Friday, April 11, 2008

Al Fatihah

Hashim Shafin Meninggal Dunia

(kemaskini) SATU pesanan ringkas (SMS) yang baru sekejap saya terima daripada ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali menyampaikan berita dukacita, Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Hashim Shafin (foto) telah meninggal dunia jam 2:00 petang ini.

Dalam SMS ringkas itu tidak diberitahu apakah sebab kematian. Bagaimana pun setelah dihubungi untuk mengesahkan maklumat itu Ibrahim memberitahu Hashim meninggal kerana sakit jantung. Allahyarham meninggal di Hospital Universiti Sains Kubang Kerian (HUSM), Kota Bharu.

Jenazah Allahyarham kini sudah dibawah ke kediamannya di Tanah Merah. Allahyarham akan di kebumikan jam 10:00 esok di perkuburan kampung Sat, Tanah Merah.

Kali terakhir saya berjumpa dengan Allahyarham, ialah semasa menaiki keretapi ekspress (ERT) dari Klia ke KL Central sebelum pilihan raya lalu.


Hashim juga tewas dalam pilihan raya lalu di kerusi DUN Gual Ipoh, Tanah Merah.

Allahyraham pernah menjadi ahli Parlimen Tanah Merah. Pernah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan ketika jawatan itu disandang Muhammad Yaacob. Allahyarham juga pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kelantan.

Hashim Shafin seorang tokoh politik yang ramah dan baik budi.
Berita dan maklumat lanjut akan menyusul. [wm.kl 3:30 pm 11/04/08]

No comments: