Friday, April 11, 2008

Intisari Khutbah

Keperibadian Ibu Khalifah Omar Ibnu Aziz

SEORANG penjual susu telah mengatur strategi untuk mendapatkan untung banyak dalam perniagaannya dengan mencadangkan kepada anaknya agar mencampurkan susu dengan air sebelum menjelang matahri.

Bagaimana pun cadangan si ibu itu tidak dipersetujui dan dibantah oleh si anak dengan memberi alasan katanya; "Syaidina Omar melarang berbuat demikian, melakukan sesuatu untuk mendapatkan untung dengan bukan caranya."

Lantas si ibu yang tamak itu berkata kepada anaknya, "kalau kamu lakukan si Omar tidak mengetahuinya?"

Si anak tetap dengan prinsipnya membantah cadangan si ibu itu dengan mengatakan; "benar Omar tidak nampak tetapi Tuhan Omar tetap nampak."

Kebetulan percakapan itu didengar Syadina Omar. Beliau merasa sayu, terharus dan menangis dengan prinsip si anak itu mempertahankan keimanannya.

Kerana kagum dengan si anak itu Omar lantas menyuruh seseorang (anaknya) meminang si anak itu untuk dijadikan isteri.

Pilihan Omar itu memang tepat dan benar, si anak itu menjadi ibu yang solehah. Dipendekan cerita dari rahim si anak itulah lahirnya Khalifah terbilang Omar Ibnu Aziz yang terkenal sebagai adil dan saksama di dalam pemerintahannya. [wm.kl 2:20 pm 11/04/08]

No comments: