Alwi membahas ucapan dasar. |
Seperti yang saya ulaskan dalam cacatan saya, ucapan dasar Najib tidak ada apa-apa pembaharuan dan menetaskan idea baru pun yang dilihat bakal memberi impak positif kepada parti Melayu itu dalam usaha untuk mengembalikan keyakinan dan maruah parti. Ia adalah memutarkan piring hitam lama, yang ada kalanya tersangkut-sangkut, disebabkan penuh dengan karat fanatisme.
Mulanya saya mengira ucapan Najib lebih lendik berbanding ucapan presiden Pas Abdul Hadi Awang pada muktamar parti agama itu di Batu Pahat, tetapi ternyata pada sessi penggulungan Najib lebih kurang juga Abdul Hadi menggunakan bahasa bombastik apabila mem"bangang"kan bloger Umno. Abdul Hadi pula telah menuduh dalam barisan pimpinan Pas ada "brua" dan "broker".
Dari satu juring tidak banyak beza dan farak kuliti antara Najib dengan Abdul Hadi Awang. Apakah kerana mereka sudah sama-sama merasai "laici kang" dalam satu mangkok sama maka mereka juga punya naluri lidah yang sama. Kasar?
Jadi perbahasan-perbahasan ucapan dasar sangat diharapkan lebih berkualiti daripada ucapan dasar Najib. Saya mengira pembahas tidak akan terikut beretorik seperti Najib atau pun melakukan pengkultusan melampau terhadap Najib. Maka dikira akan ada permbahas yang berani, bersikap outspoking memberi teguran dan kritikan untuk pengislahan Umno tanpa banyak apolegetik.
Ternyata ada pembahas yang katanya berterus terang dan mengkritik ke dalam Umno. Antara mereka ialah Md Alwi Che Amat yang mewakili Kelantan membahas ucapan dasar Najib secara berterus terang dan sarat dengan fakta. Katanya ucapan Alwi yang berani dan penuh bersemangat mendapat tepukan gemuruh para perwakilan. Hampir 80% apa diperkatakan Alwi disokong perwakilan.
Alwi berjaya mencarikan kebekuan minda sesetengah perwakilan yang sterotaip.
Dan hari ini saya baru kesempatan mendengar perbahasan berapi daripada Alwi itu. Ada rakaman penuh dalam you-tube yang dimuat turun dalam Facebook beliau. Setelah mendengar dan mengamatinya ternyata apa yang diperkatakan memang benar, ucapan Alwi bukan sahaja berani tetapi bagi saya beliau iklhlas dalam memberi pandangan kepada ahli dan pucuk pimpinan tertinggi partinya. Suatu ucapan dari hati ke hati dan dari jiwa ke jiwa.
Mungkin jiwa Alwi sendiri bersumbat dengan apa dihadapi Umno masa kini. Justeru ucapannya tanpa apologetik melahirkan apa yang terdampar dalam dhamirnya. Seperti mana diungkapkan, perhimpunan kali ke 68 itu mungkin yang terakhir buatnya. Katanya ini adalah term terakahir buatnya. Kenapa. Apakah beliau sudah memasang niat untuk bersara kerana tidak berpuas hati dengan sesuatu. Atau pun beliau memperli ketuanya Annuar Musa yang dilihat tidak pernah puas dengan jawatan dan kuasa,
Kita fahami Alwi tahu dengan apa yang beliau luahkan walaupun ada yang terasa tetapi tidak dipedulikan kerana apa yang disebut adalah satu fakta yang perlu dikunyah oleh semua ahli Umno khasnya pemimpinnya. Ia bukan satu tembakan rambang tetapi apa diucap hakikat yang berlaku. Sebagai ahli parti yang setia dan sayangkan Umno, Alwi tidak "gobar" resah dan kisah kepada apa-apa. Baginya benar tetap benar walaupun ianya pahit untuk didengari.
Misalnya beliau meminta Umno berani dan tidak menjadi parti yang menakut dan pengecut untuk bertindak. Memang benar Umno menjadi tunggak kerajaan diberikan kuasa oleh rakyat untuk melakukan sesuatu terbaik kepada negara dan bangsa Melayu. Tetapi ada kalanya Umno menjadi apologetik dengan apa yang hendak dilakukan termasuk mencabar wibawa Umno. Umno seakan malu-malu dan ragu-ragu untuk menggunaankan kuasanya.
Sikap tolak ansur dan diplomasi yang tinggi menjadi Umno disekeh dan diinjak kepalanya oleh rakan-rakannya sendiri. Hak-hak dan kepentingan Melayu dipersoalkan tanpa akhlak dengan penuh kebiadapan, misalnya mengenai agama, bangsa dan keistimewan-keistimewaan lain yang dijamin dalam Perlembagaan.
Kerana terlalu berhati-hati dan mengambil hati kepada pihak yang mempersoal menyebabkan Umno menjadi kaku untuk bertindak. Padahal dalam masa sama orang lain telah berbuat dan menuntut yang bukan-bukan lebih daripada sepatutnya. Memahami apa yang diluahkan Alwi, dalam konteks ini Umno tidak boleh persalahkan kepada Pakatan Rakyat yang mesra atau membantu orang lain, (demi kuasa) tetapi Umno harus salahkan kepada dirinya sendiri kerana tidak tahu atau memanfaatkan kuasa yang ada kepadanya.
Sebab itulah Alwi sedikit kesal, berang dan sebak dengan partinya. Katanya kita ada kuasa, kuasa yang ada sudah cukup tetapi masalahnya kita tidak mahu bertindak dan menggunakan mandat yang diberikan ahli dan orang Melayu kepada Umno. Kenapa? "Bertindaklah..." katanya dengan nada sebak dan menghalus.
Beliau menyebut mengenai kedudukan tanah rezab Melayu yang makin mengecil dan menjadi kebimbangan kepada orang Melayu hari ini. Beliau tanya siapa yang berkuasa mengambil tanah rezab Melayu dan siapa yang berkuasa untuk menggantikannya? Jawabnya "kita" - kerajaan yang didokong oleh Umno. Makanya kata Alwi pertikai apa perlunya sampai diadakan jawatankuasa Amanah Tanah Rezab Melayu untuk menjaga hak Melayu, tidak perlu sebab kerajaan (Melayu) sudah ada kuasa.
Seperkara lagi yang menarik dalam perbahasan Alwi yang disulam dengan ayat-ayat Quran dan Hadith, dan disini menunjukkan beliau seorang yang mempunyai concern yang tinggi kepada anak bangsanya, apabila menarik perhatian kerajaan agar membantu pelajar persendirian dalam bidang kedoktoran di Mesir. Katanya terdapat lebih 3,000 pelajar di sana dan seramai 1,900 yang pergi sendiri tanpa mendapat apa-apa bantuan daripada kerajaan.
Beliau mencadangkan kepada kerajaan agar bantulah pelajar-pelajar itu bagi menunjukkan kerajaan ingat dan pedulikan mereka. Saranan Alwi itu lebih kepada berharap Umno menanam budi kepada pelajar berkenaan. "Mereka bukan orang lain anak kita juga," katanya.
Beliau memberi peringatan Umno akan kerugian sesuatu kalau tidak membantu mereka. "Suka tidak suka mereka balik nanti akan menjadi doktor dan berkhdimat dalam negara ini. Mereka boleh dipanggil dan jika kita membantu mereka, mereka akan ingat kepada kita," begitu kira-kira maksud Alwi. Tetapi katanya kalau mereka tidak dibantu, mereka mungkin tidak ingtat kepada kita. Ertinya kalau Umno membantu mereka, sudah pasti mereka akan mengenang budi kerajaan dan Umno dan dengan cara itu mereka tidak akan lari jauh dengan Umno.
Itu dari segi politiknya, tetapi atas rasa kemanusiaan dan keprihatinan Alwi mahukan agar anak-anak Melayu yang berminat dalam pendidikan profesional tetapi gagal mendapat peluang pendidikan dalam negara, hendaklah dibantu apabila mereka mendapat tepat di luar negara. Negara ini kata dan bantulah mereka tanpa menguar-uarkan. Itu yang kita mahu.
Apa yang diluahkan Alwi itu, itulah yang beliau pernah ucapkan kepada saya. Dia berjanji akan membawa masalah rakyat pengetahuan Umno. Dan katanya Umno sebagai tunggak kerajaan perlu membantu anak-anak Melayu yang tidak mampu. Di sini terserlah sekali akan kesungguhan Adun Kok Lanas itu berjuang untuk membela anak bangsanya. Beliau bukan sahaja suka beretorik tetapi memperjuangkan sehingga sanggup bersemuka dan berdepan dengan pimpimpin. Meneliti tajam dan tumpu bahasa Alwi membahas ucapan itu menunjukkan dia seorang yang bercakap dari rasa hatinya sendiri.
Syabas kepada Alwi atas keberanian dan keprihatinan tinggi anda. Negara dan orang Melayu memerlukan orang-orang seperti anda yang berani, tidak munafik dan menunjukkan iltizam tinggi kepada bangsa dan agama. [wm.kl.11:37 am 06/12/14]
1 comment:
Tuan
Pemimpin-pemimpin UMNO nampak takut bertindak terutama hal-hal berkaitan dengan orang melayu bukan apa tetapi begitu berlembut dengan benda yang berkait dengan hak bukan melayu terutama kaum cina, pertama, mereka sebok dengan kemewahan yang diperolehi dengan menjarah harta negara berupa kontrak dsb.
Kedua, mereka begitu lembut dengan hak bukan melayu terutama kaum cina kerana rakan-rakan kongsi mereka dalam perniagaan adalah kaum-kaum cina. Itu je sebabnya. Kontrak-kontrak yqng dijarah diserahkan kepada rakan kongsi cina mereka.
Totok bunyi tapi tu la yang ambo t3ngok sendiri. Boleh kata semua buat macam tulah.
Post a Comment