Friday, October 10, 2008

Persidangan Umno

Debaran Sudah Bermula

PERKEMBANGAN terkini mengenai persidangan peringkat bahagian Umno telah mula memberi petunjukkan kepada umum siapa yang bakal dicalon dan siapakah bakal tercicir untuk semua jawatan penting.

Setakat hari ini Mohd Najib Razak sudah mendahului Tengku Razaleigh Hamzah untuk jawatan presiden Umno bila dua bahagian yang mengadakan persidangan hari ini Machang dan Kimanis telah mencalonkan beliau.

Kedua Umno bahagian itu juga mencalonkan Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden. Pencalonan ini memberi gambaran gandingan Najib - Muhyiddin bakal menjadi kenyataan.

Untuk jawatan Naib Presiden, bahagian Kimanis mencalonkan Hishamuddin Hussein, Syed Hamid Albar dan Ras Yatim.

Di Machang bahagian itu telah mencalonkan Annuar Musa untuk bertanding jawatan Naib Presiden.

Manakala bagi perebutan jawatan Ketua Pemuda perebutan sengit berlaku antara Khairy Jamaluddin dengan Mukhriz Mahathir. Selepas lapan bahagian Pemuda bersidang semalam dan hari ini, Khairy mendapat empat pencalonan, Mukhriz tiga manakala Khir Toyo satu. Seorang lagi calon Zahidi belum mendapat apa-apa pencalonan.

Sekiranya momentum ini berterusan perebutan sengit akan berlaku antara Khairy dengan Mukhriz. [wm.kl 8:00 pm 10/10/09]

1 comment:

Anonymous said...

Tn Hj MSO, UMNO nak berebut apa-apa jawatan pun, siapa nak pencen pun, rakyat jelata seakan mereka lupa.

Belum jadi PM, TPM lagi dah jadi macam tu.

Harga terkini minyak mentah USD 80.52 pada jam 21:42. Sila klik pada http://www.oil-price.net untuk pemantauan semasa. Jenguklah rakyat jelata. Turunkan apa yang patut. PETROL.. PETROL... PETROL...