Tuesday, May 27, 2008

Enekdot Politik

Mahathir Sedia Menyertai Pas?

PETANG ini Dr Mahathir Mohamad akan kembali ke tanah air. Beliau dijangka akan tiba di lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz Subang kira-kira jam 5:00 petang.

Sejak semalam bertali arus SMS dihantar oleh para penyokongnya yang meminta orang ramai datang beramai-ramai menyambut kepulangan bekas Perdana Menteri itu.

Mungkin persiapan menyambut kepulangan Mahathir itu telah diaturkan seadanya.

Persoalannya apakah kenyataan atau kejutan yang akan dilakukan Mahathir petang ini setelah tindakannya keluar daripada Umno minggu lepas tidak berapa menjadi dan mengecohkan Umno.

Tidak ramai yang mengikut jejak langkahnya melainkan anak dan isterinya. Walaupun Sanusi Junid ikut sama keluar daripada Umno tetapi ia tidak memberi apa-apa kesan dan kejutan kerana umum melihat Sanusi sudah lama terbuang dalam parti berkenaan. Selepas berundur daripada menjadi MB Kedah Sanusi dilihat oleh Umno sebagai barang berulat.

Selepas Mahathir merayu agar ahli Umno keluar parti sebagai protes kepada Abdullah Ahmad Badawi tidak ada mana-mana cawangan yang dibubarkan atau bahagian yang lumpuh.

Sebaliknya masing-masing menyatakan sokongan dan pendirian kepada Abdullah.

Paling mengejutkan tidak sampai 72 jam Mahathir keluar Umno, Ezam Mohd Noor menyatakan kemungkin beliau akan menyertai parti berkenaan. Bagaimana pun sehingga ini Ezam masih belum membuat kenyataan rasmi samada mengiya atau menafikan desas desus itu. Sedikit sebanyak ura-ura Ezam akan menyertai Umno memberi semangat kepada parti berkenaan.

Apakah Ezam sedang beradu mental dengan Mahathir, beliau akan membuat keputusan selepas Mahathir membuat kenyataan petang ini?

Sukar untuk diramalkan apakah tindakan Mahathir seterusnya. Yang pasti beliau tidak akan berdiam diri begitu saja. Sebagai seorang yang sentiasa kaya dengan idea dan bertindak menentang arus dan suka kepada kontroversial beliau akan mesti melakukan sesuatu yang akan menjadi nilai berita.

Apakah beliau akan menubuhkan parti baru sebagai landasan rasmi untuk beliau menentang Abdullah Ahmad Badawi?

Atau lebih mengejutkan lagi Mahathir akan membuat teka teki dengan menyatakan kesediaan untuk menimbangkan diri menyertai Pas?

Sama-samalah kita tunggu petang ini. Seandainya Mahathir menyertai Pas sudah pasti penjualan kopiah di negara ini menjadi semakin laris?[wm.kl 8:30 am 27/05/08].

3 comments:

Anonymous said...

Tun M memang tidak dinafikan seseorang yang cerdik pintar pemikirannya, tidak lupa juga caranya yang berani dan mahu membuat kejutan. Sudah banyak yang beliu lakukan selama ini kita dapat lihat, tetapi tidak pasti sejauh mana dia akan berpuas hati dengan apa yang dilakukan. Apa yang beliau lakukan memang akan menjadi tarikan semua pihak, tetapi dari segi ramai lagi yang masih memihak kepada Tun, kita tidak tahu. Tun juga, pada pandangan saya perlu lebih sensitif dengan tindak-tanduknya, dan saya amat berharap beliau tidak lagi membuat sesuatu yang boleh memechabelahkan rakyat lagi. Cukuplah dengan senario politik kita sekarang ini, sudah cukup bercelaru.

mat_terab said...

Saya rasa kalau Tun ingin menjatuhkan Paklah tiada cara lain selain menyertai salah satu parti Pakatan atau satu lagi cara menubuhkan parti baru atau menubuhkan umno baru mungkin juga..
dalam kaadaan sekarang kalau hendak harapkan pemimpin umno keluar parti menyertai beliau memang susah la kerana kebanyakan pemimpin umno sayangkan kedudukan....apabila di tubuhkan parti baru sudah tentu ramai orang akan ingin menyertai terutam yang belum berparti. Bagi pemimpin umno tidak sehaluan dengan Pak Lah mungkin akan ikut serta karana sudah tentu sebagai parti yang baru menyediakan banyak jawatan-jawatan utama.
Tidak mustahir parti yang baru ini akan menjadi sebuah parti yang kuat hingga dapat mencabar parti umno Pak Lah sehingga paklah terpaksa berundur...apabila pak lah berundur maka parti baru ini bolehlah dibubarkan semula dan ahli-ahlinya boleh masuk umno semula seperti yang Tun ingikan....
begitulah pandangan saya...entahlah ini cuma pandangan saja....
mungkin juga Tun punyai perhitungan yang lebih tajam lagi...kita tunggu dan lihat

Unknown said...

Ada baik dan buruknya jika Tun masuk Pas. Umum sudah tahu sebenarnya siapa Tun. Baiknya kalau Tun dapat sumbang sesuatu untuk kukuhkan dan betulkan parti itu. Buruk jika Tun gunakan entrynya untuk kepentingan sendiri. Kalau untuk nak satukan melayu, memang baik.