen PKR, Zahrain Hashim untuk menyertai semula Umno kepada Ha Najib Razak semalam memecah liur beberapa orang lain yang ingin juga berbuat demikian. Salah seorang yang saya yakin sedang mengira-ngira untuk berbuat perkara sama ialah ahli Parlimen Pasir Mas, Inchek Ibrahim Ali.
Ibrahim sangat terdesak untuk dapat laluan. |
Perkara ini disedari Ibrahim sejak awal-awal lagi. Dia pun sudah berkerat rotan berpatah arang dengan Pas. Niat awal lagi dia hanya mahu menjadikan Pas sebagai jambatan untuk melepaskan diri ke seberang. Bila lepas, dia menang dan dapat kerusi Pas ditinggalkan, bahkan dikencing hacing begitu saja. Perbuatan Ibrahim terhadap Pas samalah seperti dia kencing dalam beladi kemudian menjirus dirinya sendiri. Bagi Ibrahim perbuatan itu tak mengaibkan.
Walaupun dia jenis muka tidak malu, tetapi Ibrahim tidak akan sanggup menghirup air kencingnya sendiri dengan Pas kali ini. Dia tidak akan menangis lagi untuk meminta direkmenkan Pas memberi laluan kepadanya. Tidak.
Maka untuk survive politiknya dia kena berbuat sesuatu menjelang pilihan raya ini. Sekiranya dia berhajat untuk terus bertanding dia kena cari formula baru atau membuat tipu muslihat baru dan melupai formula dan tektiknya sebelum ini. Dia tahu dia tidak akan menang kalau bertanding atas calon bebas. Silap hari bulan dia akan kalah. Ibrahim menyedari hakikat ini dan kekalahan itulah amat digeruni kerana dia tidak mahu menjadikan kekalahan akhir ini sebagai legasi politiknya.
Dia juga tahu di mana kekuatannya dan berapa kapasitinya di Pasir Mas. Dia boleh mendakwa dia mempunyai pengaruh yang besar di Pasir Mas. Tetapi dia juga tahu berapa orang yang sanggup mengundinya. Dia tahu berapa banyak orang di Pasir Mas sedia mengambil duitnya tetapi tidak mengundinya. Misalnya semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, sebanyak 2,600 orang yang datang mengambil wang di rumahnya, tetapi hanya 420 saja yang mengundinya. Dalam pilihan raya itu wang depositnya mampus.
Sebenarnya selepas pilihan raya itu Ibrahim sudah patut berundur dari arina politik. Kekalahan itu cukup memalukannya dan memberi pengajaran kepadanya. Wang yang beliau tabur di Pasir Mas, ibarat padi yang dipatut dan disudu ayam dan itik tetapi ia tidak jatuh ke perut. Mereka amabil duit tetapi tidak tergamak untuk undinya.
Tetapi nasibnya baik. Pas beri laluan bertanding atas tikit Pas dan menang. Pas khasnya Nik Aziz berkorban memberi kerusi itu atas kepercayaan dan ikhlas untuk membantunya. Kemenangan dalam pilihan raya umum ke-12 memulihkan semangat dan maruahnya. Dia menjadi hero kesekian kalinya. Tetapi Ibrahim tetap seperti anjing yang tersempit tidak pernah tahu mengenang budi orang.
Bagaimana kali ini? Ibrahim sebenarnya sedang berkira-kira untuk bertanding atas tikit BN menggunakan lambang dacing. Dia tahu sukar Umno untuk menerimanya sebab dia dipecat. Menurut perlembagaan Umno setiap ahli yang dipecat akan dibuang keanggotaan seumur hidup. Kerana itu dia mengharap Najib akan memberi laluan kepadanya untuk kerusi Pasir Mas. Bagaimana pun apa saja boleh jadi, ketegasan perlembagaan itu Umno akan terubah memandangkan Umno dalam keadaan senak perut hari ini.
Kalau Umno dan Najib mempercayai dengan kata-kata dan dakwaan Ibrahim mungkin peraturan yang ketat dan keras mengenai keahlian Umno itu boleh berubah. Najib boleh pejam mata kedua belah untuk mengambil Ibrahim semula menyertai Umno.
Kini pun Ibrahim sedang menjual modal yang sama. Kononnya pengaruhnya hebat di Pasir Mas. Kalau Umno memberi laluan kepadanya sekurang-kurang tiga kerusi Dun akan selamat. Dun Pengkalan Pasir, Tendong dan Chetok. Kononnya pengaruhnya di parlimen Pasir Mas boleh menjamin kemenangan Umno. Itulah modal digunakan Ibrahim Ali.
Betulkah begitu dan sekuat itu pengaruh Ibrahim Ali. Sebenarnya itu adalah dakwaan dan retorik Ibrahim saja. Satu yang perlu disedari bahawa dalam pilihan raya lalu bukan semua orang Pas mengundi Ibrahim walaupun dia bertanding atas tikit Pas.
Sekiranya semua orang Pas mengundi beliau majoriti yang diperolehinya bukan 8,991 tetapi lebih besar dari itu. Seramai 864 undi rosak, kemungkinan yang rosak ini yang tidak mahu mengundi Ibrahim dan calon BN.
Ini menunjukkan bahawa ada penolakan ke atas peribadi Ibrahim Ali. Hakikat itu beliau tidak boleh mendakwa dia mempunyai pengaruh besar di Pasir Mas. Untuk dia bawa dirinya sendiri pun tidak berapa 'nak rak' - berdaya. Bahawa yang membantu kemenangannya ialah Pas.
Kini Ibrahim beriya untuk menyertai Umno. Palan dan strategi sedang dibuat. Katanya dia tidak akan merayu untuk menyertai Umno tetapi kalau ditawar dia akan masuk. Tidak ada beza bagi dunia politik sama ada dia masuk dengan merayu atau pun ditawar. Kita boleh tanya bila masa Ibrahim Ali ada maruah dalam politik?
Cuma di sini saya nak katakan kepada Najib terimalah Inchek Ibrahim menyertai Umno. Berilah lambang dacing untuk dia bertanding. Orang Pas dan orang Pasir Mas lebih seronok kalau Ibrahim bertanding atas tikit BN daripada berrtanding sendiri atas tikit Bebas. Mereka akan merasa puas hati dan gentlemen kalau dapat mengalahkan Ibrahim yang menggunakan lambang dacing daripada mengalahkan Ibrahim atas lambang bebas.
Tolonglah Najib berikan peluang kepada lebih lebih 65,000 pengundi di Pasir Mas untuk melepaskan dendam kesumat mereka ke atas Ibrahim Ali. Biarlah dunia melihat nasib Ibrahim kali ini yang 'sengotinya'. Kerana kalau Ibrahim bertanding atas tikit bebas, Ibrahim awal-awal lagi akan kalah. Sebelum tiba hari penamaan calon Ibrahim sudah menangis di umbi sagu. Kita mahu tenguk permainan sebenar di Pasir Mas kelak.
Bagaimana pun perlu disebut kalau Najib memberi laluan kepada Ibrahim Ali nescaya plan dan juga strategi yang sedang dilakar oleh Mustapa Mohamed dan rakan-rakannya untuk rampas Kelantan akan jadi 'berkucar baral' semula. Ibrahim akan tetap menganggui Mustapa. Dia tidak akan boleh duduk diam dan mengikut apa yang disusun aturkan kerana bila-bila masa dan di mana juga keadaan dia mahu menjadi ketua dan kepala halian. [wm.kl.5:41 pm 10/12/12]
9 comments:
Berat nak pikul Raja Katak ni wei.. Umno tak nak pikul Bewok hidup ni.. Jenis orgtua kata bawa sial.. Umno takut bg calon.. Sape x kenal Raja Katak 1msia ni wei... Kih.kh.kih..
sapa2 pn xkan berani tnggung risiko... semua dh kenal dari a2z ;-)
Sebenarnya, si Zaharin tu serah surat hasrat mahu menyertai umno, bukan borang, bermaksud, sangat jauh lagi prosesnya, saya yakin permohonan mereka2 ini tidak akan di layan, akhirnya perkara ini senyap begitu saja, si Zaharin dan gengnya terkuntang kanting nanti, Si Ibrahim Ali juga akan mengalami nasib yg sama, kalau dia bertanding pun tidak akan menang......padan muka dia...... agah sangat.
Penulis dan beberapa komen yg masih gemar akan perpecahan Umat Islam di Malaysia. Gunakan lah fikiran yg wars dan matang dan lebih mengutamakan fikrah Islam itu sendiri, bukan nafsu serakah yg membelenggui dendam kesumat dan PHD hasad dengki sesama Umat Islam.
Kenapa tulisan dan komen2 masih menjurus kepada keburukan rakan2 seAgama dan menolak langsung ajakan Ukhwah persaudaraan Islam? Adakah anda yakin bahawa Islam anda lebih hebat dan yang hanya diterima oleh Allah? Dimana sifat dan akuan kita sebagai manusia kejadian Allah? Luapa akan saranan Al-Quran dan Sunnah Nabi, bagaimana sewajarnya Saudara seAgama itu wajar berbaik sangka dan tidak mengaibkan satu sama lain? Kenapa harus menolak ajakan berbaik dan bersatu hati sesama Islam? Adakah anda rasa Islam anda lebih mulia atau Islam anda Islam berkiblatkan syiah bukan Ahlus Sunnah Wal Jamaah?
Sebagai penulis yang hebat jgn gunakan kehebatan itu utk lebih memecah-belahkan saudara seIslammu, krn perbuatan itu bertentangan dgn kehendak Islam dan ditegah oleh Islam.Gunakanlah kebijakan anda untuk menyatupadukan Umat Islam bukan memecahbelahkannya. Ingat, umur kita semakin meningkat dan tidak lama lagipun nak menongkat dunia ini. Jadi, sebelum dipanggil Allah buat lah amalan yang baik dgn menyatupadukan Umat Islam dan mohon maaf kpd mrk yg anda telah guriskan hatinya. Jgn ikut gedebehmu je... sedarlah 4jari menuding kpd anda bila anda menyalahkan org lain! sedarlah dan insaflah sebelum terlambat. saya kapaktajam.blogspot.com ingin memberi nasihat demi kebaikan dan jgn sesekali dipandang serong. Wallhuwaklam. Wassalam.
Sy kurang pasti siap di antara pengomen yg suka perpecahan? Sy sendiri tak suka perpecahan... tetapi dalam posting ini sy benci kpd orang munafik. Sy rasa begitu juga dengan pengomen lain, mereka juga benci kepada orang munafik. Orang yang diserang adalah yg ada track record sebagai pengkhinat, jahat dan berhati busuk. Rasanya tidak salah, kalau mereka dikutuk habis-habisan. Allah sendiri mengutuk syaitan, walhal syaitan itu adalah ciptaanNya.
aloo kapak tajam......
hang saja buat pekak ke?
sapa yg suka pecah pecah nih?
beraheng pekasam ke atau PAS ?
Pas dah bagi seat dia tanding...tu kira nak elak perpecahan ler....
bacaan siasah lagu tu pun tak gheti ke?
patutnya mat braheng tak caci tak maki Pas.....kalo tak mau bagi kredit kat Pas pun tak aper.....tapi jngn dok hantam orang yg tolong pelepas dia nih....
betul mcm kata MSO bila jwb tomahan hang tu wahai kapak tajam....
kapak saja yg tajam...tapi tumpul akai......
kah kah kah
Sdra kapaktajam,
Membaca komen sdra, saya menjadi keliru. Apa yang sdra nak sampaikan? Ulasan umum mengenai perpecahan, pegangan akidah terlalu umum dan jika dipadu dengan artikel Tuan MSO, kita tak tah apa yang hendak disampaikan.
Bercakap secara umum biasanya mengambarkan pemikiran yang kabur dan samar-samar. orang yang kabur dan samar-samar pemikiran adalah orang yang keliru dan tidak pasti pendiriannya mengenai sesuatu.
Itulah yan dapat saya tangkap dari komen sdra.Eloklah sdra tulis kembali apa yang sdra maksudkan secara jelas, senang orang nak faham.
bat8
Saudara Kapak Tajam..
Blog ini menulis menggunakan prinsip aku, kau dan dia..
Aku cakap...
Kau dengar...
Dia salah...
Kapak tajam ni macam biasalah.. cai umno.. standard cai umno memang akan tulis begini...
Post a Comment