Wednesday, April 9, 2008

Al Fatihah

Pembantu Khas (PA) Ku Li Kembali Ke Rahmatullah

PEMBATU Khas (PA) kepada Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), Hajjah Fabilah Ibrahim, 56 tahun kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 5:30 petang tadi di hospital HUKM, di Cheras akibat sakit barah payu dara dan bara paru-paru.

Allahyarhamah dikatakan mula diserang barah berkenaan beberapa bulan lalu dan keadaan semakin kritikal sejak akhir-akhir ini.

Allahyarhamah merupakan seorang kakitangan di pejabat Ku Li yang berdidikasi dan suka merendahkan diri ketika melayani tetamu di pejabat Ku Li.

Fabilah bekerja dengan Ku Li sejak 30 tahun lalu bermula ketika pejabat bekas Menteri Kewangan itu beroperasi di Wisma MICS

Beliau juga merupakan salah seorang kakitangan MICS.

Menurut Nasarudin Rais yang kini masih berada di hospital menanti urusan penghantaran jenazah Allahyarhamah, berkata jenazah Fabilah akan dibawa ke kampung halamannya di Muar, Johor dan akan dikebumikan esok.

Menurut Nasaruddin, Ku Li isteri Cik Puan Noor turut menziarahi jenazah Allahyarhamah.

Sementara itu menurut Nasauddin beliau mendapat tahu, beberapa minit sebelum Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir, aruah sempat mengirimkan SMS kepada isteri Menteri Penerangan, Shabery Cheek yang merupakan kawan baik aruah.

SMS itu menurut Nasaruddin, Allahyrahamah memberi tahu yang beliau dalam keadan lemah dan bertambah sakit.

"Kira-kira empat minit selepas menerima SMS berkenaan, isteri Shabery menerima perkhabaran dukacita Allahyarhamah telah kembali ke Rahmatullah," cerita Nasaruddin.

Shabery meruapakan bekas rakan sepejabat Allahyarhamah bersama isteri ketika ini masih berada di hospital untuk menanti urusan penghantaran jenazah ke Muar. Al Fatihah! [wm.kl 9:40 pm 09/04/08]

No comments: