Tuesday, April 8, 2008

Di Bawah Bayu 4

Zaharin Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih
Berpelukan Dengan Abdullah di Sabah

SUKAR untuk ditafsirkan apakah lawatan 10 to 10, (sepuluh pagi hingga sepuluh malam) Abdullah Ahmad Badawi ke Sabah semalam (7 Mac) membawa kejayaan ataupun sebaliknya.

Yang pastinya lawatan itu penting dan hasil daripada kesan lawatan itu ditunggu orang ramai.
Apakah ia boleh menamatkan spekulasi yang hangat tersebar di Sabah sekarang ini, kononnya beberapa ahli PArlimen BN akan menyeberang bersama pembangkang ataupun sebaliknya?

Bagaimana pun bagi komuniti penulis dan blogers kunjungan Perdana Menteri itu tidak dirasakan begitu penting dan memberi apa-apa kesan tambahan kepada kredibilitinya atau untuk proses pembaikpulihan Umno/BN. Tidak ada apa-apa istimewanya kerana penulis dan bloger sudah lama membaca apa yang akan berlaku dan telah menulis apa yang telah berlaku lama sebelum ini.

Kritikan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri itu walaupun sarat dengan emosi, nakal dan kadang kala biadab, namun niatnya tetap ikhlas ialah untuk memperbetulkan kelemahan beliau. Banyak sebab dari kacamata penulis/bloger tentang kelemahannya dan kesilapan-kesipalan dilalukan sebagai Perdana Menteri.

Sikapnya membiarkan menantunya menguasai dan mencampuri urusan pentadbiran kerajaan adalah antara puncanya dan menjadi masalah Abdullah tidak disenangi. Kerana sikap dan terlalu bijak Khairy bagi masyarakat penulis atau bloger telah menyebabkan damge tertimba kepada Abdullah.

Peristiwa penting

Namun ada sesuatu yang penting telah berlaku di Sabah semalam khususnya kepada golongan penulis dan blogers. Peristiwa ini mungkin tidak membawa apa-apa erti kepada sinerio politik Sabah ketika ini, tetapi suatu kejutan kecil yang bakal menjadi sebutan di kalangan komuniti bloger khasnya.

Kejadian yang dimaksudkan itu ialah kehadiran dan pertemuan sdr Abu Zaharin Mohd Yassin atau Sang Kelembai dengan Abdullah Ahmad Badawi. Abu Zaharin tiba-tiba muncul di lapangan terbang Kota Kinabalu dan ikut sama menanti ketibaan Abdullah Ahmad Badawi turun dari jet eksekutifnya bersama 1,500 yang lain.

Kemunculan Zaharin di lapangan terbang itu mulanya dianggap sebagai kebetulan saja oleh mereka yang sedang menanti Abdullah. Tetapi apabila Zaharin masuk ke bilik rihat dan kemudian turut berbaris di birai karpet merah laluan Abdullah persis rakyat marhaen ingin menatap wajah pemimpinnya baru kemuculan itu dirasai.

Paling merujakana lagi ialah apabila Zaharin yang bersalaman dengan Abdullah kemudian mencium tangan Abdullah selama 4 saat. Abdullah yang tidak menyangka kehadiran Zaharin kelihatan kaget dengan kejadian itu dan membiarkan Zaharin bermonolog sendiri.

"Pak Lah saya akan berama Pak Lah di saat Pak Lah diserang. Pak Lah kita berkawan. Pak Lah teruskan perjuangan! Saya tetap bersama Pak Lah. Saya berjanji!," begitulah antara kata semangat yang terluah Zaharin.

Abdullah yang memegang tanganya tidak terkata apa-apa hanya mengangguk dan merenung ke muka Zaharin tanpa mempeduli orang lain. Mata keduanya juga seperti tergenang dengan air jernih. Beberapa orang yang menghulur salam untuk bersalam dengan Abdullah tergantung dan luruh sendiri kerana Abdullah benar-benar teruja dengan kemunculan Zaharin.

Peristiwa yang berlaku jam 10:55 pagi itu sungguh tragis dan emosional sekali. Ia bagaikan dalam mimpi bagi sesetengah orang yang kenal dan tahu aktiviti serangan Zaharin kepada Abdullah sejak tiga lalu. Beberapa pemimpin Umno yang mengenali Zaharin dan tahu chemistry antara mereka berdua jadi terkelam dan bangga dengan kejadian itu. Masing-masing mengucapkan syabas dan tahniah atas keberanian Zaharin untuk mendekati semula Abdullah.

Selepas itu Zahari juga kelihataan terus mengiringi Abdullah dari belakang hingga ke luar kawasan lapangan terbang dengan wajah yang puas sambil bahunya ditepuk-tepuk oleh beberapa orang mengenali dan rapat dengannya.

Manakala ketika makan tengah hari di hotel tempat berlangsung pertemuan tertutup Abdullah dengan pemimpin Umno dan MP Sabah, sekali algi mereka berdua berjumpa dan berpelukan.

Berpelukan

Pertemuan ulangan itu lebih tenang dan bertambah mesra. Zaharin yang berada di meja berhampiran pintu masuk, terus bangun dan memeluk Abdulah sebaik Abdullah melangkah masuk. Dalam mereka berpelukan kedengaran Zaharin memohon maaf beberapa kali kepada Abdullah.

"Pak Lah saya minta maaf, Pak Lah saya minta maaf. Pak Lah maafkan! Pak Lah maaf ya!?' kata Zahari tulus dan dengan nada sikit menyesal.

Abdullah mengangguk dan tersenyum puas. Terlukis diwajah Abdullah beliau senang dengan kehadiran penulis blog kesukaan ramai bernama Sang Kelembai itu. Peristiwa ulangan kedua itu menjelaskan bahawa Zaharin memang ikhlas untuk berbaik dengan Abdullah.

Hampir semua pemimpin yang ikut sama dalam majlis makan tengah hari itu menyaksikan kejadian itu. Antara mereka ialah, Setiausaha-Setiausah Politik Perdana Menteri, Md Alwi Che Amat, Rizal Marican Naina Marican, Ketua Umno Cheras, Syed Ali Alhabsee, Ketua Umno Bukit Mertajam, Musa Aziz, bekas MB Perlis, Sahidan Kassim, Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Mansor dan lain-lain.

Zaharin mula menyerang Abdullah dan menantunya Khairy selepas beliau dipecat dari Umno menerusi tulisan-tulisanya dalam blognya. Beberapa istilah yang memburukan imej Abdullah diperkenalkan oleh beliau dan menjadi rujukan seperti "Kerajaan Tiga Beranak", "Perdana Menteri Tidur", "Mari Tidur Bersama Abdullah" dan sebagainya.

Zaharin adalah seorang kader dan sang setia Umno yang memiliki berbagai varias pemikiran politik. Namun sesuatu yang orang tidak tahu mengenai Zaharin bahawa beliau adalah seorang pencinta kepada ketulenan perjuangan Melayu menerusi Umno. Dalam pilihan raya lalu dalam ribuan orang Umno yang menangis kerana kekalahan Umno dan BN, salah seorangnya ialah Zaharin Mohd Yassin.

Mungkin apa yang dilakukan Zaharin itu dilihat betapa rapuhnya perinsip Zaharin namun di sebalik cemuhan itu menunjukkan beliau gentlemen yang sanggup membuang benci kepada Abdullah kerana sayangnya yang lebih kepada Umno! [wm.kl 11:45 am 08/04/08]

No comments: