Sunday, April 13, 2008

Susupan Pagi

Shabery 2 x 5 Dengan Zainuddin Maidin

SEBAIK mengangkat sumpah menjadi Menteri Penerangan Shabery Cheek membentangkan idea dan rancangannya untuk membaiki RTM. Antara lain katanya beliau mahu RTM mengubah pendekatannya menjadi saluran yang lebih rasional dan efektif.

Besarlah harapan orang ramai mahu melihat sejauh mana RTM rasional berbanding dengan sebelum ini. Sudah lama RTM dalam menyiarkan berita. laporan dan ulasan berat sebelah terhadap parti pembangkang terutamanya menjelang pilihan raya dan sehinggalah pilihan raya selesai.

Apa yang disiarkan tentang pembangkang seolah-olah semua buruk dan berita mengenai parti kerajaan baik belaka walaupun ia meloyakan apabila mendengarnya.

RTM menjadi lebih teruk lagi sewaktu berada di tangan Zainuddin Maidin. Ia bukan saja menjadi alat propaganda kerajaan tetapi turut menjadi alat kepada Zainuddin untuk membodek ketuanya, Abdullah Ahmad Badawi.

Sejajar dengan perlantikan Shabery Cheek menjadi menteri orang ramai juga menanti mahu melihat sejauh mana Shabery dapat memperbaiki keadaan RTM dan ia menjadi saluran yang positif untuk membina minda rakyat sesuai dengan fungsinya penyampai maklumat.

Bagaimana pun harapan demikian nampaknya tidak akan kesampaian. Shabery seperti juga menteri-menteri penerangan sebelum ini masih berpegang kepada pandangan dan sikap lama iaini terkokong dan berlegar dalam 'genak' usang terus menjadikan RTM sebagai perkakas kerajaan sahaja.

Reaksinya untuk mengarahkan Radio Selangor FM Selangor supaya berpindah dari bangunan Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah, di Shah Alam menjelaskan sikap jumud Shabery yang diwarisi dari menteri-menteri penerangan yang lampau.

Beliau sepatutnya tidak bersikap bengis begitu dan perlu waras serta bersedia memenuhi permintaan Menteri Besar Selangor yang inginkan Radio Selangor FM turut sama menyiarakan maklumat dan aktiviti kerajaan Selangor.

Adalah hak Khalid memohon agar Radio Selangor FM turut menyiarkan kegiatan kerajaan negeri memandangkan ia beroperasi di negeri berkenaan. Dan tindakannya untuk meminta radio itu tidak beroperasi di bangunan milik kerajaan itu juga kena pada tempatnya. Apa guna bagi kerajaan negeri memberi susu kepada RTM kalau ianya dibalas dengan tuba.

Langkah Shabery yang mahukan Radio Selangor FM keluar dari bangunan itu menjelaskan janji Shabery untuk merubah pendekatan RTM hanya sekadar untuk mengeringkan air liur sahaja. Shabery sudah mula menunjukkan belang dan mededahkan kelemahannya yang tidak berani bersikap telus dan professional.

Demikian juga katanya untuk menemui dan mendekati para bloger tidak lebih daripada suara burung kakak tua, yang tahu bercakap tetapi tidak memahami apa yang diucapkan. Kalau hanya bloger penjilat buntut saja yang ditemui, maksud dan tujuan asal beliau ingin mendapat poandangan secara bebas dan telus juga tidak akan menjadi kenyataan.

Tentulah apa-apa yang disampaikan oleh bloger penjilat buntut itu baik belaka kerana mereka ingin menjaga perut agar tidak kempis!

Apapun diharap semoga Shabery tetap lebih baik daripada Zainuddin Maidin.[wm.kl 6:10 am 13/04/08]

No comments: