Saturday, April 12, 2008

Susupan Senja

Shahidan Kassim Nak Tanding Naib Presiden Umno

BEKAS Menteri Perlis Shahidan Kassim (foto) membayangkan akan menawarkan diri untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno pada Disember hadapan.

Katanya beliau juga layak dan sesuai untuk memegang jawatan itu kerana kini tidak lagi sibuk dengan tugas-tugas sebagai menteri besar.

"Saya sudah tidak menjadi MB lagi jadi bolehlah saya berkhidmat kepada parti sepenuhnya," demikian kata Shahidan.

Tambahnya lagi dalam keadaan parti Umno agak lemah kini eloklah kalau orang-orang yang tidak terbabit dengan tanggungjawab pentadbiran memberi tumpuan kepada parti.

Shahidan membayang itu ketika sedang makan dalam satu majlis makan tengah hari di Sabah baru-baru ini.

Shahidan tidak dilantik semula menjadi menteri besar Parlis apabila watikah yang diberikan oleh Perdana Menteri tidak 'laku', bila mana tidak dihiraukan oleh Raja Perlis.

Raja Perlis telah berkenan melantik Mohd Isa Sabu sebagai meteri besar menggantikan Shahidan Kassim dan sekaligus mengenepikan watikah yang dikeluarkan Abdullah Ahmad Badawi.

Jawatan Naib Presiden kini disandang oleh Muhyuddin Mohd Yassin, Ali Rustam. Mohd Isa Samad yang memenangi jawatan itu dalam pertandingan tahun 2004 digugurkan apabila didapati terlibat dengan politik wang.

Beberapa orang turut menawarkan akan merebut jawatan berkenaan termasuk Ali Rustam yang sudah mengumumkan akan mempertahankan kedudukannya hari ini.

Antara pemimpin lain yang berminat untuk menduduki jawatan itu ialah Muhammad Muhd Taib dan Ahmad Zahid Hamidi. [wm.kl. 4:20 pm 12/04/08]

No comments: