Monday, April 21, 2008

Berita Ringkas

Apa Yang Mahathir Nak Jual di BBC Hari Ini

YANG Dipertua Perkim yang juga bekas PM, Dr Mahathir Mohamad akan muncul dalam BBC menerusi program Hardktalk hari ini jam 16:30 petang dan diulang siar pada 22:30 malam, demikian satu sms sama masuk ke dalam telefon bimbit saya yang mememanjangkan sms daripada Dr Malek Hanafiah.

Apakah yang akal dijual oleh bekas PM kepada dunia mengenai Malaysia nanti menerusi program itu kelak?

Mungkin beliau akan memberi ulasan berhubung tindakan kerajaan menyemak semula perkhidmatan dan pembayaran ex-gratia kepada enam hakim yang dipecat semasa beliau menjadi PM 20 tahun dulu.

Yang pastinya juga Dr Mahathir akan mengulangi agar Abdullah Ahmad Badawi terus berundur dan menyerahkan jawatan kepada Mohd Najib Razak.

Mengenai keputusan pilihan raya umum lalu yang memberikan prestasi buruk kepada BN juga tidak terkecuali akan turut sama diulas. Dan topik yang tidak akan ditinggalkan dan disoal oleh pengantar rancangan itu nanti berhubung dengan peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri serta tuduhan mengatakan Anwar menjadi alat Yahudi.

Bagaimanakah Dr Mahathir bersikat dan cuba menyakinkan umum mengenai dakwaan ini.

Sama-sama kita dengar dan sekiranya ada maklumat berhubung perkara ini sila hantarkan menerusi komen dalam blog ini untuk dikongsi bersama. [wm.kl. 9:50 am 21/04/08]

No comments: