Monday, December 8, 2008

Kata Balas

Kenyataan Hassan Diputar Belit

SEPERTI yang saya postingkan mengenai rasa hairan saya terhadap kenyataan Dr Hassan Mohd Ali dalam media (rujuk Utusan) pada 6 Disember lalu ternyata ianya telah dieksploitasikan oleh media berkenaan. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Penerangan Pas Selangor yang baru (Roslan Shahir Mohd Shahir) yang menggantikan Saari Sungip menerusi kenyataanya medianya yang dikirimkan kepada saya hari ini 8 Dismber dan beberapa pihak lain. Disiarkan sepenuhnya kenyataan dibawah.

Nampaknya orang Pas tidak faham-faham dengan sikap media massa kroni yang selamanya akan berkiblat dan bersujud sembah kepada parti pemerintah Umno/BN. Apakah orang Pas tidak tahu akhbar Utusan dan Berita Harian, TV3 dan RTM itu adalah media propagda parti pemerintah?

Selamanya mereka akan berkerja untuk parti itu. Sikap dan dan peranan mereka terhadap Umno dan BN samalah sikap Harakah, Suara Keadilan dan Roket kepada Pas, PKR dan DAP. Sebab mereka adalah lidah rasmi kepada parti-parti politik itu.

Justeru bagaimana Harakah, Suara Keadilan dan DAP bersujud sembah kepada parti-parti itu, tidak pernah memberi laporan positif kepada Umno dan BN begitulah juga media cetak dan eletronik kroni itu akan bersujud sembah kepada Umno dan BN dan akan menyiarkan berita negatif kepada Pas, PKR dan DAP.

Yang saya tidak boleh faham ialah kenapa Pas masih memberi kepercayaan kepada agensi itu termasuk memberi kenyataan akhbar kepada merekea? Mengapa masih menggunakan media itu sebagai alat untuk menyebarkan maklumat? Satu masa mereka seperti bergaduh dengan media masa itu tetapi di masa lain menggunakan khidmatnya pula.

Sekiranya agensi propaganda itu memutarbelitkan kenyataan yang diberikan atau berita mengenai pembangkang tidak boleh disahlahkan. sewajarnya mereka berbuat begitu. Yang bodoh ialah diri kita sendiri yang memberi ruang dan membuka peluang kepada mereka.

Berhubung kenyataan Hassan Ali itu kalau ia disifatkan sebagai diputarbelit, salahnya bukan media kroni itu tetapi Hassan sendiri. Ketua Penerangan Pas Selangor yang baru Roslan Shahir tidak sepatutnya mengundang media kroni untuk membuat liputan terhadap kenyataan Hassan Ali dalam keadaan bagaimana sekalipun.

Bukankah Pas ada TVnya sendiri dan akhbar onlinenya sendiri selain daripada Harakah? Kenapa Hassan Ali tidak memberi kenyataan kepada media partinya? Kalaupun media itu keluarannya terbatas, tetapi tidak bolehkah kalau ia dibuat menjelang deteline media berkeanan. Dalam hal ini ia memerlukan kecerdikan dan kebijasanaan.

Adalah baik kalau di masa akan datang kenyataan penting oleh mana-mana pemimpin Pas dikeluarkan kepada media Pas atau pro pembangkang saja. Kalau media perdana hendak guna mereka boleh petik daripada media Pas itu. Secara tidak langsung cara itu juga menjadikan media Pas – lidah rasmi parti menjadi lebih berwibawa dan dihormati.

Saya yakin kalau kenyataan diberikan kepada media massa terpilih dan dapat dipercayai Pas tidak akan membuang masa untuk membuat penafian dan penjelasan mengenai berita dan kenyataan mereka diputer belitkan.

Berikut disiarkan kenyataan media Pas Selangor yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan, Roslan Shahir Mohd Shahir. [wm.kl 8:00 pm 08/12/08]

PAS Selangor kesal dengan laporan mukadepan akhbar Utusan Malaysia
bawah tajuk "PAS akui sukar tadbir Selangor bersama PKR,DAP" (bertarikh
Sabtu, 6 Disember 2008) yang sesungguhnya tersasar dan menyeleweng samasekali dari kenyataan sebenar Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Mohd Ali, di dalam sidang media PAS Selangor yang diadakan pada hari Jumaat 5 Disember, 2008.

Di dalam sidang media berkenaan Dato' Dr Hasan tidak pernah menyebut bahawa
PAS menghadapi kesukaran untuk memperjuangkan serta mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Selangor sebagaimana yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Malah beliau menegaskan dalam sidang media berkenaan bahawa PAS tidak terpinggir dan sebarang anggapan sebegitu tegas beliau sebenarnya dimanipulasi oleh Barisan Nasional untuk menggugat kerjasama baik antara PAS, DAP dan PKR di Selangor.

Dato' Dr Hasan juga tidak pernah menyebut bahawa kadang-kala PAS
terpaksa melupakan matlamat perjuangan utama parti iaitu untuk menegakkan syiar Islam semata-mata kerana mahu mengambil hati PKR dan DAP sebagaimana dilaporkan oleh Utusan Malaysia. Malah yang sebenarnya beliau telah menggariskan dengan jelas bahawa PAS tidak pernah dan tidak akan bertolak-ansur dalam hal-hal berhubung Islam dan kepentingannya di Selangor.

PAS Selangor merasakan bahawa pihak Utusan Malaysia sangat tidak bertanggungjawab sehingga terlanjur mengeluarkan laporan yang sedemikian rupa yang mencerminkan rendahnya nilai profesionalisma di dalam akhbar berkenaan. PAS Selangor beranggapan laporan tersebut berunsur jahat kerana tidak ada mana-mana pihak dari media arus perdana yang turut hadir dalam sidang media berkenaan membuat laporan seperti itu di akhbar-akhbar mereka.

PAS Selangor ingin menasihatkan pihak Utusan Malaysia agar lebih berhati-hati dimasa-masa yang akan datang dan tidak lagi mengorbankan etika dan profesionalisma kewartawanan ketika membuat laporan sebagaimana yang
berlaku ini. Dalam pada itu PAS Selangor akan terus mengadakan sidang media
setiap dua minggu sekali bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor dan seluruh masyarakat Malaysia mendapat maklumat terus darihal peranan dan perkembangan PAS Selangor di dalam kerajaan Pakatan Rakyat negeri ini.

Roslan Shahir bin Datuk Mohd Shahir, Ketua Penerangan PAS NegeriSelangor Shah Alam, Ahad, 7 Disember
2008.


9 comments:

Anonymous said...

Salam.

Tuan, masalahnya Harakah tu bukannya milik semua ahli PAS, tapi milik sekelompok saje. Harakah ada pemimpin yang depa suka, ada yang tidak.

Mr Joker said...

Salam...

saya hairan bila membaca kebanyakan posting MSO. kenapa saya hairan? saya hairan kerana kebanyakan posting MSO berpandukan kepada akhbar perdanan milik UMNO/BN.

MSO sebagai orang lama didalam politik seharusnya tidak menjadikan media perdana milik kerajaan sebagai rujukan.

bila anda menjadikan media perdana milik umno/bn, maka anda lebih sesuai berada didalam UMNO/BN, bukan didalam PAS.

anda banyak mengelirukan ahli PAS, dengan artikel artikel anda yang tidak berfakta. semuanya berpandukan pada "auta" umno/bn.

amat memalukan bila terpaksa mebuat 2-3 artikel atas tajuk yang sama kerana artikel pertama berpandu pada media "auta", akhirnya banyak membuang masa menerang duduk perkara sebenar.

patutlah ramai ahli PAS yg keliru.

Anonymous said...

Salam. Selamat idul adha. Betul pendapat Tuan MSO berkenaan dengan sikap para pemimpin PAS yang tersalah guna saluran media untuk membuat kenyataan-kenyatan rasmi para pemimpinnya. Harakah kan ada. Lagipun, kita tak boleh nak salahkan media seperti utusan, Berita harian dan TV3 di dalam melaporkan berita-beritanya. Bukankah perjuangan PKR dan Pakatan Rakyat selama ini dalam manifestonya nak memberi kebebasan kepada wartawan dan akhbar untuk membuat sebarang liputan. Ini kerana selama ini para warta dan media telah terkongkong dan diikat oleh berbagai-bagai akta serta tapisan. jadi, kalau kita dah mewar-warkan untuk memberi kebebasan kepada akhbar, inilah akibatnya apabila terkenan kepada batang hidung sendiri.

Anonymous said...

Entahlah banyak kali sangat dah kes macam ni terjadi.

Dah tau Utusan, Berita Harian, RTM, TV3 itu adalah najis masih lagi nak menyentuhnya.

Tak pernah pernah serik. Najis tu kalau dah busuk memang sampai bila bila.

Kaji ajar sikit sama najis tu. Aku kalau dapat memang aku taji wartawan depa tu bila sorang sorang.

Rondo

Al Fakirah said...

Saya pun bersetuju dengan komen Tuan Haji MSO. PAS khususnya PAS Selangor memang tidak cerdik dalam hal ini. PAS Selangor mungkin terlalu emotional kerana mereka tidak mendapat jawatan dalam kerajaan Selangor seperti yang mereka inginkan. Walaubagaimanapun, saya bangga dengan PAS Perak dan Kedah kerana kewibawaan mereka dalam menangkis mehnah dan tribulasi yang dilakukan oleh media massa pro UMNO.

Anonymous said...

PAS sendiri melalui sepanjang tempoh perjuangan difitnah dan dikecam dalam semau perkara. Dr Burhanudin Helmy sendiri difitnah dan dipenjarakan sehingga meinggal dunia walaupun kerajaan Tunku pada masa itu tahu beliau berpenyakit diabetis dan mengalami bermacam penyakit tetapi tetap di tahan di Kemunting.
Pastikan segala press conference tidak dihadiri oleh wakil media yang memang bertujuan membuat fitnah terhadap PAS.
Yang penting perkukuhkan PAS Selangor kerana kita semua sedar PAS Selangor tidak mempunyai kekuatan macam PAS di Kelantan, Terengganu mahupun Kedah.

Anonymous said...

saja tak reti bahasa kekadang tu pimpinan nie..

kat ahli suruh guna alternative lain nak dapat maklumat pulau TV3 dan UTUSAN dan RTM suruh dengaq saja ambik tak payah..

TAPI masalah skrg PIMPINAN yg kat atas nuu pulak buat tak reti bahasanya.. yg dok gatai bagi muka kat puak2 toghut tu apasal...

suruh aja depa blah dari TAKLIMAT tu... dan kalau Wartawan TV3 ka sapa ka tanya tok sah dok jawabnya.. biaq pie kat depa ...

mohd sayuti omar said...

Penjelasan untuk topengperak, saya rasa bliau tidak memahami dan tahu seluk beluk dunia kewartawanan. Mungkin saya gagal dalam menyampaikan mesej atau beliau yang gagal memahaminya! Saya harap beliau boleh belajar dan memahami seluk beluk kewartawanan. Saya yakin kalau beliau mahu belajar kekeliruan yang menimpa beliau akan dapat diatasi. Jangan sesekali melihat saya dari perspektif anda sebagai orang parti, tetapi lihat saya sebagai seorang penulis bebas yang ada kecederongan menyokong pembangkang. Terima kasih.

mufarakahpr said...

tuan
selamat hari raya korban

sedikit pengorbanan diperlukan untuk menyampaikan suara sebenar ahli PAS.

tuan telah menjadi korban

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar