Thursday, April 10, 2008

Berita Semasa

Tajuddin Pula Tawar Diri Tanding Ketua Pemuda

PEREBUTAN jawatan Ketua Pemuda Umno yang bakal ditinggalkan Hishamuddin Hussein dijangka meriah apabila kini sudah ada lima nama disebut-sebut akan merebut jawatan berkenaan.

Mereka ialah bekas MB Selangor, Mohammad Khir Toyo, Bendahari Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir, bekas Exco Perlis Zahidi Zainul Abidin, Menteri Tenaga Air dan Komunikasi, Shaziman Abu Mansor dan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Khairy, Zahidi dan Shaziman bagaimana pun masih belum mengesahkan apakah mereka akan merebut jawatan berkenaan atau tidak. Khairy sedang memerhati manakala Shaziman masih belum ada ilham!

Sudah pasti perebutan jawatan dalam sayap kanan Umno akan menjadi lebih meriah apabila ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman (foto) juga membayangkan beliau akan turut sama dalam pertandingan itu.

Ini menjadikan calon baka merebut jawatan itu menjadi enam.
Releven Tajuddin untuk merebut jawatan itu kerana Pemuda memerlukan seorang tokoh yang berani dan lantang. Tajuddin dikenali sebagai seorang yang lantang mengkritik sesiapa saja yang tidak betul dan juga bersedia bersemuka dengan sesiapa demi rakyat.

Aset lain yang ada kepada Tajuddin ialah beliau merupakan ahli Exco Pergerakan itu di era tahun 80-an yang popular. Beliau juga terkenal sebagai seorang tokoh Umno yang bersemangat nasional tulen.

Beliau peranah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1986 gara-gara memperjuangkan hak ketuanan Melayu yang tercabar ketika itu.

Tajuddin membayangkan hasratnya itu ketika ditemui di Sabah Isnin lepas. Jelasnya beliau akan membuat pengumuman khas apabila sudah sampai masanya nanti. [wm.kl. 9:45 pm 10/04/08]

No comments: